Cari
Xperience/Malaysia/Sabah/Kota Kinabalu/Pendakian Santai pada Waktu Matahari Terbenam di Bukit St. Veronica

Pendakian Santai pada Waktu Matahari Terbenam di Bukit St. Veronica

Tamparuli, Sabah, Malaysia
Lihat Peta
Tempoh Lawatan | 4 Hours
Lihat Semua Gambar

Lihat Peta

Malaysia

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Pengalaman Untuk Anda

Nikmati pendakian santai di tanah bercerun di bukit Saint Veronica juga dikenali sebagai bukit perahu.
Kagumi pemandangan panoramik dari puncak bukit St. Veronica.
Ambil gambar matahari terbenam yang cantik untuk dibuat kenang-kenangan.
Nikmati sarapan pagi tempatan di dalah satu warung di Pekan Tamparuli.

Terletak di Tamparuli yang berjarak satu jam dari Bandar Kota Kinabalu dengan menaiki kereta, Bukit St. Veronica berdiri teguh di berhampiran Pekan Tamparuli dan perkampungan berdekatan dengan ketinggian 278 meter di atas paras air laut. Dalam aktiviti ini anda akan mengikuti pendakian santai untuk tiba ke puncak bukit tersebut. Pemandangan panoramik matahari terbenam membuatkan pendakian anda berbaloi apabila anda melihat pancaran matahari di serata tempat, berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Selepas anda selesai mengamati pemandangan di puncak, anda boleh menikmati sarapan di salah satu warung makan di Pekan Tamparuli setelah anda mendaki turun. Ikuti pendakian ini untuk pengembaraan yang mengasyikkan.

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Berikan ulasan apabila anda mengunjungi tempat tersebut!

Ulasan yang anda berikan akan membantu pengembara lain merancang perjalanan mereka.

Jadual Perjalanan

04:30-05:15 Penjemputan dari lobi hotel dan menaiki kereta ke pekan Tamparuli.
05:15-06:00 Tiba di titik permulaan dan memulakan pendakian ke puncak bukit St Veronica, juga dikenali sebagai Bukit Perahu. Dalam perjalanan ke sana anda akan bertemu dengan 14 salib yang dicacak oleh Gereja Roman Katolik St. Phillip Tamparuli.
06:00-07:00 Nikmati pemandangan panoramik di puncak bukit dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan air sungai yang melepasi Pekan Tamparuli.
07:00-08:00 Turun dari puncak bukit.
08:00-09:00 Tiba di titik permulaan dan menuju ke Pekan Tamparuli. Lintas “Jambatan Tamparuli” yang terkenal dan lawat pasar tempatan. Bersarapan di warung makan tempatan. Selepas sarapan, pulang semula ke Kota Kinabalu.

Lihat Jadual Perjalanan Lengkap


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka