Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Air New Zealand ialah sebuah syarikat penerbangan nasional New Zealand. Ditubuhkan pada tahun 1940, hari ini Air New Zealand mengendalikan penerbangan penumpang berjadual ke 21 destinasi domestik dan 31 destinasi antarabangsa dalam 19 negara di sekitar Pacific Rim dan United Kingdom. Hab-hab Air New Zealand terletak di Lapangan Terbang Auckland, Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington dan Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch. Air New Zealand juga ahli Star Alliance sejak tahun 1999.
Setiap tempat duduk Kelas Ekonomi dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan. Penumpang boleh menikmati pelbagai audio dan video termasuk filem blockbuster terkini, rancangan TV, dan saluran khas untuk kanak-kanak. Tambahan pula, tempat duduk Kelas Ekonomi menampilkan reka bentuk ergonomik dengan ruang peribadi yang luas. Walau bagaimanapun, jika penumpang menginginkan ruang yang lebih di Kelas Ekonomi, mereka boleh menaiktarafkan tempat duduk kepada Economy SkycouchTM. Tempat duduk ini sama dengan tempat duduk Ekonomi, tetapi disertakan tempat letak kaki tambahan yang boleh mengubahkannya menjadi sofa. Penumpang boleh memilih sama ada untuk menaikkan atau menurunkan tempat letak kaki dengan menyelaraskannya kepada 60 dan 90 darjah.
Untuk penerbangan jarak jauh, penumpang Kelas Ekonomi dapat menikmati santapan yang disediakan daripada bahan-bahan segar. Untuk makan malam, penumpang akan disajikan dengan kumara dan salad labu dengan sos mustard madu sebagai masakan utama. Terdapat dua menu untuk hidangan utama, iaitu kari ayam masala dengan beras basmati jintan putih, atau daging paprika tomato dengan mash herba dan kacang. Ais krim Kapiti juga disajikan sebagai pencuci mulut.
Air New Zealand telah menyediakan tempat duduk kulit mewah dengan tempat letak tangan yang luas, tempat letak kaki, dan sokongan kaki. Setiap tempat duduk mempunyai jarak 41 inci, tempat sandaran 9 inci, dan lebar 19.3 inci dengan tempat letak tangan selebar 5 inci. Semasa penerbangan, penumpang boleh menikmati lebih daripada 1,700 jam hiburan dalam penerbangan yang turut disertakan sambungan USB dan iPod. Penumpang juga akan diberikan kit kemudahan yang mengandungi produk penjagaan kulit buatan New Zealand pawpaw Antipodes dan pelembab bibir avokado, sarung kaki, pelindung mata, kit berus gigi, penyumbat telinga, dan pen.
Perkhidmatan Kelas Ekonomi Premium menyediakan makanan dan minuman secara percuma. Dengan menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi, menu Ekonomi Premium penuh variasi dari ayam, salmon, kambing hingga coklat dan rosewater pannacotta sebagai pencuci mulut. Di samping itu, Air New Zealand juga menawarkan pelbagai wain premium New Zealand pilihan perunding wain untuk melengkapi setiap hidangan.
Di kabin Kelas Perniagaan, tempat duduk berlengan dan bersalut kulit mewah dengan lebar 22 inci boleh diselaraskan menjadi katil rata penuh, lengkap dengan tilam yang lebih tebal, selimut lembut, dan dua bantal bersaiz standard. Dengan skrin individu, setiap penumpang boleh mengawal hiburan atas permintaan dan menikmati pelbagai audio dan video dengan menggunakan fon kepala anti bunyi bising untuk memastikan bunyi yang jelas. Penumpang Kelas Perniagaan juga boleh menikmati perkhidmatan eksklusif seperti daftar masuk premium, akses ke ruang istirahat, kit kemudahan, fon kepala premium, air botol percuma, perkhidmatan peribadi dalam penerbangan dan keutamaan pengambilan bagasi semasa ketibaan.
Air New Zealand telah bekerjasama dengan chef profesional untuk memberikan perkhidmatan hidangan dalam penerbangan terbaik untuk penumpang Kelas Perniagaan. Hidangan dalam penerbangan disajikan pada waktu makan malam dan sarapan pagi, dengan menu yang terdiri daripada roti dan kek, salmon, kambing, ayam, bijirin, hingga pencuci mulut. Setiap penumpang juga boleh memilih minuman smoothie mangga, nanas, atau kelapa. Mereka juga boleh memesan pelbagai snek sepanjang penerbangan terus daripada skrin hiburan.
Air New Zealand mempunyai program kesetiaan yang dipanggil Airpoints. Ahli-ahli Airpoints boleh mendapatkan Airpoints Dollars daripada semua penerbangan Air New Zealand yang layak, serta kebanyakan rakan syarikat penerbangan dan penerbangan Star Alliance. Airpoints Dollars yang terkumpul boleh digunakan untuk membeli mana-mana tempat duduk yang dijual di laman web Air New Zealand dan kebanyakan rakan Star Alliance. Ahli-ahli juga boleh menggunakan Airpoints Dollars untuk penyewaan kereta atau penginapan hotel. Terdapat tiga peringkat keahlian program Airpoints, iaitu Silver, Gold, dan Elite.
Semasa menaiki penerbangan Air New Zealand, penumpang boleh menggunakan ruang istirahat Air New Zealand di New Zealand dan lima destinasi di seluruh dunia. Syarikat penerbangan ini menawarkan empat jenis ruang istirahat lapangan terbang, iaitu ruang istirahat domestik, ruang istirahat serantau, ruang istirahat antarabangsa, dan ruang istirahat rakan syarikat penerbangan Air New Zealand. Semua ruang istirahat dilengkapi dengan WiFi, meja, TV, surat khabar, majalah, tandas, bilik mandi, serta makanan bufet, snek ringan dan bar. Walau bagaimanapun, akses ke ruang istirahat lapangan terbang Air New Zealand dan ruang istirahat rakan syarikat penerbangan Air New Zealand hanya tersedia untuk ahli Airpoints Gold, Elite, Elite Partner, atau program Koru.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Air New Zealand telah bekerjasama dengan pereka busana New Zealand Trelise Cooper untuk mereka pakaian seragam kru penerbangannya. Blaus campuran warna merah jambu dan hitam pada pakaian seragam kru penerbangan Air New Zealand digambarkan sebagai reka bentuk kontemporari dan menonjolkan sifat kewanitaan. Sementara itu, pramugara kelihatan segak bergaya dalam suit hitam yang dipakai dengan tali leher dan skarf berwarna. Skema warna merah jambu dijadikan pilihan untuk dipadankan dengan skema warna pesawat baharu.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Domestik | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: max. 118 cm) | Maks. 23 kg (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Ekonomi Premium | 2 bagasi (maks. 7 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 118 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Perniagaan | |||
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: maks. 118 cm) | Maks. 23 kg (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Ekonomi Premium | 2 bagasi (maks. 7 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 118 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Perniagaan | 3 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Air New Zealand boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Air New Zealand. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Domestik | 1 jam sebelum berlepas | 30 minit sebelum berlepas |
Antarabangsa | 2 jam 30 minit sebelum berlepas | 1 jam 30 minit sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Air New Zealand. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Air New Zealand untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Air New Zealand untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Air New Zealand secara terus.
Air New Zealand (Kod IATA: NZ) dikenali sebagai syarikat penerbangan nasional New Zealand. Syarikat penerbangan ini beroperasi di tiga hab utama, iaitu Lapangan Terbang Auckland, Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch. Dengan menggunakan pesawat Airbus A320, pesawat Boeing 777, dan pesawat Boeing 787, Air New Zealand mengendalikan penerbangan penumpang berjadual ke 21 destinasi domestik dan 32 destinasi antarabangsa di 19 negara, dengan rangkaian laluannya memfokus pada Australasia dan Pasifik Selatan. Sejak penubuhannya pada tahun 1940, Air New Zealand telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa. Antaranya termasuk World’s Best Premium Economy Class dari Skytrax pada tahun 2016, Airline of the Year dari AirlineRatings.com pada tahun 2015 dan 2016, dan Australasia’s Leading Airline dari World Travel Awards pada tahun 2015. Dalam mengendalikan perkhidmatan penerbangannya, Air New Zealand menawarkan tiga kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, dan Kelas Perniagaan. Setiap kelas dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan yang canggih dan pelbagai pilihan filem, rancangan TV, audio, dan permainan disediakan. Semua tempat duduk menampilkan reka bentuk ergonomik dengan ruang peribadi yang luas. Walau bagaimanapun, jika penumpang menginginkan ruang yang lebih di Kelas Ekonomi, mereka boleh menaiktarafkan tempat duduk ke Economy SkycouchTM. Tempat duduk ini sama dengan tempat duduk Ekonomi, tetapi disertakan tempat letak kaki tambahan yang boleh mengubahkannya menjadi sofa. Penumpang boleh memilih sama ada untuk menaikkan atau menurunkan tempat letak kaki dengan menyelaraskannya kepada 60 dan 90 darjah. Sementara itu, kedua-dua penumpang Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan boleh menikmati penerbangan di tempat duduk kulit mewah yang dipasangkan tempat letak tangan yang luas, tempat letak kaki, dan sokongan kaki. Mereka juga akan diberikan kit kemudahan yang mengandungi produk penjagaan kulit buatan New Zealand pawpaw Antipodes dan pelembab bibir avokado, sarung kaki, pelindung mata, kit berus gigi, penyumbat telinga, dan pen. Turut disediakan ialah perkhidmatan hidangan dalam penerbangan percuma yang menyajikan variasi makanan dari masakan utama hingga pencuci mulut. Air New Zealand juga bekerjasama dengan perunding wain terbaik untuk menawarkan pelbagai wain premium New Zealand sebagai pelengkap setiap hidangan. Setiap tambang Air New Zealand termasuk peruntukan bagasi yang didaftar masuk. Tambang penumpang merangkumi beg daftar masuk dengan berat maksimum 23 kg. Tetapi, jika penumpang membayar caj bagasi berlebihan di lapangan terbang, mereka boleh menambahkannya kepada 32 kg selagi masih terdapat ruang di pesawat. Di samping itu, penumpang juga boleh membawa bagasi kabin sehingga 118 cm dan 7 kg (Kelas Ekonomi) atau 14 kg (Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Perniagaan). Penumpang juga dikehendaki untuk mendaftar masuk secara dalam talian di lapangan terbang yang dibuka 24 jam sebelum penerbangan, dan akan ditutup 30 minit (laluan domestik) dan 90 minit (laluan antarabangsa) sebelum berlepas. Penumpang juga diingatkan untuk menunjukkan kad keahlian Airpoint semasa daftar masuk. Airpoints ialah sebuah program penumpang kerap Air New Zealand. Ahli-ahli Airpoints boleh mendapatkan Airpoints Dollars pada semua penerbangan Air New Zealand yang layak, serta kebanyakan rakan syarikat penerbangan dan penerbangan Star Alliance. Airpoints Dollars yang terkumpul boleh digunakan untuk membeli mana-mana tempat duduk yang dijual di laman web Air New Zealand dan kebanyakan rakan Star Alliance. Ahli-ahli juga boleh menggunakan Airpoints Dollars untuk penyewaan kereta atau penginapan hotel. Terdapat tiga peringkat keahlian program Airpoints, iaitu Silver, Gold, dan Elite.
Sejarah Air New Zealand bermula pada 19 April 1940 ketika syarikat penerbangan utama, Tasman Empire Airways Limited (TEAL) diperbadankan. Pada Oktober 1953, TEAL adalah milik bersama oleh kerajaan New Zealand dan Australia. Lapan tahun kemudian, TEAL dimiliki penuh oleh kerajaan New Zealand. Selain perkhidmatan antarabangsa oleh TEAL, kerajaan New Zealand juga menubuhkan NZ National Airways Corporation (NAC) pada tahun 1947. Beberapa tahun kemudian, iaitu pada April 1965, TEAL dinamakan semula sebagai Air New Zealand Limited. Syarikat penerbangan ini meneruskan perkhidmatannya yang mengendalikan penerbangan antarabangsa sahaja. Tiga belas tahun selepas TEAL diubahkan nama kepada Air New Zealand, Air New Zealand dan NAC bergabung pada April 1978 dan membentuk syarikat penerbangan pertama di New Zealand yang menawarkan perkhidmatan domestik dan antarabangsa. Semasa tahun 1980-an dan 1990-an, Air New Zealand terus mengembangkan rangkaian antarabangsanya, terutamanya ke bandar-bandar Asia seperti Taipei, Nagoya, Osaka dan Fukuoka. Syarikat penerbangan ini juga menyenaraikan sahamnya di Bursa Saham New Zealand sebagai saham "A" (hanya boleh dipegang oleh warganegara New Zealand) pada Oktober 1989 dan saham "B" (tiada sekatan ke atas kewarganegaraan pemilikan) pada Disember 1991. Pada tahun 1999, Air New Zealand secara rasminya menjadi ahli Star Alliance, rangkaian syarikat penerbangan global terbesar di dunia. Ini membolehkan Air New Zealand memperluaskan rangkaian laluannya dan memberikan rangkaian dan ganjaran kesetiaan yang memanfaatkan para pelanggan, bersama dengan syarikat penerbangan lain termasuk Air Canada, ANA, Asiana Airlines, Austrian Airlines, LOT Polish Airlines, Lufthansa, Singapore Airlines, SAS, South African Airways, Spanair, SWISS, TAP Portugal, Thai Airways, United Airlines, US Airways, dan Varig. Air New Zealand juga mengalami beberapa perubahan. Pada Julai 2002, syarikat penerbangan ini memulakan program pembaharuan kumpulan pesawat dan mengesahkan tempahan 14 pesawat Airbus A320 baharu untuk menggantikan pesawat Boeing 767-200 dan pesawat Boeing 737-300. Dua tahun kemudian, diumumkan bahawa Air New Zealand telah menaiktarafkan pesawat turboprop melalui perjanjian untuk mendapatkan 17 pesawat turboprop Q300 Bombardier dengan 50 tempat duduk dan pilihan untuk membeli 10 lagi pesawat Q300 dan 13 pesawat Q400. Pesawat baharu ini akan menggantikan 17 pesawat Saab 340A. Di samping program pembaharuan kumpulan pesawat, Air New Zealand juga mengubahsuai perniagaannya untuk menawarkan tambang yang lebih rendah dan kompetitif, peraturan tempahan yang dipermudahkan, fokus terhadap jualan internet dan kemudahan tempahan, ketersediaan tempat duduk tambahan dan ganjaran kesetiaan yang lebih baik untuk penumpang kerap. Air New Zealand juga menjadi syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan perjalanan harian kos rendah merentasi Tasman. Terdapat juga laluan antarabangsa baharu yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan ini. Sebagai contoh, pada Jun 2004, pelancaran perkhidmatan penerbangan terus di antara Auckland dengan San Francisco, iaitu dari Wellington ke Fiji dan Christchurch ke Kepulauan Cook yang bermula pada akhir tahun 2004, serta penerbangan terus di antara Auckland dengan Shanghai pada tahun 2006. Kini, Air New Zealand mengendalikan penerbangan penumpang berjadual ke 21 destinasi domestik dan 32 destinasi antarabangsa di 19 negara, dengan rangkaian laluannya memfokus pada Australasia dan Pasifik Selatan.
Berikut ialah cara menempah tiket Air New Zealand secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Air New Zealand anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Air New Zealand ialah bukti tempahan penerbangan Air New Zealand. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Air New Zealand di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.