Kuching

Cari

Tentang Kuching

Jika Anda buntu untuk destinasi percutian, pertimbangkan untuk melawat Kuching. Sebagai ibu negeri Sarawak, bandar ini memukau dengan keunikan moden dan kekayaan tradisi. Salah satu tarikan utama Kuching ialah kepelbagaian budayanya. Tidaklah menghairankan bahawa bandar ini dihuni oleh gabungan etnik Melayu, Cina, dan juga komuniti tempatan seperti suku Iban dan suku Bidayu yang menjadikan budayanya beraneka. Mulai dari pelbagai hidangan, festival, sehingga kehidupan sosial masyarakatnya.

Apabila berbicara mengenai kuliner, kekayaan budaya Kuching juga tercermin dalam pelbagai hidangan lezat. Warisan kuliner Kuching merangkumi campu...

Baca Lebih Lanjut

destinationDescriptionTitle

Tentang Kuching

Kuching merupakan salah satu destinasi utama yang sebaiknya Anda kunjungi untuk memperoleh maklumat yang pelbagai sebelum melangkah ke kawasan sebenar tempat tinggal mereka. Walaupun sebagai ibu negeri dari Serawak, Kuching tidak kekurangan kepelbagaian flora dan fauna. Untuk pengetahuan Anda, kawasan ini juga merupakan pintu masuk kepada pelbagai tarikan alam semula jadi yang terdapat di Sarawak. Hanya dengan mengunjungi beberapa daripada semua tarikan ini, Anda dapat merasai keistimewaan dan keindahan ibu negeri Sarawak. 

Tempat Menarik di Kuching

Ingin tahu di mana tempat-tempat menarik yang tersembunyi di Kuching? Teruskan tatal sehingga ke bahagian akhir artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang tempat-tempat hebat di ibu negeri Bumi Kenyalang ini!

Kuching Waterfront

Alamat: Main Bazaar, 93000 Kuching

Lawatan ke Kuching tidak lengkap jika Anda tidak melawat Kuching Waterfront yang masyhur. Kuching Waterfront juga dikenali sebagai People Place oleh penduduk tempatan. Terdapat beberapa tarikan yang menjadi daya tarik kepada penduduk tempatan dan pelancong dari pelbagai bahagian dunia. Waterfront ini sepanjang 1 km dan merupakan tempat yang paling beraktiviti di Kuching. Segala yang Anda perlukan dan mahu boleh dijumpai sepanjang waterfront ini termasuk hotel, restoran, dan tempat membeli-belah untuk cenderahati dan pakaian, tanpa lupa hiburan. Perkara pertama yang akan Anda lihat sepanjang waterfront adalah patung kucing yang terkenal. Di sepanjang waterfront, terdapat beberapa fakta menarik yang berkaitan dengan Kuching. Terdapat beberapa tarikan sekitar termasuk monumen untuk menghormati arwah Charles Brooke dan kuil Cina tertua di Kuching, Kuil Tua Pek Kong. Tua Pek Kong adalah salah satu tarikan terkenal di mana pelancong singgah untuk membuat persembahan sebagai tanda hormat kepada budaya dan kepercayaan yang berbeza dalam masyarakat Cina.

Astana Kuching Sarawak

Alamat: Jalan Astana Lot, Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak

Buka: Setiap hari 9AM - 4.30 PM

Astana, yang kemudiannya dipanggil Rumah Kerajaan, merupakan sebuah istana yang dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak-2. Istana ini letaknya bersemuka dengan Kuching Waterfront. Pada kebiasaannya, astana dibuka untuk lawatan umum oleh pelancong. Dari pinggir Kuching Waterfront pengunjung dapat melihat dengan jelas taman dan bangunan Istana, gedung istana boleh dicapai dengan menaiki bot melintasi Sungai Sarawak. Bangunan Astana telah banyak melalui proses pengubahsuaian dan penambaikkan sejak pembinaannya, disamping menjaga kualiti bangunan yang mendapat status kediaman rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Bako National Park

Alamat: Jalan Bako, Kuching 93050 Malaysia

Buka : Isnin - Jum’at (8.00 - 5.00 pm)

Terletak 37 km dari Kuching, Bako National Park kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Anda akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Taman ini telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Di taman ini terdapat 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Tak cukup dengan itu, di dalam taman negara yang sama, Anda dapat menikmati banyak lagi tarikan alam semula jadi yang lain seperti bukit-bukau, air terjun, paya bakau dan pantai.

Pantai Puteri

Alamat: Pantai Puteri, Santubong, Kuching

Buka 24 jam

Letaknya tidak jauh dari bandaraya Kuching. Pasirnya putih lembut dan pantainya bersih, sentiasa mengalunkan bunyi ombak yang menyegarkan halwa telinga. Terdapat pula tempat piknik dan tapak perkemahan yang lengkap dengan banyak gerai makanan tempatan. Apabila Anda melawat pantai ini untuk matahari terbenam, pemandangannya sangat cantik dan air pasang rendah. Jadi jika Anda hanya mahu duduk dan menikmati pemandangan, ini tempat yang sesuai. Terutamanya jika Anda membawa kanak-kanak.

Pantai Damai

Alamat: Teluk Bandung Santubong, 93756 Kuching

Buka 24 jam

Merancang untuk membuat aktiviti berkhemah ketika berada di Kuching? Anda boleh memilih Pantai Damai sebagai tempat untuk menyusun tikar berkhemah Anda. Sambil menikmati hidangan yang dibawa bersama, Anda dapat menikmati keindahan pantai yang terjaga kebersihannya dan pemandangan hutan hujan tropika yang mengelilingi Gunung Santubong. Selepas merasa kesegaran udara yang menyegarkan paru-paru, Anda boleh meneruskan perjalanan ke Kampung Kebudayaan Sarawak yang hanya berjarak 10 minit dari sini.

Sarawak Cultural Village

Alamat : Kampung Budaya Sarawak, 93752 Kuching, Malaysia

Buka  : 9 AM - 5 PM

Apabila Anda datang melancong ke Kuching, Sarawak Anda wajib datang ke Kampung Budaya Sarawak yang mempunyai muzium hidup yang dibina untuk melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan masyarakat etnik di Sarawak. Membutuhkan perjalanan selama 45 minit sahaja dari Bandar Kuching. Terletak di Kawasan kaki Gunung Santubong, perkampungan budaya ini menawarkan rasa semula jadi yang sangat menenangkan. Anda dapat mengamati kepelbagaian budaya setiap etnik di negeri Sarawak, termasuk kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu, dan Cina. Di sini, mereka mengenakan pakaian tradisional masing-masing, dan Anda berpeluang untuk membeli serta merasai hidangan tradisional dari setiap budaya di rumah-rumah di sini. Tarikan pelancong ini adalah tempat yang sesuai untuk pelancong yang ingin mengenali budaya di Sarawak.

Gunung Santubong

Alamat: Taman Negara Santubong, Kuching, Sarawak

Buka : 8.00 am – 5.00 pm

Bayaran Masuk : RM8

Letaknya berhampiran dengan Taman Budaya Sarawak. Dengan ketinggian mencapai 810 meter di atas paras laut, menakluki gunung ini merupakan salah satu aktiviti terbaik yang terkenal di Sarawak. Untuk menyahut cabaran ini, Anda boleh memilih dari 4 laluan yang tersedia, iaitu dari Bukit Puteri, Green Paradise Cafe, laluan sebelum Perkampungan Budaya Sarawak, atau dari tapak aktiviti Permai Rainforest Resort. Masa yang diperlukan untuk mencapai puncak adalah kira-kira 3 hingga 4 jam, bergantung kepada kecergasan dan laluan yang dipilih.

Bukit Gondol Kampung Pugu

Alamat: Kampung Pugu, Lundu, Kuching

Buka 24 jam

Selain daripada aktiviti mendaki gunung, untuk Anda ingin menikmati keindahan dari ketinggian tanpa menghadapi perjalanan yang mencabar dan lebih aman bagi kana-kanak, Bukit Gondol Kampung Pugu boleh dijadikan destinasi lawatan yang berikutnya. Selain menawarkan pemandangan yang cantik dari puncaknya, perjalanan ke bukit ini juga menarik kerana melibatkan laluan melalui kawasan pantai yang menyuguhkan pemandangan yang menenangkan. Apabila sampai di kawasan bukit, masa yang diperlukan untuk mendaki hanya dalam lingkungan 5 minit.  

Rumah Terbalik Kuching

Alamat: Lot 281, Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching

Buka : 9.30 AM - 6.00 PM

Bayaran : Dewasa RM15 - Kanak-Kanak RM10

Disini, pengunjung akan mengalami dunia terbalik kerana semua perabot disusun dalam keadaan terbalik dari tempat membaca, tempat makan, dapur, tandas, bilik tidur dan pejabat berada dalam kedudukan demikian. Rumah Terbalik Kuching adalah untuk semua peringkat umur dan pastinya tempat yang seronok untuk keluarga. Selain daripada pengalaman, barangan dagangan yang menarik akan menanti Anda untuk dibawa pulang. Jangan lupa buat pengalaman itu tak terlupakan. Bawa kamera Anda sekali. Ambil gambar-gambar terbalik yang awesome dengan diri Anda dalamnya dan tunjukkan kepada kawan-kawan Anda!

Taman Negara Talang-Satang

Alamat: Taman Negara Talang-Satang, Sarawak

Buka : 8.00 AM - 5.00 PM

Taman Negara Talang-Satang merupakan kawasan pembiakan, tempat penangkaran, dan kawasan pemakanan untuk penyu ribuan spesies laut yang lain. Taman Negara ini terdiri daripada beberapa pulau, yaitu Pulau Talang Besar, Pulau Talang Kecil, Pulau Satang Kecil atau Hutan Simpan Ara-Banun. Walaupun tujuan utamanya adalah pemuliharaan, seperti semua Taman Negara lain, Talang Satang terbuka untuk pelancongan alam. Oleh kerana sifat yang sensitif terhadap penyu laut dan kawasan yang kecil disana, lawatan ke pulau-pulau ini adalah terhad. Pengunjung hanya dibenarkan melawat Pulau Satang untuk lawatan sehari. Aktiviti rekreasi darat dan air hanya dibenarkan di kawasan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, ini tidak mengurangkan keunikan dan kegembiraan melawat tempat ini, yang boleh dijadikan sebagai tempat pembelajaran mengenai kehidupan pelbagai haiwan laut sambil menikmati lawatan.

Muzium Kuching

Alamat: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Kuching

Buka: 9.00 AM - 5.00 PM

Bayaran Masuk: Percuma

Muzium Kuching merupakan muzium ‘kucing’ pertama di dunia, yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol. Terdapat lebih kurang 3000 bahan pameran, artifak serta tugu mengenai kucing dari serata dunia. Muzium ini mempunyai 4 galeri yang mengandungi lebih daripada 50 pameran berbeza, termasuk jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, maklumat tentang kucing pada zaman purba Mesir, dan banyak lagi. Menurut kepercayaan masyarakat Malaysia dan Cina, kononnya kucing dikatakan sebagai haiwan yang membawa tuah.

Kuching Wetlands National Park

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching

Buka: Isnin - Sabtu 9 AM - 8 PM (Ahad tutup)

Taman ini terdiri daripada sistem paya bakau yang masin yang merangkumi rangkaian luas saluran air laut dan sungai pasang surut yang menghubungkan kedua-dua sungai utama yang membentuk sempadan taman. Taman ini adalah tempat penting bagi pembiakan dan tempat perkembalaan untuk spesies ikan dan udang, dan mengandungi pelbagai jenis hidupan liar. Bagi pengunjung, Taman Negara Paya Laut Kuching menawarkan pengenalan yang sangat baik kepada persekitaran paya bakau dan peluang untuk melihat pelbagai jenis hidupan liar serta menikmati pemandangan dan bunyi di salah satu kawasan pantai yang paling menarik di seluruh Sarawak. Untuk meneroka taman, Anda perlu menaiki sungai. Beberapa pengendali pelancongan menawarkan pelayaran pantai dan sungai di sekitar taman.

Masjid Bandaraya Kuching

Alamat: 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching

Buka: Setiap hari, 5 AM - 10 PM

Masjid ini ialah masjid utama di bandaraya Kuching. Lamanya bukan kepalang sebab ia merupakan masjid yang pertama di Bandar Kuching yang dibina oleh pemimpin yang dihormati di Sarawak pada ketika itu, Datu Patinggi Ali pada tahun 1847. Seiring dengan pertumbuhan bandar, masjid ini menjadi titik fokus utama bandar. Lokasi masjid ini unik kerana ia dibina di sepanjang tebing Sungai Sarawak, dan juga di tepi pusat bandar, berhampiran dengan banyak rumah kedai berusia berabad-abad dan kawasan komersial. Bagi makluman Anda, masjid ini boleh memuatkan hingga 4000 orang jemaah pada satu masa.

Vivacity Megamall Kuching

Alamat: Ground Floor, Management Office, Q112B, 93350 Kuching, 

Buka : 10.00 AM - 10.00 PM

VivaCity Megamall kini merupakan pusat beli-belah terbesar di Kuching. Ia menawarkan pelbagai jenama pakaian antarabangsa yang besar, serta pelbagai restoran. VivaCity adalah pusat beli-belah pertama di Kuching yang mempunyai dua medan makan, satu menyajikan hidangan non-halal yang popular, dan yang lain menyajikan hidangan halal. Pusat beli-belah ini juga dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, kawasan konvensyen, dan pawagam delapan skrin dengan skrin IMAX dan 3D.

AEON Mall Kuching Central

Alamat: Lot F20 & F21, First Floor, Jln Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce, Min Chu Garden, 93200 Kuching,

Buka: 10.00 AM - 10.00 PM

AEON MALL Kuching Central merupakan pusat beli-belah terbaru di Bandaraya Kuching, melayani penduduk di sekitar tiga batu dan Batu Kawa. AEON MALL Kuching Central mempunyai lebih daripada 1.6 juta kaki persegi kawasan binaan kasar, dengan lebih daripada 130 lot peruncitan tersebar di seluruh tiga tingkat. Terdapat 1,800 tempat letak kereta yang tersebar di lima tingkat tempat letak, termasuk tempat letak di bumbung.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka