0

Traveloka MY

28 Jun 2019 - 4 min read

Personali-tea apa yang sesuai dengan bubble tea kegemaran anda?

Diterjemahkan oleh: Imara Natchiar

Kita kini sudah berada dalam tahun 2019, tetapi kemunculan teh dengan bubble kenyal atau juga dikenali sebagai ‘boba’ masih berada di mana-mana! Budaya teh dengan bubble kenyal yang menyelerakan ini nampaknya tak akan ke mana-mana. Dan buktinya adalah apabila anda nampak garis panjang di hampir setiap kafe teh ‘boba’.

Tapi jangan hanya mengikut trend ini tanpa mengenali setiap satu yang ada di pasaran. Walaupun yang tular di media masa sekarang adalah bubble milk dan bubble tea, tetapi sebenarnya ada banyak lagi jenis minuman ini. Nak tahu yang mana satu paling sesuai dengan anda? Baca lebih lanjut untuk tahu jenis minuman yang sepadan dengan personaliti anda.

‘Budak Baru Nak Up’

Harus cuba: Original Pearl Milk Tea oleh Tealive

Kredit: Tealive Malaysia

Anda seorang yang tidak suka terburu-buru, seseorang yang tidak mudah terpengaruh, namun anda tetap ingin membuktikan yang anda seorang yang berfikiran terbuka. Pilihan perisa yang asli adalah yang paling selamat untuk anda cuba, tetapi kami rasa, anda akan bersedia untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar dalam masa yang singkat sahaja.

‘Sang Pendekar Berperisa’

Harus cuba: Brown Sugar Boba Milk with Cream Mousse oleh Tiger Sugar

Kredit: Tiger Sugar MY Facebook

Berani bak harimau! Anda seorang yang sukakan cabaran dan anda bangga untuk tunjukkan keberanian anda. Anda juga tidak pernah takut untuk mengambil risiko, dan anda sukakan perubahan besar dalam kehidupan tanpa rasa gentar. Anda percaya untuk mendapatkan penghormatan, anda harus bekerja keras. Sama seperti harimau, anda akan melakukan apa sahaja untuk tunjukkan belang.

‘Ahli Cintakan Kesihatan’

Harus cuba: ”Bean Looking For Him” oleh Soylab

Kredit: Soylab MY Facebook

Anda seseorang yang gemar membaca ramuan sesuatu minuman atau makanan, dan hanya mementingkan bahan-bahan asli iaitu bubble atau pearls yang diperbuat daripada bahan segar dan organik atau berasaskan tumbuhan yang masih mempunyai kandungan protein yang setimpal dengan sesi senaman anda nanti. Penyelesaiannya: Teh soya SoylabMY diperbuat daripada kacang soya tanpa GMO, yang bermaksud ia sesuai untuk semua, terutamanya untuk orang yang tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa. Dunia ini indah bukan!

‘Perintis Agensi Herba’

Harus cuba: Charcoal Pearl Organic Oolong Milk Tea oleh Chatto

Kredit: Chatto MY Facebook

Anda bermeditasi untuk memanfaatkan ‘chakra’ anda. Anda sentiasa mengambil langkah-langkah ke arah kesihatan fizikal dan emosi yang lebih baik. Anda berjaya mengawal tekanan dengan membayangkan awan lembut yang berlalu pergi pada hari yang cerah. Jadi tidak hairanlah kalau anda memilih oolong, kerana teh hijau ini mempunyai lebih banyak antioksidan daripada teh hitam. Campurkan dengan charcoal pearl untuk membantu detoks tubuh anda secara semula jadi.

‘Sang Ceria Sentiasa’

Harus cuba: Hibiscus & Passion Fruit with Pearl & Rainbow Jelly by Teathree

Credit to: Teathree MY Facebook

Apabila anda muncul, anda menjadikan segalanya lebih ceria, lebih berwarna-warni dan lebih meriah. Minat cerita komedi, warna berona lembut dan kasut yang sempoi. Orang ramai senang apabila bersosial dengan anda kerana anda pandai bergaul. Anda sedikit impulsif dan kadang-kadang perubahan mood anda bertukar lebih cepat daripada angin, tetapi, kan tiada siapa yang sempurna!

‘Pak Pandir Tak Pasti’

Harus cuba: Split cup oleh Leaf & Bean

Kredit: Leaf & Bean Facebook

Anda ini sejenis yang suka menikmati makanan tanpa terburu-buru tetapi boleh berhenti tiba-tiba kerana mahu makan yang lain pula. Anda tidak kisah beratur panjang, sebab anda dapat mencuri masa untuk menyelesaikan masalah anda yang tidak boleh membuat pilihan. Jadi reka bentuk cawan dibelah dua yang bijak ini pasti yang paling sesuai untuk anda. Tak perlu lagi buat pilihan, minum dua-dua perisa sekaligus.

‘Cik Mek Minimalis’

Harus cuba: Golden Bubble Milk tea oleh KOI Thé

Kredit: KOI The Website

Cik mek minimalis, seseorang yang gemar akan segalanya yang putih, bersih, ‘basic’ dan minimalis. Anda menjadikan estetika ini sebahagian daripada gaya hidup kerana anda tidak suka membebankan deria anda. Sebab itulah kesederhanaan rasa karamel dan pearl yang lebih kecil daripada biasa ini adalah kombinasi yang paling sesuai mengikut gaya hidup anda. Rasa manis yang cukup, namun tidak berlebihan. Reka bentuk cawan bersaiz kecil juga memberi anda kegembiraan yang tidak terkata. Sekarang hanya tinggal nak bawa cawan mesra alam anda sendiri sahaja ke kedai.

‘Sis Berjiwa Muda’

Harus cuba:Rainbow bubble by Tea Bubble MY

Kredit: Tea Bubble MY Facebook

Umur hanyalah nombor, terutamanya kepada anda. Anda tidak takut untuk mencuba dan menikmati cebisan-cebisan kehidupan yang warna-warni ibarat pelangi kerana ia membuatkan anda berasa lebih muda. Tetapi mungkin juga kerana anda memang berjiwa muda seperti Peter Pan, dan anda menolak segala definisi yang ditetapkan sebagai seorang dewasa. Kami tidak perlu menasihati anda untuk menikmati lebih banyak perkara yang dapat mewarnakan kehidupan anda, kerana anda sudah biasa melakukannya bagai pro.

‘Bukan Biasa-biasa’

Harus cuba: Crème Brûlée Matcha dengan Red Bean oleh Royaltea

Kredit: Royaltea MY Facebook

Anda dikenali sebagai dramatik - ingin berada di atas pentas populariti dan mahukan segalanya dalam genggaman anda. Sebab itulah perisa teh yang biasa-biasa tidak dapat memuaskan hati anda. Anda tidak puas dengan hanya crème brûlée pada latte teh hijau anda, sebab anda tetap ingin menambah kacang merah di dalamnya. Seperti ayat yang tular hari itu - Anda ini bukan biasa-biasa ye!

____________________________________________________________

Inginkan lagi kupasan menarik? Kunjungi lebih artikel di ruangan blog kami. Jangan lupa untuk berkongsi detik-detik yang menyeronokkan dengan kami @TravelokaMY di Instagram, kami juga ingin melihatnya!

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved