Zoo Auckland yang dibuka pada tahun 1922, merupakan antara zoo terbaik di New Zealand. Terletak di kawasan seluas 17 hektar, ia mempunyai lebih dari 138 spesis termasuk harimau, harimau kumbang, kura-kura Galapagos dan Tasmanian Devil. Dengan lebih 800 haiwan menginap di sini, pasti ada sahaja yang boleh disaksikan. Jangan ketinggalan menyaksikan pertunjukan haiwan yang pasti memberi pengetahuan berguna kepada pengunjung.
Waktu Operasi | 09:30-17:30. |
---|---|
Alamat | Motions Rd, Western Springs, Auckland 1022, New Zealand. |
Kategori | Tarikan |