Langkawi Adventure & Xtreme Park (LAXP) merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang meminati aktiviti-aktiviti yang mendebarkan, seperti ATV di hutan, Tunggangan Kuda, Terbang Kelawar (Flying Fox), Go Kart, Paintball, Sukan Memanah, Wayang Motion 5D dan aktiviti terbaru yang dipanggil Langkawi Skybike. Terokai alam semulajadi di situ dan hayati suasana di sekitarnya. Pokok-pokok dan tumbuhan yang telah wujud sejak beberapa dekad di sekeliling tempat ini menjadikan lawatan anda lebih unik.. Cipta memori yang hebat apabila anda melawat lubuk aktiviti mendebarkan ini.