Anda seorang pencinta makanan dan tak boleh menolak hidangan yang lazat, tapi anda tak pandai masak? Jangan risau kerana anda boleh belajar memasak makanan asli Vietnam seperti popiah, penkek ranggup, mee beras daging dan mee sup daging istimewa Hanoi di Kelas Memasak di Pulau Thuan Tinh. Pengembaraan kulinari anda bermula di Pekan Lama Hoi An, tapak Warisan Dunia UNESCO. Kemudia anda akan dibawa ke Central Market untuk membeli bahan-bahan segar. Selepas itu anda akan dibawa ke Bay Mau Forest Coconut untuk mulakan kelas anda. Di sini anda akan belajar masak dan kemudian menikmati hidangan lazat sambil menyelami ruangan yang luas di Pulau Thuan Tinh.
Waktu Operasi | 08:00-16:30. |
---|---|
Alamat | Thôn 1, làng, Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam, Vietnam. |
Kategori | Lawatan. |