Percutian sekeluarga di Amazing Waterpark TOP 100 Batu Aji pastinya akan menjadi satu memori yang sukar dilupakan! Anda mesti mahu tinggal lebih lama dengan permainan kolam renang modennya yang lengkap dengan tiga gelongsor air, air terjun buatan manusia, gelongsor air Super Bowl dan banyak lagi!
Terdapat kolam renang buat semua peringkat umur. Kolam berombak yang ada akan membuat anda rasa seperti sedang berenang di pantai. 'Spill Bucket' dan gelongsor kanak-kanak juga pasti membuatkan percutian anda lebih gempak!