Terletak kira-kira 45 minit dari Kota Belud, Pulau Mantanani merupakan pulau yang popular di kalangan warga tempatan dan para pelancong kerana kecantikannya. Selain itu ia juga merupakan destinasi yang terbaik untuk aktiviti selam skuba dan selam snorkel di Kota Kinabalu. Di sini, anda boleh meneroka keseronokan menyelam skuba di perairannya yang jernih. Jangan risau jika anda baru sahaja berjinak dengan aktiviti ini kerana kelas latihan selam skuba disediakan. Anda juga boleh melihat terumbu karang yang cantik dan hidupan laut yang menarik. Rasai hembusan angin ketikan anda berjalan di sepanjang pantainya yang berpasir putih dan rehatkan diri anda. ikuti lawatan ini untuk lari daripada kesibukan bandar.