Home
/
Flights
/
Pangkalan Bun

Cheap flights to Pangkalan Bun (PKN)

Traveloka helps you find cheap and promo flights to Pangkalan Bun (PKN)

Routes

Airline

Schedule

Price from

Kuala Lumpur (KUL) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Sunday, 28 Apr 2024
SGD 148.34
Singapore (SIN) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Saturday, 27 Apr 2024
SGD 190.17
Singapore (SIN) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Thursday, 25 Apr 2024
SGD 284.88
Singapore (SIN) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Monday, 22 Apr 2024
SGD 312.55
Kuala Lumpur (KUL) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Friday, 10 May 2024
SGD 458.92
Tokyo (NRT) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Saturday, 20 Apr 2024
SGD 473.66
Tokyo (NRT) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Saturday, 20 Apr 2024
SGD 473.74
Tokyo (NRT) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Saturday, 20 Apr 2024
SGD 487.43
Tokyo (NRT) → Pangkalan Bun (PKN)
Airlines
Saturday, 20 Apr 2024
SGD 572.32

Top Hotels in Pangkalan Bun

Alibaba Hotel Pangkalan Bun
Alibaba Hotel Pangkalan Bun
Arsela Hotel Pangkalan Bun
Arsela Hotel Pangkalan Bun
Swiss-Belinn Pangkalan Bun
Swiss-Belinn Pangkalan Bun
Grand Kecubung Hotel Pangkalan Bun
Grand Kecubung Hotel Pangkalan Bun
Hotel Tiara Pangkalan Bun
Hotel Tiara Pangkalan Bun
Jamrud Syariah Hotel
Jamrud Syariah Hotel
See all Hotels

Interesting Activities in Pangkalan Bun

3D2N Orangutan Tanjung Puting
3D2N Orangutan Tanjung Puting
SGD 408.67
See all Activities

Tiket Pesawat Murah ke Pangkalan Bun, Indonesia

Pangkalan Bun adalah sebuah bandar yang menarik yang terletak di Sungai Arut. Pangkalan Bun terletak di Kalimantan Tengah. Kebiasaanya, Pangkalan Bun hanyalah sebuah bandar transit bagi pelancong yang ingin menuju ke Taman Negara Tanjung Puting. Walau bagaimanapun, bandar ini mempunyai banyak kejutan tersembunyi dan semestinya sebuah tempat yang sesuai untuk bermalam. Menariknya, anda boleh ke sini melalui laluan udara, darat atau laut. Pangkalan Bun adalah sekitar 8-10 jam perjalanan dari wilayah Palangkaraya dengan menggunakan pengangkutan darat.

Lapangan Terbang di Pangkalan Bun

Iskandar Airport

Iskandar Airport adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia. Dinamakan bersempena pasukan penerjun payung Indonesia dari Kalimantan Tengah, Iskandar, lapangan terbang itu merupakan lapangan terbang tentera terbesar di Indonesia. Syarikat penerbangan seperti Garuda Indonesia, NAM Air, Susi Air, TransNusa, Trigana Air Service, Wings Air menawarkan destinasi domestik yang menghubungkan Pangkalan Bun ke Ketapang, Semarang, Jakarta-Soekarno-Hatta, Sampit, Surabaya, Palangkaraya dan Bandung. Lapangan Terbang Iskandar merupakan pintu masuk utama bagi para pecinta alam yang ingin menuju ke Taman Negara Orang Utan Tanjung Puting.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Pangkalan Bun?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Pangkalan Bun. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Pangkalan Bun.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Pangkalan Bun?

Pangkalan Bun mengalami iklim tropika seperti kawasan lain di Indonesia. Terdapat sejumlah besar hujan yang turur pada setiap tahun. Oleh itu, ia menjadikannya tempat terbaik untuk dilawati sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menikmati aktiviti luar, anda harus mengelakkan untuk terbang ke sana pada bulan Mac dan April, kerana ia adalah bulan-bulan yang menerima liputan hujan yang banyak sepanjang tahun.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Pangkalan Bun?

Sungai Arut - Tempat yang terbaik untuk melihat matahari terbenam di Pangkalan Bun adalah berhampiran dengan tebing sungai Arut. Nikmati angin sepoi yang menyenangkan semasa anda berjalan-jalan di sekitar tebing sungai ini. Anda perlu datang lebih awal untuk melihat pemandangan yang unik yang hanya boleh dapati di Pangkalan Bun, ya bukan di tempat lain tetapi hanya di sini. Anda boleh melihat anak-anak kecil berenang, sementara si bapa pula memancing ikan dan ibu pula melakukan cucian pakaian di tebing sungai. Anda juga boleh mengambil bot atau juga dikenali sebagai "Getek" dalam kalangan penduduk tempatan untuk melakukan pelayaran di sekitar sungai Arut. Satu lagi cara untuk menikmati matahari terbenam yang indah. Apabila matahari terbenam, dan bulan keluar, anda juga boleh menikmati pemandangan indah yang luar biasa. Sedia untuk makan malam? Anda harus mencuba beberapa makanan ringan tempatan yang dijual di sekitar tebing sungai, seperti tempe bakar, krupuk basah, tole-tole dan lain-lain. Semestinya, anda akan menyukai berada di tepi sungai pada waktu malam. Inilah rutin yang dilakukan oleh penduduk setempat pada waktu malam di tebing sungai ini.

Minum Kopi di Bundaran Pancasila - Penduduk di Pangkalan Bun sangat sukakan kopi, ini adalah sebab utama kenapa anda dapat melihat beberapa kedai kopi di sini, terutama di Bundaran Pancasila. Itulah sebabnya anda juga perlu mencubanya juga! Itut Kadut Company (IKC) sangat terkenal dalam kalangan anak-anak muda. Kedai kopi ini menawarkan pelbagai jenis makanan ringan yang lazat di samping kopi yang enak. Sekiranya anda suka minum kopi sambil mendengar kugiran secara langsung, anda harus pergi ke Coffee Time. Terletak hanya di sebelah IKC, kedai kopi ini kebiasaannya penuh dengan pelanggan pada malam Sabtu. Seterusnya, anda juga perlu mencuba salah satu jenama francais kopi terbesar di Indonesia, Coffee Toffee. Kafe ini agak eksklusif dan terletak dalam jarak berjalan kaki dari Bundaran Pancasila.

Pergi mengelilingi bandar dengan menaiki Odong-odong - jika anda mengunjungi Pangkalan Bun dengan kanak-kanak kecil, anda harus mencuba kenderaan khas ini - odong-odong. Ini adalah kenderaan yang berkilauan yang akan membuat anak-anak anda bahagia sepanjang jalan. Terdapat beberapa reka bentuk yang boleh anda pilih dari kereta api, kereta, dan kereta yang ditarik oleh kuda. Dengan harga yang berpatutan, anda harus cuba menaiki Odong-odong ini dengan keluarga anda!

Airline Partners

Domestic & International Airline Partners
We are partnering with various airlines across the globe to get you to wherever you need to be.

Payment Partners

We are partnering with the most reliable payment service providers to make sure every transaction is smooth and worry-free!

Top Flight Routes