Cari

Universal Studios Japan

Universal Studios Japan, 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Japan
Lihat Peta
Buka | Jum, 09:00-21:00
Lihat Waktu Operasi
Lihat Semua Gambar

9.4

Hebat

Berdasarkan 2671 ulasan

Lihat Peta

Osaka Bay, Osaka
Bermula dari

RM 171.32

Cari Tiket

Pengalaman Untuk Anda

Lumba dalam Mario Kart, lompat dengan Yoshi, dan mulakan pencarian yang menyeronokkan dalam pengembaraan permainan Mario dalam kehidupan sebenar di Super Nintendo World™!
Menyelam ke dalam The Wizarding World of Harry Potter™, di mana anda boleh membaca mantera, menghirup Butterbeer dan meneroka Istana Hogwarts
Keseronokan berdebar menanti di roller coaster Universal Studio Jepun, termasuk 'Flying Dinosaur' yang memecahkan rekod dan 'Hollywood Dream' yang dipacu adrenalin.
Gunakan Pas Ekspres untuk melangkau barisan dan dapatkan jaminan kemasukan ke The Wizarding World of Harry Potter™ dan Super Nintendo World™, walaupun pada waktu puncak!

Selami dunia Universal Studios Jepun yang mempesonakan, di mana fantasi menjadi realiti!

Selami Dunia Sihir Harry Potter™ yang mempesonakan, di mana anda boleh menerokai Istana Hogwarts yang ikonik dan menikmati Butterbeer yang berbuih. Kemudian, lompat ke Super Nintento World™ yang bertenaga untuk pengembaraan interaktif bersama Mario dan rakan-rakan! Berlumba melalui Kerajaan Cendawan di Mario Kart.

Selami dunia Minion dan cuba pelbagai tunggangan yang menyeronokkan di Taman Minion!

Rasai keajaiban Dunia Sihir Harry Potter!

Cuba berlumba dalam Mario Kart di Super Nintendo World ™!

Ketahui lebih lanjut tentang jenis tiket di bawah sebelum memilih pas yang sesuai untuk membuka kunci pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Universal Studios Japan!

Sebelum mendapatkan tiket anda, sila semak kalendar rasmi Universal Studios Jepun dan pilih jenis tiket berdasarkan tarikh lawatan pilihan anda!

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Pendapat Orang Ramai

Haslinna M.

10.0

/10
Tips utk sesiapa yg pergi dan x ingin berasak ke Harry Potter ride, pergi pada sblh petang. Kami masuk pada pukul 9.30am dan 5pm (2 kali) terus ke Harry Potter ride tanpa perlu beratur panjang. Dan pada sebelah petang, sekali lagi kami memasuki Hogwarts tanpa beratur, hanya perlu beri tahu petugas yang kami tidak mahu menaiki ride sebaliknya hanya mahu tour Hogwarts. Kami dapat lihat tempat yang tak dpt dilihat sekiranya anda beratur utk naik Harry Potter ride. THE BEST TIME EVER IN HOGWARTS.

Tiket tersedia untuk anda

Butiran Lokasi

Universal Studios Japan, 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Japan
Lihat Peta

Tentang Universal Studios Japan

Lihat Lanjut

Anda suka main slide kat atas bukit beku atau ride dalam kacau Minion? Atau Anda peminat movie yang gila thrill? Kalau ya, Universal Studios Japan adalah tempat yang sesuai intuk Anda. Terletak di bandar ketiga terbesar di Jepun, Osaka, taman tema ni selalu ramai. ada lebih daripada 10 juta tetamu setiap tahun, menjadikannya satu tarikan yang tidak boleh Anda lewatkan. Taman ni ada banyak permainan yang paling gila dan mencabar kat dunia. Tanpa mengira umur, Anda pasti akan menemui kegemaran disini!

Universal Studios Japan (USJ) ni memang salah satu tempat yang kena  dikunjungi apabila Anda melancong ke Osaka, Jepun. Salah satu tarikan terbesarnya yang masyhur adalah Dunia Sihir Harry Potter, perkara yang paling hampir dengan menghidupkan impian Hogwarts Anda. Teruskan untuk membaca ulasan ini mengenai USJ, termasuk setiap permainannya!

Perkara pertama yang Anda kena tahu jika nak melawat Universal Studios Japan dalam masa terdekat ni ialah taman ni sebenarnya selalu bukak senyap-senyap awal dari masa yang diumumkan secara rasmi. Kononnya sebagai langkah untuk kurangkan kesesakan di luar taman. Sebab pembukaan awal ini tak diumumkan secara rasmi, ia berbeza-beza dari hari ke hari dan boleh berhenti bila-bila masa. Anda mungkin melawat esok dan tidak mengalaminya. Jadi, disyorkan untuk Anda tiba di pintu depan USJ sekurang-kurangnya sejam sebelum pembukaan taman. Ni cara paling senang nak enjoy Super Nintendo World tanpa perlu masuk mengikut masa atau bermasalah dengan pembelian Express Pass.

Anda boleh cover kedua-dua rides dan beberapa mini-games sebelum park officially bukak, lepas tu dapat "lunch" awal dalam Super Nintendo World, lepas tu baru gerak ke bahagian lain taman. Atau Anda boleh lepak lama sikit dan explore lagi benda-benda Mario disana!

Sebelum mengunjungi taman tersebut, check dulu crowd calendar untuk tengok ramai orang yang dijangkakan setiap hari. Pilihlah satu hari yang paling kurang orang. Selain tu, dapatkan tiket Anda secara dalam talian sebelum berkunjung untuk mengelakkan beratur untuk membeli tiket masuk. Dengan menempah tiket di Traveloka, Anda akan  menerima tiket dalam bentuk kod QR hampir segera. Dan yang terbaik? Anda tidak perlu mencetak tiket elektronik tersebut. Hanya melambai kod QR di pintu taman tema, diimbas, dan Anda akan dapat masuk dengan pantas. Penyelamat sejati apabila Anda sedang menyusun logistik ini sehari sebelum berlepas! Tak macam Disney kat Tokyo, USJ tidak mempunyai sistem Fast Pass. Jadi, jika Anda datang pada hari yang agak ramai (~30 orang ke atas mengikut kalendar kerumunan), Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pas Express. Sebab jika beli tiket express pass, Anda tak perlu nak datang awal sangat. Orang-orang yang nak pergi park, especially yang tempatan, memang dah biasa start beratur pagi-pagi buta! Anda boleh masuk park lebih kurang jam 10 dengan membawa bekalan dari kedai serbaneka. Kalau tak dapat express pass, Anda harus beratur awal dan terus serbu ride yang paling ditunggu-tunggu.

Harga Tiket Universal Studios Japan

  • Tiket Masuk Satu Hari : RM 301.54
  • [Kupon Makanan & Beli-belah ¥1000 Percuma] Pas 1 Hari Universal Studios Jepun + Berseronok Di Kansai Pas Percuma 1 Minggu : RM 368.46
  • [TERBAIK] 1-Day Ticket & Supernintendo World Timed-Entry Ticket (14:00) for 4 & 21 - 23 April 2024 : RM. 402.39
  • Tiket Masuk 1.5 Hari : RM. 416.12
  • Anda dapat menikmati main di taman selama dua hari berturut-turut dengan lawatan pertama (Hari 1) selepas 3 PM
  • Tiket Kemasukan 2 Hari : RM 517.77 

Nikmati taman selama 2 hari berturut-turut

  • 1-Day Ticket & Supernintendo World Timed-Entry Ticket (15:00) for 2 - 4 April 2024 : RM 546.03
  • Pas Ekspres 4: Pelbagai Keseronokan: RM 615.12

Tiket ini termasuk tiket masuk, Mario Kart: Cabaran Koopa, Harry Potter and the Forbidden Journey™, Despicable Me Minion Mayhem JAWS™, Super Nintendo World™ dan The Wizarding World of Harry Potter™. Namun, tidak termasuk Tiket Masuk Universal Studios Japan

Waktu Operasi Universal Studios Japan

Universal Studios Japan dibuka setiap hari Isnin sampai dengan Ahad dari jam 9 pagi hingga 9 malam, memberikan cukup waktu untuk menikmati segala yang ditawarkan disana!

Tarikan di Universal Studios Japan

Wizarding World Of Harry Potter

Ini merujuk kepada seluruh kawasan bertema Harry Potter di USJ. Yang menarik, Anda akan  mengenali reruntuhan kereta terbang Arthur Weasley yang rosak ketika masuk ke taman. Jalan masuk kawasan utama, benda paling ketara seterusnya adalah Hogwarts Express. Pusingan seterusnya, ready nak terus ke Hogsmeade dengan kastil Hogwarts besar kat belakang tu. Ride ni ada thrill dan faktor keunikan, buat rasa macam zaman kanak-kanak balik. Siap-siap menggigil bila dementors menyerang! Walaupun permainan ni dalam Bahasa Jepun, siapapun boleh boleh ikut walaupun ada halangan bahasa sebab permainan ni tetap hebat dari segi visual. Jangan lupa beli beberapa suvenir Harry Potter dari kedai ni bila keluar dari Forbidden Journey ride.

Super Nintendo World

Super Nintendo World ni kawasan baru kat dalam Universal Studios Japan, Osaka. Kalau Anda peminat setia  Nintendo, tempat ni memang kena ada dalam senarai destinasi yang mesti Anda kunjungi. Super Nintendo World mempunya dua tarikan, restoran dan gerai makanan ringan, dan juga ada sesi bertemu dan salam-salaman dengan watak-watak serta elemen interaktif. Anda boleh menerokai pelbagai dunia yang diinspirasikan oleh permainan macam Mario Kart dan Donkey Kong Country.

The Amazing Spider-Man

Rasai perjalanan yang membengkokkan realiti dan membuat Anda terfikir-fikir betul ke ni nyata? Sertai perjalanan ini bersama Spider-Man untuk mempertahankan dunia. Perjalanan ini telah memenangi gelaran perjalanan terbaik dunia selama tujuh tahun berturut-turut untuk teknologi terbaik, 4K 3D!

Despicable Me Minion Mayhem

Masuklah dalam permainan yang direka oleh Gru dan masuk ke dalam proses untuk menjadi minion sebenar-benar! Permainan ini, terinspirasi daripada filem asal, penuh dengan keseronokan sehingga Anda sendiri akan menjadi salah seorang daripada mereka. Pasangkan tali pinggang Anda untuk perjalanan yang mengujakan bersama para minion.

Jurrasic Park - The Ride

Masuklah dalam hutan tropika yang jadi rumah kepada dino-dino gergasi dan terjah dengan misteri sains yang hidupkan balik diorang. ari dari T.Rex yang menanti untuk menyerang bot Anda ketika mengalami penurunan 25.9 meter. Seronok!

Tips Berkunjung ke Universal Studio Japan

Merancang kunjungan ke Universal Studio Japan memang menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dan penuh petualangan. Berikut adalah beberapa tips lanjutan dan informasi tambahan untuk membantu Anda mendapatkan pengalaman terbaik semasa lawatan Anda ke salah satu destinasi paling terkenal di Osaka, Jepun.

Datang Awal

Dengan sampai awal, Anda ada banyak masa nak explore taman, layan animal shows, dan terlibat dalam pelbagai atraksi tanpa perasaan tergesa-gesa. Lagi pun, pagi awal selalunya lebih sejuk dan menyenangkan, buat masa yang sempurna nak start safari adventure atau explore pelbagai aktiviti dalam taman ni!

Pertimbangkan Cuaca

Memeriksa ramalan cuaca sebelum Anda berangkat sangat penting untuk memastikan Anda bersiap sedia dengan pakaian yang sesuai. Jika hujan dijangka, bawalah payung atau jas hujan untuk melindungi diri dari hujan. Begitu juga, jangan lupa membawa krim pelindung matahari untuk melindungi kulit Anda dari sinar UV pada hari yang cerah.

Manfaatkan Fasiliti yang Tersedia

Universal Studios Japan juga menyediakan pelbagai fasiliti untuk keselesaan pengunjung, termasuk restoran, kafe, dan kiosk makanan ringan di seluruh kawasan taman. Terdapat juga banyak tempat duduk dan area rehat untuk Anda berehat sebentar sebelum meneruskan pengembaraan Anda.

Bawak Kamera

Bawak kamera ke Universal Studios Japan memang wajib! Taman ni banyak bagi moments yang layak ambil gambar dan simpan sebagai kenangan seumur hidup. Pastikan bawak kamera yang fully charged dengan banyak ruang memori, dan kalau boleh, bawak lensa zoom untuk tangkap gambar-gambar antik dari Hogwart Castle

Lokasi & Cara ke Universal Studios Japan

Universal Studios Japan terletak di 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Jepun. Cara-cara untuk sampai kesana ialah:

Dengan Bas

  • Terdapat beberapa laluan bas yang akan membawa Anda ke Universal Studios Jepun, seperti Bas Osaka City, Bas JR Jepun Barat, Bas Shinki dan banyak lagi. Semak senarai penuh bas di sini.

Dengan Kereta Api

  • Dari Stesen Osaka-Namba

Ambil Laluan Hanshin-Namba ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.

  • Dari Stesen Umeda/Stesen Osaka

 Ambil Laluan JR Osaka Loop ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.

  •  Dari Stesen Shin-Osaka

Ambil Laluan JR Kyoto ke Stesen Umeda/Osaka. Kemudian, ambil JR Osaka Loop Line ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.

  •  Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

Ambil Laluan JR Hanwa ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.

  • Dari Lapangan Terbang Itami

Naiki Monorel Osaka ke Hotarugaike. Kemudian, pindah ke Laluan Hankyu Takarazuka dan naik ke Stesen Umeda/Osaka. Di sini, ambil JR Osaka Loop Line ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.

Frequently Asked Questions

Berapa harga tiket untuk Universal Studios Japan?
Harga tiket untuk Universal Studios Japan bermula dari RM 171.32. Kunjungi Universal Studios Japan untuk maklumat lanjut tentang harga tiket.
Bila waktu operasi Universal Studios Japan?
Universal Studios Japan beroperasi 09:00-21:00. Lawati laman Universal Studios Japan untuk info lebih lanjut mengenai waktu buka dan hari operasi.
Dimanakah butiran lokasi Universal Studios Japan?
Universal Studios Japan terletak di Universal Studios Japan, 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Japan. Lawati laman this untuk maklumat lanjut tentang cara untuk pergi ke Universal Studios Japan.
Kenapa Universal Studios Japan menarik?
Universal Studios Japan mempunyai banyak hiburan menarik yang membuatkan anda berasa seperti melawat dunia lain. Mulakan pencarian yang menyeronokkan dalam pengembaraan permainan Mario dalam kehidupan sebenar di Super Nintendo World™! Menyelam ke dalam The Wizarding World of Harry Potter™, di mana anda boleh membaca mantera, menghirup Butterbeer dan meneroka Istana Hogwarts. Keseronokan berdebar menanti di roller coaster Universal Studio Jepun, termasuk 'Flying Dinosaur' yang memecahkan rekod dan 'Hollywood Dream' yang dipacu adrenalin. Gunakan Pas Ekspres untuk melangkau barisan dan dapatkan jaminan kemasukan ke The Wizarding World of Harry Potter™ dan Super Nintendo World™, walaupun pada waktu puncak!
Apakah tempat serupa seperti Universal Studios Japan yang boleh ditemui di Osaka Bay?
Destinasi pelancongan lain seperti Universal Studios Japan yang boleh dikunjungi di Osaka Bay termasuk Have Fun in Kansai 1 Week Free Pass, COMBO: Universal Studios Japan + Osaka Amazing Pass, dan JR Kansai Area Pass.
Lihat Lanjut

Maklumat Umum

Harga Tiket
Bermula dari RM 171.32.
Waktu Operasi
09:00-21:00.
Alamat
Universal Studios Japan, 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Japan.
Kategori
Tarikan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka