Cari
Xperience/Malaysia/Sabah/Kota Kinabalu/Pusat Bandar Kota Kinabalu/Luncur Layar di Ranau + Desa Cattle Dairy Farm - Lawatan 1 Hari

Luncur Layar di Ranau + Desa Cattle Dairy Farm - Lawatan 1 Hari

Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Lihat Peta
Tempoh Lawatan | 11 Hours
Nikmati diskaun pengguna baharu 7% sehingga RM300 tanpa transaksi min menggunakan kod "JOMPLAY"!

Lihat Peta

Kota Kinabalu

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Pengalaman Untuk Anda

Terbang tinggi di langit Ranau dan lihat sawah padi serta perkampungan yang ada di rantau itu dari atas.
Nikmati pemandangan yang cantik di Desa Cattle Dairy Farm di kaki Gunung Kinabalu.
Susukan anak lembu dengan botol susu dan pelajari cara susu diproses.
Terokai pasar tempatan untuk lihat seni, kraftangan dan cenderahati tempatan di sepanjang lawatan ini.

Terletak kira-kira 108 km dari timur Kota Kinabalu, Ranau merupakan daerah yang sejuk dan mempunyai pemandangan bergunung-ganang, menjadikan ia destinasi yang sesuai untuk meluncur layar. terbang tinggi di udara dan lihat sawah padi serta perkampungan yang ada di rantau itu dari atas. Nikmati pemandangan yang cantik di Desa Cattle Dairy Farm di kaki Gunung Kinabalu yang sering menjadi tempat mengambil gambar kahwin dan lain-lain. Di sini anda boleh lakukan beberapa aktiviti seperti menyusukan anak-anak lembu dengan botol susu, memberi kambing makan dan belajar cara-cara susu diproses. Selain itu, di sepanjang lawatan ini, anda akan jumpa beberapa pasar tempatan di mana anda boleh beli seni, kraf dan cenderahati tempatan. Lawatan ini sesuai untuk diikuti oleh seluruh keluarga.

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Berikan ulasan apabila anda mengunjungi tempat tersebut!

Ulasan yang anda berikan akan membantu pengembara lain merancang perjalanan mereka.

Jadual Perjalanan

07:30-08:30 Bertemu di lobi hotel dan menuju ke Pekan Ranau.
08:30-09:15 Singgah ke Pekan Tamparuli untuk menikmati Mi Tamparuli untuk sarapan pagi. Lalui jambatan gantung dan kenali lagenda pekan itu.
09:15-10:45 Teruskan perjalanan anda dan ambil kesempatan ini untuk membeli cenderahati berupa buah-buahan tempatan di Pasar Nabalu.
10:45-13:00 Bertolak ke Pekan Ranau - Lohan. Taklimat keselamatan akan diberikan sebelum sesi penerbangan bermula. Nikmati pemandangan yang indah ketika berluncur layar dari 2200 kaki di udara selama 10 minit.
13:00-14:00 Nikmati makan tengah hari di Medan Selera Pekan Ranau, lawati Pekan Ranau untuk melihat gaya hidup orang tempatan.
14:00-15:30 Bertolak ke Desa Cattle Dairy Farm.
15:30-18:00 Pulang ke bandar. Singgah ke kedai etnik tempatan dan cuba daging khinzir liar bakar.
18:00-18:30 Tiba di bandar Kota Kinabalu, pulang ke hotel.

Lihat Jadual Perjalanan Lengkap


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved