Xperience
/
Malaysia
/
Terengganu
Cari

Tentang $destination

Dikenali sebagai 'Permata Pantai Timur', Terengganu adalah destinasi yang mempunyai kekayaan budaya dan warisan. Garisan pantainya yang indah dan panjang menawarkan pemandangan air biru laut yang luas yang dilimpahi pasir putih seperti bedak. Di sepanjang pantai itu terdapat gugusan pulau yang bersinar indah di Laut China Selatan. Tambahan pula, terdapat air terjun yang menakjubkan yang mengalir deras dan patut Anda kunjungi! Terengganu, yang menjadi tempat kampung-kampung pantai yang menawan dan menyimpan kekayaan kerajinan tradisional, mempersembahkan keanggunan dan keindahan alam khas Melayu. Marilah datang dan nikmati keindahan Terengganu!

Tempat Menarik di Terengganu

1. Menerokai Pulau Redang

Pulau Redang adalah salah satu daripada tempat pantai yang paling indah di seluruh Malaysia.  Pulau Redang adalah destinasi yang sesuai untuk dikunjungi jika Anda ingin merasai kelembutan pasir putih di bawah kaki Anda. Dengan air yang sangat jernih sehingga Anda dapat melihat terumbu karang dan ikan dari tepi pantai, pastikan untuk menikmati peluang menyelam dan snorkeling yang disediakan di sana! Terdapat juga pusat Taman Laut dan Pusat Penyu Chagar yang boleh Anda kunjungi. Pulau ini pun dipenuhi dengan laluan hutan di mana Anda dapat melihat monyet, burung berwarna-warni, tumbuhan unik, dan juga biawak raksasa!

2. Melancong Sambil Mempelajari Sejarah di Pulau Bidong

Pulau Bidong tidak hanya menawarkan keindahan, tetapi juga sejarah. Sebagai pulau yang memuat banyak warisan sejarah, terutamanya sebagai tempat penempatan pengungsi warga negara Vietnam dari tahun 1976 hingga 1991, Pulau Bidong dijaga dengan sangat ketat untuk memastikan keasliannya. Pulau Bidong juga terkenal sebagai destinasi terbaik untuk bersnorkeling menikmati terumbu karang yang indah. Anda boleh berkemah sambil menikmati pemandangan laut lepas yang cantik dan matahari terbenam yang menawan. Selain itu, Anda juga dapat mempelajari sejarah melalui peninggalan pengungsi Vietnam seperti bangunan, patung, prasasti, dan banyak jejak sejarah lainnya.

3. Melihat Penyu di Pulau Perhentian

Dengan aliran air yang hangat dan kejelasan yang baik di bawah laut, nikmatilah kecantikan terumbu karang melalui kayak laut atau berenang bersama ikan di lokasi menyelam kegemaran ini! Atau jika Anda tidak berminat untuk menyelam, saksikan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di Coral Bay, kemudian menyaksikan bayi penyu melakukan perjalanan pertama mereka dari cangkang telur ke lautan pada waktu malam! Atau, jika Anda lebih suka menghindari keramaian, kunjungilah Pantai PIR yang cantik atau tinggallah di rumah pokok yang disewakan oleh penduduk tempatan!

4. Melawat Waterfront Kuala Terengganu

Tempat ini berada di ibukota Kuala Terengganu. Waterfront Kuala Terengganu ini meliputi hampir keseluruhan bandar. Lawati pada waktu pagi untuk pemandangan air yang tenang, atau pada waktu petang di mana terdapat banyak restoran dengan pemandangan air. Waterfront juga berdekatan dengan banyak tarikan utama di bandar Kuala Terengganu seperti Chinatown, Pasar Payang Central Market, dan taman awam Taman Shahbandar, jadi rancanglah waktu petang untuk bersantai di sana selepas seharian menjelajah bandar.

5. Air Terjun Tepi Pantai: Janda Mandi

Berbeza dengan kebanyakan air terjun lain, air terjun Janda Mandi menonjol dengan airnya yang terus mengalir menuju pantai berdekatan. Tempat ini menarik perhatian pengunjung yang ingin menikmati kecantikan dan keunikan air terjun tersebut. Jika Anda penyokong aktiviti lasak, pasti Anda akan teruja untuk melawat kerana cabaran trek yang menanti, dengan landai yang agak curam dan licin sebelum mencapai destinasi ini. Adalah satu kerugian jika Anda melepaskan peluang untuk mengalami sendiri pemandangan menakjubkan air terjun yang mengalir terus ke pantai, mungkin satu-satunya di Malaysia.

Apa makanan istimewa Terengganu?

Menikmati makanan khas setempat dan hidangan tradisional adalah suatu keharusan bagi Anda yang melancong ke Terengganu. Sebagai daerah yang didominasi oleh perairan, hidangan laut di Terengganu tidak ada tandingannya. Anda wajib mencuba hidangan laut Terengganu yang boleh Anda temui mana-mana! Selain itu, terdapat makanan lain yang juga harus Anda cuba dan juga dapat Anda dapat nikmati di restoran tempatan dan penjaja jalanan ketika berada di bandar. Beberapa hidangan yang popular iaitu:

1. Nasi Biru, sang Nasi Kerabu

Nasi Kerabu merupakan nasi berwarna biru yang diperoleh dari pewarnaan bunga telang. Hidangan ini disajikan bersama pelbagai lauk seperti ayam panggang, ikan keli goreng, solok lada, telur masin, daging bakar, dan sambal. Ia merupakan sajian yang wajib dicuba apabila mengunjungi pantai timur. Salah satu restoran nasi kerabu terbaik adalah Nasi Kerabu Suerasa yang diiktiraf sebagai nasi kerabu paling sedap di dunia oleh Kongres Makanan Jalanan Sedunia 2017, jadi rasanya tidak dapat dipertikaikan. Jemputlah keluarga dan rakan-rakan Anda untuk datang ke sini dan menikmati kenikmatan hidangan ini.

Alamat : Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu

Buka    : 08.00 AM – 01.00 PM (Rabu Tutup)

2. Nasi Dagang, Bekal Pergi Berdagang di Masa Lalu

Hidangan ini dinamkan nasi dagang kerana pada zaman dahulu, ia digunakan sebagai bekal oleh penduduk kampung Melayu ketika pergi berdagang. Ketika melakukan perjalanan jauh, para pedagang membawa nasi yang diisi dengan kari ikan dan acar, kemudian dibungkus menggunakan daun pisang. Di Terengganu, nasi dagang diperbuat daripada campuran beras dan ketan yang dimasak dengan santan kelapa. Nasi dagang Terengganu disajikan bersama kuah nasi dagang yang dibuat menggunakan rempah-rempah khas Malaysia.

3. Keropok Lekor, Makanan Ringan Khas Terengganu

Keropok lekor ialah makanan ringan yang berasal dari Terengganu. Keropok dihasilkan daripada daging ikan laut dan kombinasi sagu atau kanji, yang ditambahkan sedikit garam. Kesemua bahan ini akan diuli dan digentel hingga menjadi panjang seperti tali sebelum direbus dalam air panas. Keropok lekor memiliki warna kelabu dan aroma ikan yang khas. Kandungan tinggi dalam ikan menjadikan keropok lekor sebagai makanan tinggi protein yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan dengan segar selepas digoreng, dan dicelupkan ke dalam sos cili pedas, mayonis, dan keju. Saat ini, penghasilan keropok lekor sudah terkenal di beberapa negeri selain Terengganu, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba keropok lekor asli dari Terengganu!

Dimana Membeli Belah di Terengganu?

1. Pasar Payang: Pasar Tradisional dalam Bangunan Moden

Anda dapat menemui segala yang Anda perlukan di Pasar Payang. Dari pakaian Batik tradisional hingga makanan tempatan, buah-buahan maupun cenderamata lain. Datanglah pada siang hari saat penduduk tempatan berbelanja keperluan harian mereka, atau pergilah pada waktu malam untuk membeli cenderamata. Jangan lupa mencuba kemahiran berbargain di sini, terutamanya jika Anda membeli lebih dari satu barang!

Alamat : Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Buka    : 7.00 AM - 6.00 PM

2. Mydin Mall : Mall dengan Harga Berpatutan!

Mydin Mall, tempat membeli-belah yang sering dikunjungi oleh pembeli, terutamanya semasa cuti dan juga ketika terdapat banyak promosi. Di pusat perbelanjaan ini, Anda boleh mencari pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan, termasuk pakaian, seluar, kasut, beg, dan cenderahati lain.

Alamat : Jalan Sultan Mohamad, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Buka    : 9.00 AM - 10.00 PM

3. Wanisma Craft & Trading - Rumah Cenderamata yang Unik

Jika Anda mencari cenderamata untuk dibawa pulang dari Terengganu, kunjungilah Wanisma Craft & Trading. Selain menyediakan pelbagai jenis barangan logam, songket, atau batik dengan harga yang berpatutan, tempat ini juga membolehkan Anda menyaksikan proses penghasilan barangan logam dan batik secara langsung. Wanisma Craft & Trading dikenali sebagai destinasi yang sering dikunjungi oleh pelancong antarabangsa yang ingin mendapatkan hasil kraftangan asli dan berkualiti dari Terengganu.

Alamat : 32, Ladang Sekolah, 20000, Kuala Terengganu, Terengganu

4. Desa Murni - Surganya Pakaian Wanita!

Di Desa Murni, terdapat pelbagai rekaan kain batik, kain pasang, baju Melayu, telekung, dan kain pelikat. Tempat ini juga boleh dianggap sebagai syurga membeli-belah bagi wanita, kerana terdapat ribuan pilihan tudung Muslimah. Desa Murni juga terkenal sebagai pusat tudung Muslimah terbesar di pantai timur. Jadi, tunggu apa lagi?

Alamat : 17888, Jalan Baru Pak Sabah, Kuala Dungun, Terengganu

Buka    : 10.00 AM - 7.00 AM (Jum’at Tutup)


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka