Ikuti lawatan ini untuk berseronok di alam semulajadi. Nikmati perjalanan ke Gua Rusa dan Gua Lang melalui hutan hujan yang terjaga. Anda akan dapat melihat berjuta kelawar terbang keluar dari mulut Gua Rusa yang luas di Dek Tinjau Kelawar. Bagi mereka yang suka ambil tahu tentang budaya lain, anda bernasib baik kerana anda juga akan melawat Penempatan Batu Bungan - Penan untuk melihat gaya hidup suku kaum tersebut. Akhiri lawatan anda dengan perkelahan di pondok kecil Gua Air Jernih sebelum berenang di dalam kolam air panas tersebut.
Catatan:
- Harap maklum bahawa waktu lawatan bermula bergantung kepada waktu ketibaan anda di lapangan terbang. Jadual perjalanan mungkin berlainan dan sebarang perubahanyang terjadi adalah di bawah kelulusan jurupandu arah. SIla hubungi pihak operator untuk sebarang pertanyaan.
Peserta perlu bawa:
- Kemeja-T selesa
- Seluar.
- Kasut berjalan yang selesa.
- Baju hujan pakai buang.
- Topi
- Losyen pelindungan cahaya matahari.
- Ubat penghalang serangga.
- Air minuman.
- Lampu suluh.
- Pakaian renang (sopan).
- Alat kelengkapan mandi dan barang peribadi lain.
- Sandal tapak rata.
- Beg kalis air atau meletakkan barang-barang anda ke dalam beg plastik besar.
Alamat | Jln Mulu, Sarawak, Malaysia. |
---|---|
Kategori | Lawatan. |