Cari

Tentang $destination

Mutiara Damansara, yang terletak di Daerah Petaling Jaya, merupakan kawasan yang terkenal sebagai pusat komersial dan perumahan yang berkembang pesat. Mutiara Damansara menawarkan pelbagai kemudahan, mulai dari pusat beli-belah hingga taman hijau yang menyegarkan. Salah satu ciri unik Mutiara Damansara ialah The Curve, pusat beli-belah pejalan kaki pertama di Malaysia, yang menawarkan gabungan menarik antara ritel, tempat makan, dan hiburan. Terdapat juga permainan KidZania yang terkenal, sesuai untuk membawa anak-anak bermain di sini. Kawasan ini juga dikenali dengan pusat beli-belah untuk keperluan rumah tangga seperti IKEA Damansara dan Lotus. Mutiara Damansara turut mempunyai pelbagai kafe dan tempat makan lezat yang pastinya sesuai untuk berkumpul dengan rakan, rakan sekerja, atau keluarga. Dengan akses mudah melalui lebuhraya utama seperti North Klang Valley Expressway dan Lebuhraya Damansara Puchong, Mutiara Damansara menjadi pusat aktiviti ekonomi dan hiburan yang menarik untuk Anda!

Tempat Menarik di Mutiara Damansara

1. Mencuba Perlbagai Profesi di Kidzania!

Aktiviti pertama yang boleh Anda lakukan apabila melawat ke Mutiara Damansara adalah bermain di KidZania! Tempat ini merupakan wahana permainan dan pembelajaran di mana kanak-kanak berusia 4-14 tahun dapat mencuba simulasi pelbagai profesion seperti di dunia sebenar. Mereka dapat belajar mengenai profesion secara langsung melalui pengalaman ini. Terdapat 60 tempat dan lebih daripada 100 aktiviti yang boleh dicuba oleh kanak-kanak di sini. Tidak hanya bermain, aktiviti di KidZania juga berfungsi sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak untuk mengamalkan nilai kemandirian dan kerjasama. Kanak-kanak boleh belajar menjadi penerbang, penolong pegawai bomba, doktor, jururawat, guru, hingga jurusolek wajah. Pengalaman ini tidak hanya mendidik tetapi juga menyeronokkan bagi kanak-kanak.

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

2. Beriadah di Taman Rekreasi Mutiara Damansara

Jika Anda mencari taman yang sesuai untuk berehat, maka Taman Rekreasi Mutiara Damansara adalah pilihan yang tepat. Menekankan kegembiraan keluarga dengan kemudahan permainan yang moden dan selamat, taman ini membentuk persekitaran yang ideal untuk kanak-kanak bermain dengan bebas. Taman ini juga menyediakan ruang yang luas untuk aktiviti keluarga. Terdapat peralatan bermain yang terkini dan selamat. Bagi orang dewasa, taman ini menawarkan jalur refleksologi untuk relaksasi, serta lintasan jogging jika ingin berlari pada waktu pagi. Dengan pelbagai kemudahan ini, Taman Rekreasi Mutiara Damansara adalah tempat yang sempurna untuk berehat sekaligus bersenam bersama keluarga.

3. Bermain Lego di Block Space

Salah satu destinasi yang sesuai untuk anak-anak ialah Blok Space. Di sini, anak-anak dapat merasai kegembiraan dalam dunia Lego dengan bebas, karena tempat ini dikelilingi oleh pelbagai jenis blok Lego yang jumlahnya tidak terhitung. Tidak hanya bermain, anak-anak juga akan belajar untuk mengembangkan kreativiti dan melatih kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah. Terletak di dalam IPC Shopping Centre, tempat ini memberikan peluang kepada Anda untuk berbelanja di pusat membeli-belah ini sambil menunggu anak Anda menikmati waktu bermain mereka.

Alamat: Unit S09, 2nd Floor, IPC Shopping Centre, Jalan PJU 6/2, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Nikmati Kuliner di Mutiara Damansara

1. Tasty Chapathi

Tasty Chapati adalah sebuah restoran yang mengkhususkan diri dalam masakan Northern India atau Mughlai. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan India yang mencerminkan keanekaragaman rasa, bumbu pedas, dan tekstur kenyal. Terdapat beberapa menu yang dapat Anda cuba seperti Methi Fish, Butter Chicken, Mutton Masala, dan banyak lagi.

Alamat: LOT G, 68, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor

2. Park 28 Restaurant

Park 28 ialah sebuah restoran yang menawarkan kemewahan dengan suasana gaya kelab desa dan dekorasi yang menarik dan estetik. Terletak di dalam Taman Rekreasi Mutiara Damansara, tidak jauh dari IKEA Damansara, restoran ini sesuai untuk Anda yang ingin berehat selepas aktiviti sukan atau membeli-belah. Park 28 menyediakan ruang makan dalam dan luar. Ruang luar Park 28 sangat cantik kerana dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang menyegarkan, maka disarankan untuk menikmati hidangan di ruang terbuka ketika cuaca cerah. Menu yang disajikan sangat lezat dan beraneka ragam, terutamanya hidangan barat dan pasta seperti Curry Chicken Aglio Olio, Park 28 Chicken Chop, Chicken Maryland, Smoke Chicken Bouillabaisse, dan lain-lain. Rasanya yang sedap pastinya wajib dicuba!

Alamat: 28, Persiaran Surian, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

3. The Red Beanbag

The Red Beanbag ialah sebuah kafe bergaya Australia. Terletak tidak jauh dari IPC dan The Curve, The Red Beanbag akan memberikan Anda pengalaman brunch ala Australia. Kafe ini tidak hanya menawarkan kopi dan minuman, malahan hidangan yang sedap. Tempat ini sangat sesuai untuk Anda yang ingin bekerja atau belajar dengan tenang sambil menikmati hidangan yang disukai. Terdapat pelbagai minuman di sini seperti Espresso, Piccolo Latte, PAndan Gula Melaka Latte, Matcha Latte, Oatmilk Chai Latte, Cold Milk, dan lain-lain. Hidangan yang dijual di sini juga sangat beragam, mulai dari olahan jamur, salmon, telur, makanan manis, hingga makanan untuk kanak-kanak.

Alamat: G-2, Menara Mudajaya, 12A, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya

Membeli-belah di Mutiara Damansara

1. IPC Shopping Centre

Tempat membeli-belah yang boleh Anda kunjungi di Mutiara Damansara ialah IPC Shopping Centre. Tempat ini merupakan destinasi membeli-belah mesra keluarga yang akan memenuhi keperluan beli-belah Anda dan keluarga. Anda boleh membeli peralatan rumah dari IKEA, B.I.G., Harvey Norman, dan lain-lain di pusat membeli-belah ini. Tidak hanya peralatan rumah tangga, Anda juga boleh membeli pakaian, peralatan kecantikan dan kesihatan, peralatan sukan, elektronik, buku, dan lain-lain di sini. Terdapat juga permainan untuk kanak-kanak yang pastinya akan membuat pengalaman beli-belah Anda menjadi lebih selesa.

Alamat: 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya, Selangor

2. The Curve

Pusat membeli-belah kedua yang boleh Anda lawati di Mutiara Damansara ialah The Curve. The Curve adalah pusat membeli-belah dengan suasana yang menarik, mempunyai laluan pejalan kaki yang luas, dan kawasan makan al fresco yang terbahagi kepada Asian dan Western Courtyards. Pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai barangan mulai dari pakaian moden, produk kecantikan dan kesihatan, sehingga pelbagai pilihan tempat makan yang lazat. The Curve beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Alamat: 6, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

3. K Plus Food Market

Jika Anda peminat makanan Korea, maka Anda perlu ke K Plus Food Market. K Plus Food Market merupakan pasar raya yang menjual pelbagai jenis makanan Korea serta kafeteria berkonsep Korea. Terletak di tingkat dasar The Curve, K Plus Food Market menawarkan pelbagai makanan Korea termasuk snek khas Korea, banchan atau hidangan lauk Korea, kimchi, ramyeon, dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk Anda yang gemar dengan segala perkara yang berkaitan dengan Korea!

Alamat: Lot G107/G109, The Curve, Jln PJU 7/3. Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Berikut adalah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh Anda lakukan di Mutiara Damansara. Terdapat banyak perkara yang boleh Anda nikmati di kawasan ini, dari membeli-belah keperluan rumah hingga menjelajah kafe-kafe selesa untuk bersembang dengan keluarga dan rakan-rakan. Rancang percutian Anda sekarang dan tempah tiket perjalanan serta penginapan hanya di Traveloka!


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka