Menginap 2 hari 1 malam bersama isteri dan anak 2 tahun. Kebetulan kami pergi hari selepas seminggu cuti panjang. Jadi, tak ramai pengunjung yang ada. Fasiliti yang ada sesuai untuk bawa anak bercuti. Ada kolam renang sesuai dengan kedalaman untuk kanak-kanak, sungai yang cantik (aktiviti tangkap ikan disediakan tapi kami tak jumpa ikan pun, haha), padang untuk aktiviti (cuma sedikit berlecak kerana musim hujan), wayang filem tertentu, bilik permainan indoor dan unggun api pada waktu malam. Bersih & terjaga. Cuma kalau ramai orang, mungkin akan kurang sikit, sebab tempat tidaklah terlalu besar. Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan penginapan yang disediakan.