Cari
Xperience/Filipina/Metro Manila/Manila/Quiapo/Lawatan Separuh Hari ke Manila Lama dan Manila Baru dengan khidmat pengangkutan

Lawatan Separuh Hari ke Manila Lama dan Manila Baru dengan khidmat pengangkutan

Manila, Metro Manila, Philippines
Lihat Peta
Tempoh Lawatan | 5 Hours
Lihat Semua Gambar
Nikmati diskaun pengguna baharu 7% sehingga RM300 tanpa transaksi min menggunakan kod "JOMPLAY"!

8.0

Baik

Berdasarkan 1 ulasan

Lihat Peta

Manila

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Pengalaman Untuk Anda

Lawati tanah perkuburan dan peringatan Amerika, iaitu tempat jasad tentera-tentera berani Perang Dunia ke 2 disemadikan
Singgah di Taman Luneta, juga dikenali dengan nama Taman Rizal, salah satu mercu tanda paling penting di Filipina
Rentasi jalan-jalan batu bintar ke Gereja San Agustin

Sejarah Filipina diimbau kembali apabila anda menyertai kunjungan ke Manila yang dulu dan sekarang dengan dipandu sepenuhnya. Lawatan ke Manila sambil bersiar-siar ini bermula di Tanah Perkuburan dan Memorial Amerika, tempat bersemadinya askar yang kehilangan nyawa mereka semasa Perang Dunia ke 2. Teruskan perjalanan ke Kota Lama Manila sambil anda memandu melalui Roxas Boulevard yang indah, salah satu lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam di Teluk Manila yang indah. Hentian seterusnya ialah Taman Luneta (juga dikenali dengan nama Taman Rizal), salah satu tempat pelancongan paling penting yang terletak di tengah-tengah Manila. Tempat kunjungan seterusnya ialah Intramuros, yang dikenali dengan nama "Bandar Bertembok". Di dalam kubu bandar ini terdapat tembok purba, runtuhan gereja, dan peninggalan lain zaman era Konkuistador Sepanyol. Rentasi jalan-jalan batu buntar ke Gereja San Agustin, sebuah Gereja Roman Katolik yang terletak di dalam Bandar Bertembok bersejarah Intramuros di Manila. Akhiri lawatan anda di Fort Santiago, salah satu kubu batu Hispanik tertua di Filipina.

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Berikan ulasan apabila anda mengunjungi tempat tersebut!

Ulasan yang anda berikan akan membantu pengembara lain merancang perjalanan mereka.

Jadual Perjalanan

Pengambilan dari hotel anda.
Waktu Pengambilan: 08:00 hingga 08:45
Dari hotel, anda akan memandu melalui Ayala menuju Tanah Perkuburan Amerika.
Masa: 09:00
Tiba di Tanah Perkuburan Amerika, tempat bersemadinya jasad tentera dan kakitangan Amerika Syarikat yang terbunuh semasa Perang Dunia II.
Masa: 09:30
Tempoh: 25 hingga 30 minit
Taman Rizal
Tiba di Taman Rizal, yang juga dikenali sebagai Taman Luneta, iaitu salah satu mercu tanda paling penting di Filipina, tempat jasad wira negara tersebut disemadikan.
Jangka masa: 10 hingga 15 minit
Masa: 11:00
Pandu ke Intramuros
Masa: 11:20
Rentasi jalan-jalan batu bintar ke Gereja San Agustin
Masa: 11:30
Fort Santiago
Berjalan ke Fort Santiago dan luangkan beberapa minit sebelum menamatkan lawatan anda.
Masa: 12:00
Tempoh 10 hingga 15 minit
Penghantaran pulang ke hotel.
Masa tamat: 13:00
** Tempoh masa bagi setiap hentian adalah anggaran dan mungkin berubah disebabkan keadaan yang tidak diduga.

Lihat Jadual Perjalanan Lengkap


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka