Jangan lepaskan peluang untuk bermain salji di Saigon! Di Snow Town Saigon, salji turun sepanjang tahun, menjadikan kawasan sekitarnya seperti pekan salji kecil di Eropah. Bukan itu sahaja, malah, terdapat juga pelbagai permainan musim sejuk yang anda boleh cuba, seperti meluncur salji, membina orang salji, dan juga berski menuruni bukit setimggi 8 meter. Jika anda ingin menyejukkan badan atau merasai musim sejuk, Snow Town Saigon boleh memberi pengalaman ini untuk anda.