Kunjungan ke Langkawi pastinya tidak lengkap jika anda tidak menaiki kereta kabel yang popular di pulau tersebut iaitu SkyCab Langkawi. Alami pemandangan hutan dan cerun berbatu dari sudut 360 darjah. Terdapat 3 stesen kereta kabel iaitu stesen bawah, stesen tengah dan stesen atas. Jarak perjalanan ke 3 stesen tersebut adalah sejauh 1,700 meter secara keseluruhannya. Tarikan seterusnya ialah SkyDome yang dilengkapi dengan 12 projektor dan menawarkan para pelawat dengan imej 3D berdefinisi tinggi (HD) seakan-akan anda mengalami perkara yang sebenarnya.Â
Naiki simulator tram di SkyRex dan alami zaman prasejarah di mana dinosaur masih wujud di muka bumi ini. Tenangkan diri dan berjalan di sekitar perkampungan Oriental. Membeli-belah sambil mendapatkan cenderamata buat rakan-rakan anda. Masuk ke 3D Art Museum dan tangkap gambar anda bersama beberapa lukisan yang ada seolah-olah anda sebahagian daripada lukisan tersebut. Ia dibina khusus untuk mempamerkan pelbagai karya seni pelbagai saiz melangkaui imaginasi anda selain merupakan galeri seni #D terbesar di Malaysia dan salah satu terbesar di dunia.Â
Tenangkan diri anda dan berjalan di Perkampungan Oriental sambil menjamu mata
Alami permandangan 360 darjah yang memukau
Saksikan permandangan hutan hujan Malaysia dan pulau-pulau kecil sekelilingnya
Kagumi keindahan laut dan pulau-pulau sekitar. Pada hari yang ceraj, anda juga boleh melihat pulau-pulau di Thailand!Â
Waktu Operasi | 09:30-19:00. |
---|---|
Alamat | 07000, Langkawi, Kedah, Malaysia. |
Kategori | Tarikan |