Ombak Inn dah bertukar jadi Oyo Hotel. Masa book hanya ambil 1 bilik kerana penuh. tapi bila check in terpaksa tambah 1 bilik lagi atau anak-anak kena caj RM30 seorang. Kali pertama duk hotel Oyo, baru tahu beza dengan hotel banyak bintang. Hotel banyak bintang tidak pernah ambil tahu jumlah yang menginap tapi hotel Oyo berkira jumlah yang menginap :) Tapi chalet ok dan selesa cuma siaran tv sangat tidak jelas dan TV saiz kecil. Itu pun hanya ada 2 channel yang tidak dapat ditonton. Tiada bakul sampah dalam chalet. Namun lokasi strategik. Banyak kedai runcit dan kedai makan serta pasaraya bebas cukai. chalet dekat dengan pantai, dobi layan diri dan surau. keseluruhannya ok menginap di sini, cuma sila pastikan sewa lebih drp 1 chalet jika bawa ramai ahli keluarga. Siang hari bilik agak panas tetapi malam sangat sejuk, mungkin sebab chalet kayu. pemilik chalet juga baik dan peramah. chalet cantik tapi ada bahagian yang kurang bersih. sewa teksi dari chalet ke pekan sebanyak RM20 per van.