Hotel bersih , staff juga friendly siap offer free parking kereta depan hotel sebab parking sekitar full. lagipun masa kat reception kaunter tu baru tahu dekat ipoh ni isnin-sabtu tu patut kena bayar kupon letak kenderaan kat petak parking bernombor. Cuma yang kurang bagusnya, ruangan solat dalam bilik hotel tak ada. sangat sempit. label arah kiblat ada dah bagus. Tilam pula agak lembik, kurang enak tidurnya. Kesimpulannya, hanya sedikit rasa kecewa shj. Majoriti nya atau kelebihan banyak pada hotel ni, lokasi strategik , mudah nak berjalan ke pasar karat, pasar malam, dan kedai makan sekitar juga banyak. paling penting harga sangat berpatutan & persekitaran bersih!