Home
/
Flights
/
Fak Fak

Cheap flights to Fak Fak (FKQ)

Traveloka helps you find cheap and promo flights to Fak Fak (FKQ)

Routes

Airline

Schedule

Price from

Manado (MDC) → Fak Fak (FKQ)
Airlines
Sunday, 28 Apr 2024
SGD 182.39
Ambon (AMQ) → Fak Fak (FKQ)
Airlines
Sunday, 28 Apr 2024
SGD 301.50
Kuala Lumpur (KUL) → Fak Fak (FKQ)
Airlines
Wednesday, 01 May 2024
SGD 399.98
Penang (PEN) → Fak Fak (FKQ)
Airlines
Saturday, 27 Apr 2024
SGD 489.92
Penang (PEN) → Fak Fak (FKQ)
Airlines
Saturday, 27 Apr 2024
SGD 498.68
Penang (PEN) → Fak Fak (FKQ)
Airlines
Saturday, 27 Apr 2024
SGD 502.56
Makassar (UPG) → Fak Fak (FKQ)
Airlines
Thursday, 25 Apr 2024
SGD 640.70

Top Hotels in Fak Fak

Hotel Grand Papua Fakfak
Hotel Grand Papua Fakfak
Wisma Torea
Wisma Torea
Hotel Idrus (HI)
Hotel Idrus (HI)
See all Hotels

Tiket Pesawat Murah ke Fak Fak, Indonesia

Dengan jumlah penduduk sekitar 66.828 orang, Fakfak adalah sebuah penempatan di Provinsi Papua Barat Indonesia. Mereka ini terutamanya terdiri daripada masyarakat Muslim Arab dan India Indonesia, rata-ratanya berasal dari para pedagang yang menetap di Papua sejak abad ke-19. Sayangnya, kerana peranan Fakfak sebagai bandar pelabuhan telah berkurang, jumlah penduduk minoriti ini telah menurun dengan ketara. Ini adalah satu-satunya tempat di Papua Barat yang menjadi rumah kepada masyarakat berbilang kaum seumpama itu. Fak-Fak adalah sebuah bandar yang hampir tidak diterokai lagi, masih tidak disentuh, dan bukannya terkenal dalam kalangan pelancong asing. Jalan-jalan di Fak-Fak bengkang-bengkok dan tidak sekata kerana ia terletak di kawasan yang terdiri daripada bukit batu kapur, sungai dan juga gua. Rumah berwarna di sepanjang lereng bukit benar-benar membawa aura yang meriah ke Kawasan penempatan ini. Pada asasnya ia adalah sebuah bandar perikanan. Jenis pengangkutan utama jika anda ingin mengunjung ke sekitar bandar adalah dengan menaiki motosikal kecil, yang dipanggil gojek (pengangkutan tempatan yang selalu mengalami masalah untuk mendaki jalan-jalan curam di sekitar Fak-Fak). Kapaur adalah nama awal penempatan ini dan nama itu masih sering digunakan oleh ahli biologi. Terdapat pantai berpasir putih di Fakfak yang terbentang kira-kira 1.5 kilometer yang terletak dalam setengah jam perjalanan dari bandar. Jika anda sedang mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dengan tenang dan aman daripada kesibukan bandar, Fak-Fak pastinya merupakan permata yang tersembunyi untuk anda. Bersedia untuk meneroka kecantikan semulajadi yang tidak disentuh ini.

Lapangan Terbang di Fak Fak, Indonesia

Lapangan Terbang Fakfak Torea

Lapangan Terbang Fakfak Torea adalah lapangan terbang yang melayani Fakfak. Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Fak Fak dan terletak di wilayah Papua Barat di Indonesia. Xpress Air, Nam Air, dan Wings Air beroperasi di lapangan terbang yang menawarkan penerbangan ke destinasi domestik seperti Kaimana, Sorong, Manokwari, Ambon, dan Nabire.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Fak Fak, Indonesia?

Jika anda seorang pengembara yang tegar, Traveloka pasti menjadi sahabat baik anda. Traveloka adalah sebuah enjin carian tiket penerbangan yang sangat mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Fak-Fak. Untuk kemudahan anda, anda boleh memuat turut aplikasi pada telefon anda atau hanya terus ke laman web mereka. Anda hanya perlu memasukkan destinasi anda di dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan penerbangan terbaik mengikut anggaran anda. Traveloka akan membandingkan harga penerbangan di semua laman untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat dan menjimatkan wang untuk tiket penerbangan anda. Petua untuk anda, gunakan sepenuhnya notifikasi harga Traveloka untuk mendapatkan kemas kini terkini serta amaran harga bagi destinasi pilihan anda.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Fak Fak, Indonesia?

Fak-Fak mengalami iklim tropika seperti kawasan lain di Indonesia. Terdapat sejumlah besar hujan yang turur pada setiap tahun. Oleh itu, ia menjadikannya tempat terbaik untuk dilawati sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menikmati aktiviti luar, anda harus mengelakkan untuk terbang ke sana pada bulan Julai dan juga 3 bulan terakhir pada hujung tahun, kerana ia adalah bulan-bulan yang menerima liputan hujan yang banyak sepanjang tahun.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Fak Fak, Indonesia?

Bersiar-siar di kawasan pantai - Terletak sekitar empat batu jauhnya dari kawasan bandar, ini adalah tempat yang mesti dikunjungi sekiranya anda berada di Fak-Fak. Pantai putih di Fak-Fak ini sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan. Biasanya, pantai ini akan penuh sesak dengan keluarga yang dilengkapi dengan tikar piknik dan juga gril arang untuk barbeque! Sekiranya anda datang ke pantai dengan tangan kosong, jangan risau kerana ada peniaga yang menjual mi segera tempatan yang popular, Pop-Mie bersama minuman sejuk seperti soda dan jus. Kadang-kadang, anda juga dapat melihat, kumpulan-kumpulan gereja berkumpul berdekat pantai dan menyanyi lagu-lagu.

Cuba makanan di warung - Cuba makan di warung-warung tempatan, yang merupakan restoran kecil yang tidak formal, yang dibuka pada waktu senja dan menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan. Terletak di kawasan pelabuhan, berhampiran dok feri kecil. Nikmati makanan kegemaran tempatan seperti Ikan Bakar, ikan yang pedas dan dipanggang menggunakan arang yang biasanya dihidangkan dengan nasi dan hidangan sampingan seperti hiris timun dengan daun pudina di atasnya.

Lawati kampung nelayan Kokas- Jika anda mahukan aktiviti yang mencabar? Anda boleh melintasi Semenanjung Bomberai untuk sampai ke kampung nelayan Kokas yang terpencil. Pastikan mendapatkan perkhidmatan juru pandu untuk membantu anda sampai ke sini. Kerana ia mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke sini. Dari bandar, anda perlu menunggang motorsikal dengan perjalanan sekitar tiga jam ke Kokas.

Airline Partners

Domestic & International Airline Partners
We are partnering with various airlines across the globe to get you to wherever you need to be.

Payment Partners

We are partnering with the most reliable payment service providers to make sure every transaction is smooth and worry-free!