Lengkapkan percutian anda ke Lampung dengan melawat Way Kambas, taman negara yang menjadi habitat bagi 50 spesis mamalia yang terancam dan 405 spesis burung. Dikeliling kedamaian hutan, anda akan berpeluang melihat gajah dengan lebih dekat dan kehidupan seharian gergasi manja ini, atau mungkin anda mahu menunggang gajah dan meneroka hutan. Jika anda mengembara dalam kumpulan, anda juga boleh melihat tarikan gajah yang pasti membuat anda terkesima!
Alamat | Jl. Wolter Monginsidi No.143, Gulak Galik, Tlk. Betung Utara, Kota Bandar Lampung, Lampung 35224, Indonesia. |
---|---|
Kategori | Lawatan. |