Cari
Xperience/Malaysia/Sabah/Kota Kinabalu/White Water Rafting di Sungai Kiulu + Monyet Belanda + Kunang-kunang - Lawatan 1 Hari

White Water Rafting di Sungai Kiulu + Monyet Belanda + Kunang-kunang - Lawatan 1 Hari

89250 Tamparuli, Sabah, Malaysia
Lihat Peta
Lihat Semua Gambar
Nikmati diskaun pengguna baharu 7% sehingga RM300 tanpa transaksi min menggunakan kod "JOMPLAY"!

Lihat Peta

Malaysia

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Pengalaman Untuk Anda

Berakit di sepanjang Sungai Kiulu untuk aktiviti pengembaraan yang bersederhana dan lihat Monyet Belanda dalam habitat semula jadi mereka.
Sediakan kamera anda untuk mengambil gambar pemandangan yang indah.
Nikmati makan malam yang tenang dikelilingi tanglung yang cantik menyala.
Lihat kunang-kunang yang menerangi kawasan itu di waktu malam.

Ikuti pengembaraan unik di mana anda akan melakukan aktiviti berakit di Sungai Kiulu dengan jeram gred I dan II. Pelayaran di sungai berlangsung kira-kira satu jam setengah di tanah lembab dan kawasan pemeliharaan hutan bakau di mana anda boleh melihat Monyet Belanda, Lutung, dan banyak lagi. Pemandangan semulajadi yang menenangkan akan membuat anda ingin mengambil gambar seberapa banyak yang anda mampu. Seetrusnya, anda akan menikmati hidangan makan malam dikelilingi tanglung yang menyala di kawasan itu. Sekiranya cuaca elok, anda mungkin berpeluang untuk melihat kunang-kunang menerangi kawasan itu. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati pengembaraan yang menenangkan ini bersama.

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Berikan ulasan apabila anda mengunjungi tempat tersebut!

Ulasan yang anda berikan akan membantu pengembara lain merancang perjalanan mereka.

Jadual Perjalanan

08:30-10:00 Bertolak dari hotel anda di Kota Kinabalu menuju ke Sungai Kiulu yang terletak di kawasan Tamparuli. (Perjalanan mengambil masa selama 1 1⁄2 - 2 jam dengan kereta).
10:00-10:30 Tiba di titik permulaan. Taklimat keselamatan daripada jurupandu arah sungai Riverbug dan menandatangani borang pelepasan liabiliti.
10:30-12:30 Aktiviti berakit bermula. Rombongan mengambil masa kira-kira 2 jam hingga ke titik tamat.
12:30-13:30 Tiba di titik tamat. Bersihkan diri dan bersedia untuk bufet makan tengah hari.
13:30-16:30 Bertolak ke Sungai Garama.
16:30-18:00 Tiba di Sungai Garama dan memulakan pelayaran sungai selama 1 jam dan 45 minit untuk melihat Monyet Belanda dan hidupan liar yang lain di sepanjang tebing sungai.
18:00-19:00 Bufet makan malam akan dihidangkan di kawasan yang dikelilingi tanglung yang menyala.
19:00-19:30 Lihat kunang-kunang menerangi kawasan hutan bakau (jika cuaca elok).
19:30-21:30 Lawatan berakhir. Buinyi cengkerik akan mengiringi anda ke koc kereta api.
21:30-22:00 Jangkaan waktu anda tiba di Kota Kinabalu.

Lihat Jadual Perjalanan Lengkap


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka