Cari
Xperience/Malaysia/Sabah/Kota Kinabalu/Lawatan Kampung Budaya Mari Mari + Monyet Proboscis Sungai Klias

Lawatan Kampung Budaya Mari Mari + Monyet Proboscis Sungai Klias

Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Lihat Peta
Lihat Semua Gambar

10

Hebat

Berdasarkan 1 ulasan

Lihat Peta

Malaysia

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Pengalaman Untuk Anda

Berlayar di sepanjang sungai Klias dan saksikan monyet proboscis di habitat asal mereka
Lawati Kampung Budaya Mari Mari dan pelajari budaya 5 suku yang berbeza
Pendedahan kepada seni tradisi seperti membuat sumpit, membuat api daripada buluh dan juga cacahan tattoo
Rasai makanan tradisi yang lazat sambil menyaksikan persembahan menarik

Sertai lawatan unik ini di mana anda boleh melayari Sungai Klias dan melihat monyet Proboscis di habitat semulajadi mereka. Sediakan kamera anda untuk merakam keindahan semulajadi yang memukau. Dapatkan oendedahan berkaitan seni tradisi seperti membuat sumpit, membuat api daripada buluh dan juga cacahan tattoo. Lawati Kampung Budaya Mari Mari dan pelajari budaya 5 suku yang berbeza. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai makanan tradisi yang lazat sambil menyaksikan persembahan menarik

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Berikan ulasan apabila anda mengunjungi tempat tersebut!

Ulasan yang anda berikan akan membantu pengembara lain merancang perjalanan mereka.

Jadual Perjalanan

09:20-10:00 Bertolak dari hotel di Kota Kinabalu dan menuju ke Kampung Budaya Mari Mari yang terletak di kawasan Inanam. (Perjalanan mengambil masa 45 minit pemanduan)
10:00-11:30 Tiba di Kampung Budaya Mari Mari dan berjalan di jambatan gantung untuk memasuki kawasan lawatan
11:30-12:00 Masuk ke kawasan persembahan kebudayaan. Setelah tamat menyaksikan persembahan, hidangan tersedia di ruang makan yang disediakan oleh chef tempatan.
12:00-13:00 Makan tengah hari
13:00-16:00
Memulakan perjalanan ke barat daya Sabah dan perjalanan ini mengambil masa 2 jam 30 minit yang melalui kawasan perairan yang indah. Apabila tiba anda akan dihidangkan dengan secawan kopi/teh panas dan kuih muih yang disediakan oleh penduduk tempatan.
16:00-18:00 Menaiki bot yang selesa selama 1 jam 45 minit sepanjang sungai untuk menyaksikan hidupan liar.
18:00-21:30 Bufet makan malam akan dihidangkan dibawah sinaran tanglung yang menyinari kawasan tersebut. Saksikan keindahan kelip-kelip yang muncul kala malam menjelma (jika cuaca mengizinkan)
21:30-22:00 Waktu dijangka tiba di Kota Kinabalu. Lawatan berakhir.

Lihat Jadual Perjalanan Lengkap


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka