Kota London tidak terhad pada bangunan tinggi dan tapak bersejarah sahaja. Jika anda ingin berehat daripada kesibukan ibu kota England, anda boleh melawat Kew Gardens. Ditubuhkan pada tahun 1840, taman botani itu merupakan salah satu taman yang terbesar di seluruh dunia. Di sini anda boleh berjalan di sekitar taman yang tersusun dan melihat lebih daripada 30,000 spesis tanaman yang berbeza di pusat pemuliharaan mereka. Anda juga boleh berjalan ke Treetop Walkway yang dihiasi ranting pokok-pokok yang besar atau duduk di tepi kolam Sackler Crossing. Terdapat juga dua galeri seni yang anda boleh kunjungi. Taman seluas 121-hektar ni pasti mempunyai pelbagai tarikan untuk anda terokai.
Waktu Operasi | 10:00-15:30. |
---|---|
Alamat | Kew Gardens & Palace, Royal Botanic Gardens Kew, Richmond TW9 3AE, United Kingdom. |
Kategori | Tarikan |