First impression tengok bangunan hotel memang tak maintain. Bila masuk ke ruang jalan ke bilik berbau rokok. Tengok pintu bilik berhabuk. Masuk bilik sahaja tengok atas meja dan kulit folder menu berhabuk seperti bilik tak dikemas. terpaksa ambil kain alas kaki di bilik air untuk lap. Masuk bilik air pun sama.rambut bersepah di lantai dan di bucu-bucu dinding. Bathtub ada kesan simen sebab tub pecah. Air panas hanya ada di sinki sahaja. Dalam tub mandi tiada air panas. Pintu connecting room berhabuk teruk. Sudah pasti tak akan kembali ke hotel ini lagi sehingga segalanya berubah.