Dengan keluasan 138 ekar tanah, Taman Safari Bukit Gambang merupakan taman safari yang terbesar di Malaysia dan menjadi tempat kediaman bagi lebih daripada 300 spesies haiwan. Dekatkan diri anda dengan haiwan-haiwan seperti llama, kambing dan arnab untuk memberi mereka makan. Anda juga boleh mengikuti ATV Safari Adventure untuk berinteraksi dengan mereka. Selain itu, terdapat beberapa pertunjukkan yang anda boleh tonton seperti Pertunjukkan Wonderful Birds, dan Pertunjukkan Api Yabara, serta pertunjukkan pasif iaitu makan bersama singa putih. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk satu hari yang penuh dengan keseronokkan dan penerokaan.
Waktu Operasi | 10:00-18:00. |
---|---|
Alamat | Kampung Pohoi, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia. |
Kategori | Tarikan |