amaran
Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
 
China Airlines: Pengenalan

China Airlines ialah syarikat penerbangan nasional terbesar Taiwan yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan. Setiap minggu, China Airlines mengendalikan lebih daripada 1,400 penerbangan domestik dan antarabangsa ke 145 destinasi di 29 negara yang meliputi Asia, Eropah dan Amerika. Dalam mengendalikan perkhidmatan penerbangannya, China Airlines menawarkan tiga jenis kelas kabin, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Perniagaan.


Tempahan & E-tiket China Airlines

Cari dan tempah tiket penerbangan China Airlines secara dalam talian melalui Traveloka untuk mendapatkan harga promosi terbaik.

Cara Menempah

Berikut ialah cara menempah tiket China Airlines secara dalam talian:

  1. Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App anda
  2. Isi butiran penerbangan dalam kotak carian
  3. Pilih dan tempah penerbangan anda
  4. Isi maklumat penempah dan butiran penumpang
  5. Jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan anda
  6. Dapatkan e-tiket China Airlines di Tempahan Saya atau dalam emel anda

Cara Membayar

Pembayaran untuk tiket China Airlines anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.

China Airlines E-tiket

E-tiket China Airlines ialah bukti tempahan penerbangan China Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter China Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.

Rakan Syarikat Penerbangan Traveloka - Domestik & Antarabangsa

AirasiaFireflyMalindo AirJetstar ScootMalaysia AirlinesGaruda IndonesiaSingapore AirlinesSilkAirCathay PacificBangkok AirwaysVietnam AirlinesPhilippine AirlinesBatik AirCitilinkEmiratesLion AirNok AirQatar AirwaysThai Airasia XThai AirwaysThai SmileVietjetAll Nippon AirlinesAsiana AirlinesChina AirlinesEgypt AirEtihad AirwaysEVA AirKLMKorean AirQantas AirlinesTurkish AirlinesUnited AirlinesAir FranceAmerican AirlinesChina Southern AirlinesJet AirwaysLufthansaRoyal BruneiVirgin AustraliaXiamen AirlinesAir ChinaAir New ZealandFinnairOman AirSaudi Arabian AirlinesShanghai AirlinesSrilankan Airlines

Rakan Pembayaran Rasmi Traveloka


Penarafan China Airlines

berdasarkan 320 ulasan

Standard perkhidmatan: FullService

Kelas Penerbangan China Airlines

Kelas Ekonomi

Sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik di dunia menurut Skytrax, China Airlines menyediakan pengalaman penerbangan yang artistik dalam Kelas Ekonomi yang boleh didapati untuk penerbangan ke Los Angeles, San Francisco, New York, Frankfurt dan laluan serantau yang terpilih. Kabin Kelas Ekonomi dilengkapi dengan tempat duduk jenis slimline yang memberikan ruang letak kaki yang selesa kepada penumpang dan pelbagai pilihan hiburan. Tempat duduk ini juga merupakan melambangkan ikrar China Airlines untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para penumpangnya.

Hidangan dalam Penerbangan

Penumpang yang berlepas dari Taipei akan mendapat kemudahan hidangan dalam penerbangan yang diselenggarakan oleh China Pacific Catering Service (CPCS) yang berpangkalan di Taipei. Perkhidmatan hidangan dalam penerbangan juga tersedia di semua penerbangan antara benua. Walau bagaimanapun, menu yang disediakan berbeza bergantung pada kelas penerbangan, destinasi dan tempoh perjalanan. Hidangan Timur dan Barat adalah menu kegemaran untuk dipesan, begitu juga dengan menu bermusim di laluan penerbangan terpilih.

Kelas Ekonomi Premium

Sebagai tambahan kepada Kelas Ekonomi yang standard, China Airlines juga menawarkan Kelas Ekonomi Premium yang dilengkapi dengan kemudahan yang lebih eksklusif. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan monitor HD 12-inci, ruang letak kaki 39 inci yang lebih luas, meja makan pelbagai fungsi, ruang penyimpanan peribadi, port USB peribadi dan soket elektrik. Penumpang yang melakukan penerbangan jarak jauh juga akan mendapat kit ameniti untuk memastikan mereka berasa segar sepanjang penerbangan.

Hidangan dalam Penerbangan

Hidangan dalam penerbangan yang ditawarkan dalam Kelas Ekonomi Premium adalah sama dengan Kelas Ekonomi. Penumpang juga boleh membuat tempahan awal untuk hidangan istimewa, termasuk hidangan vegetarian, hidangan khas mengikut agama dan makanan bayi/anak. Penumpang yang memerlukan hidangan khas dalam penerbangan mereka boleh memaklumkan kepada syarikat penerbangan semasa membuat tempahan atau menghubungi pejabat tempatan China Airlines sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berlepas untuk memesan hidangan pilihan mereka.

Kelas Perniagaan

Perkhidmatan Kelas Perniagaan boleh didapati di semua pesawat China Airlines. Sama ada penerbangan dalam jarak dekat atau penerbangan jarak jauh, setiap penumpang berhak mendapat perkhidmatan premium dan eksklusif. Terdapat juga kabin Kelas Perniagaan Premium dengan susunan tempat duduk 1-2-1, yang membolehkan penumpang mempunyai akses terus ke lorong. Setiap tempat duduk dalam kabin Kelas Perniagaan adalah 78 inci lebar dan boleh dibaringkan sehingga kedudukan 180 darjah.

Hidangan dalam Penerbangan

Sebelum pesawat berlepas, semua penumpang Kelas Perniagaan akan disediakan hidangan dalam penerbangan seperti kacang, makanan ringan dan secawan kopi atau teh. Berbanding dengan Kelas Ekonomi dan Kelas Ekonomi Premium, Kelas Perniagaan menawarkan pelbagai hidangan dalam penerbangan termasuk Mi Ta-a yang paling popular.

Program Keistimewaan China Airlines

Dynasty Flyer

China Airlines sentiasa berusaha memberikan pelbagai faedah kepada penumpang setia mereka. Syarikat penerbangan tersebut menawarkan program penumpang kerap yang dipanggil sebagai Dynasty Flyer untuk semua penumpangnya. Program ini dilengkapi dengan empat peringkat keahlian, iaitu Dynasty, Gold, Emerald dan Paragon. Untuk menikmati faedah maksimum dengan menjadi ahli Paragon, penumpang perlu memperoleh sejumlah miles dalam tempoh satu tahun. Semakin jauh perjalanan mereka, semakin banyak miles yang akan mereka perolehi. Miles terkumpul boleh ditebus untuk kemasukan percuma ke ruang istirahat VIP, peruntukan bagasi percuma, peningkatan taraf penerbangan dan banyak lagi.

Ruang Istirahat Lapangan Terbang

Penumpang China Airlines dapat berehat sebelum menaiki pesawat di sembilan ruang istirahat domestik yang terletak di tujuh lapangan terbang yang berbeza dan juga ruang istirahat lapangan terbang lain yang dimiliki oleh rakan kongsi syarikat penerbangan SkyTeam. Ruang istirahat lapangan terbang China Airlines dipanggil Dynasty Lounge dan Dynasty Supreme Lounge. Kemudahan di sini direka untuk memenuhi keperluan setiap penumpang, dari kemudahan perniagaan, bar makanan dan minuman, telefon, bilik bagasi, surat khabar dan majalah, televisyen sehingga WiFi percuma. Terdapat juga bilik air yang dilengkapi dengan kemudahan untuk orang kurang upaya, maklumat status penerbangan dan kemudahan kaunter perkhidmatan. Walau bagaimanapun, ruang istirahat lapangan terbang China Airlines hanya tersedia untuk penumpang Kelas Perniagaan dan ahli Dynasty Flyer.

Pesawat China Airlines

Airbus A350-900
Kelas penerbangan:

  • Ekonomi
  • Ekonomi Premium
  • Perniagaan

Tata kursi:

  • 3-3-3 (Ekonomi)
  • 2-3-2 (Ekonomi Premium)
  • 1-2-1 (Perniagaan)

Jarak antar kursi:

  • 32 inci (Ekonomi)
  • 39 inci (Ekonomi Premium)
  • 78 inci (Perniagaan)

Hiburan di pesawat:

Tersedia


WiFi:

Tersedia


Soket/port USB:

Tersedia

Boeing B747-400
Kelas penerbangan:

  • Ekonomi
  • Perniagaan

Tata kursi:

  • 3-4-3 (Ekonomi)
  • 2-2 (Perniagaan)

Jarak antar kursi:

  • 32 inci (Ekonomi)
  • 60 inci (Perniagaan)

Hiburan di pesawat:

Tersedia


WiFi:

Tidak tersedia


Soket/port USB:

Tersedia

Boeing B777-300ER
Kelas penerbangan:

  • Ekonomi
  • Ekonomi Premium
  • Perniagaan

Tata kursi:

  • 3-4-3 (Ekonomi)
  • 2-4-2 (Ekonomi Premium)
  • 1-2-1 (Perniagaan)

Jarak antar kursi:

  • 32 inci (Ekonomi)
  • 39 inci (Ekonomi Premium)
  • 78 inci (Perniagaan)

Hiburan di pesawat:

Tersedia


WiFi:

Tersedia


Soket/port USB:

Tersedia

Anak Kapal China Airlines

Seragam Pramugari China Airlines

Apabila China Airlines menjalani program Next Generation Era (NexGen) pada tahun 2015, syarikat penerbangan itu melaksanakan strategi penjenamaan semula, termasuk perubahan dalam pakaian seragam pramugara dan pramugarinya. Untuk mereka wajah baru ini, China Airlines bekerjasama dengan pereka kostum pencalonan Oscar, William Chang. Seragam pramugari yang baru ini mempunyai ciri-ciri warna tebal dengan kontras yang tajam, seperti merah dan ungu, serta putih dan biru-kelabu, lalu mewujudkan tubuh yang lebih tinggi kepada kru kabin. Sementara itu, pramnugara memakai pakaian seragam dengan warna yang lebih gelap. Ia termasuk kemeja, jaket dan baju formal dengan sentuhan biru nilam pada bahagian bawah. Terdapat juga pakaian seragam khas untuk musim sejuk yang termasuk kot dan skarf.


Peruntukan Bagasi China Airlines

Kelas Penerbangan

Kelas Penerbangan

Bagasi Kabin

Bagasi Yang Didaftar Masuk

Semua Laluan

Kelas Ekonomi

Maks. 7 kg (Dimensi: 23 x 36 x 56 cm)

Maks. 30 kg

Kelas Ekonomi Premium

Maks. 35 kg

Kelas Perniagaan

Maks. 40 kg

Semua penerbangan ke Amerika

Kelas Ekonomi

2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm)

Kelas Ekonomi Premium

2 bagasi (maks. 28 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm)

Kelas Perniagaan

2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm)

Polisi Penumpang China Airlines

Polisi Penumpang Bayi (0-2 Tahun)
  • Penumpang bayi yang baru lahir dan berumur lebih daripada 14 hari dibenarkan menaiki penerbangan China Airlines selagi mereka disertai oleh orang dewasa.
  • Penumpang bayi yang melakukan perjalanan dengan orang dewasa dan mempunyai tempat duduk individu akan dikenakan tambang penumpang bayi.
  • Jika seorang dewasa melakukan perjalanan dengan dua penumpang bayi, tiket tambang kanak-kanak mesti dibeli untuk tempat duduk yang ingin diduduki. Penumpang bayi mesti duduk di tempat duduk keselamatan semasa penerbangan.
  • Penumpang bayi yang ingin menduduki tempat duduk individu mesti membeli tiket tambang kanak-kanak, selain mendapat kerusi keselamatan yang disediakan.
Polisi Penumpang Kanak-kanak (2-18 Tahun)
  • Penumpang kanak-kanak mesti membeli tiket tambang kanak-kanak dan mesti diiringi oleh orang dewasa.
  • Penumpang kanak-kanak berumur lebih daripada 12 tahun mesti membeli tiket tambang dewasa.
  • Perkhidmatan Golongan Bawah Umur Tanpa Pengiring (Unaccompanied Minor) disediakan untuk penumpang muda berumur 3 bulan hingga 12 tahun yang melakukan perjalanan tanpa ibu bapa atau penjaga yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Perkhidmatan ini termasuk bantuan semasa proses daftar masuk, pembayaran, pembatalan dan pembayaran balik.
  • Ibu bapa atau penjaga sah mesti menandatangani borang Consent & Release for Carriage of Unaccompanied Minors untuk memohon perkhidmatan Golongan Bawah Umur Tanpa Pengiring.
  • Memandangkan golongan bawah umur tanpa pengiring dikenakan tambang seperti penumpang dewasa, tambang tambahan yang dikenakan kepada golongan tersebut berbeza mengikut umur mereka.
  • Tempahan untuk golongan bawah umur tanpa pengiring mesti dibuat sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.
  • Golongan bawah umur tanpa pengiring yang berumur kurang daripada 8 tahun tidak dibenarkan melakukan perjalanan dalam Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan.
Polisi Penumpang Hamil
  • Penumpang hamil dikehendaki memaklumkan kepada China Airlines mengenai keadaan mereka serta membawa rekod pranatal mereka dengan maklumat yang diperlukan ketika melakukan perjalanan.
  • Penumpang dengan kehamilan 28 minggu ke atas dikehendaki menghubungi China Airlines Reservation Centre untuk mendapatkan pelepasan perubatan dan mengesahkan tempahan dengan mengemukakan dokumen dan sijil perubatan yang diperlukan.
  • Borang pelepasan perubatan dan sijil perubatan mesti ditandatangani oleh pakar obstetrik berkelayakan dan dikeluarkan dalam masa tujuh hari sebelum berlepas.
  • Bagi keselamatan penerbangan dan kesihatan penumpang, China Airlines mengehadkan penumpang hamil daripada melakukan perjalanan ketika melebihi 36 minggu kehamilan tunggal yang tidak rumit atau melebihi 32 minggu kehamilan kembar yang tidak rumit.
  • Atas sebab kesihatan, penumpang dalam tempoh 14 hari selepas bersalin tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Polisi Penumpang Kurang Upaya
  • China Airlines menyediakan perkhidmatan kepada penumpang yang mempunyai pergerakan terhad atau ketidakupayaan, sama ada disebabkan oleh penyakit, kemalangan atau masalah kesihatan yang lain.
  • Semua pesawat China Airlines dilengkapi dengan kerusi roda dalam kabin untuk memudahkan pergerakan penumpang kurang upaya di antara tempat duduk dan tandas.
  • Kru kabin akan menawarkan bantuan kepada penumpang kurang upaya untuk bergerak ke atau dari tempat duduk mereka semasa menaiki atau meninggalkan pesawat, mengambil atau meletakkan bagasi kabin, atau alat bantuan lain, serta ke atau dari tandas sepanjang perjalanan.
  • Kru penerbangan tidak dibenarkan menyediakan bantuan untuk memberi makan, bantuan dalam tandas, atau bantuan di tempat duduk dengan fungsi membuang air besar atau kecil serta perkhidmatan perubatan.

Polisi Daftar Masuk China Airlines

Waktu Daftar Masuk China Airlines

Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan China Airlines boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan China Airlines. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.

Laluan Penerbangan

Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan

Tempoh Waktu Daftar Masuk

Semua laluan

2 jam sebelum berlepas

1 jam sebelum berlepas

Daftar Masuk China Airlines Secara Dalam Talian

Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan China Airlines. Sila ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Pergi ke halaman daftar masuk web China Airlines.
  2. Masukkan kod tempahan anda atau butiran tempahan lain mengikut arahan yang diberi.
  3. Lengkapkan butiran daftar masuk anda.
  4. Simpan dan/atau cetak pas masuk anda.

Polisi Pembayaran Balik China Airlines

Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik China Airlines untuk maklumat lengkap.

Polisi Penjadualan Semula China Airlines

Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu. Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula China Airlines untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi China Airlines secara terus.


 

Profil China Airlines

China Airlines (kod IATA: CI) ialah syarikat penerbangan nasional terbesar di Taiwan yang membawa slogan “Journey With a Caring Smile”. Walaupun ibu pejabatnya, serta hab utamanya, terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan, China Airlines juga terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung. Dengan lebih daripada 12,000 pekerja, China Airlines mengendalikan lebih daripada 1,400 penerbangan setiap minggu. Selain daripada menjadi ahli perikatan SkyTeam, China Airlines juga mempunyai dua syarikat subsidiari, iaitu Mandarin Airlines dan Tigerair Taiwan. Ditubuhkan pada 16 Disember 1959, China Airlines Group muncul dari idea seorang pegawai tentera udara yang sudah bersara. Memulakan operasi sebagai perkhidmatan penerbangan sewa, China Airlines akhirnya menubuhkan laluan pertama yang dijadualkan pada tahun 1962, penerbangan dari Taipei ke Hualien. Laluan ini juga menjadi perkhidmatan domestik pertama syarikat penerbangan itu. Selepas hampir setengah dekad memberikan perkhidmatan dalam industri penerbangan, hari ini China Airlines menawarkan penerbangan ke 145 destinasi di 29 negara di seluruh dunia, termasuk 10 bandar Eropah, 81 bandar Asia, 42 bandar Amerika, dan 7 laluan Oceania. Sementara itu, laluan domestik meliputi lima destinasi di Taiwan. China Airlines juga memiliki perkhidmatan kargo, menawarkan perkhidmatan dalam laluan yang sama dengan penerbangan antarabangsanya. Dalam mengendalikan perkhidmatan penerbangannya, China Airlines menawarkan tiga kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Perniagaan. Setiap kelas kabin dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan dan soket elektrik. Penumpang juga akan mendapat perkhidmatan hidangan dalam penerbangan berdasarkan laluan penerbangan, kelas kabin dan tempoh penerbangan mereka. Penumpang Kelas Ekonomi berhak menerima peruntukan bagasi sebanyak 30 kg, penumpang Kelas Ekonomi Premium berhak mendapat peruntukan bagasi sebanyak 35 kg, manakala penumpang Kelas Perniagaan berhak mendapat peruntukan bagasi sebanyak 40 kg. Selain itu, penumpang di semua kelas berhak menerima tambahan 7 kg untuk peruntukan bagasi kabin. Berhubung proses daftar masuk, semua penumpang China Airlines dapat mendaftar masuk sama ada secara langsung di kiosk lapangan terbang atau dalam talian, dari 24 jam hingga 90 minit sebelum berlepas. Penumpang yang mempunyai keperluan khas atau permintaan, seperti penumpang bayi, penumpang kanak-kanak, penumpang hamil, penumpang yang mempunyai pergerakan terhad atau ketidakupayaan, dikehendaki memaklumkan kepada syarikat penerbangan semasa daftar masuk untuk mengatur perkhidmatan yang diinginkan. China Airlines juga menyediakan perkhidmatan untuk penumpang yang memerlukan makanan khas dengan menu yang terdiri daripada makanan vegetarian, makanan khas mengikut agama, hingga makanan bayi atau kanak-kanak. China Airlines juga menawarkan program penumpang kerap dipanggil Dynasty Flyer. Program ini dilengkapi dengan empat peringkat keahlian, iaitu Dynasty, Gold, Emerald dan Paragon. Untuk menikmati faedah maksimum dengan menjadi ahli Paragon, penumpang perlu memperoleh sejumlah miles dalam tempoh setahun. Semakin jauh perjalanan mereka, semakin banyak miles mereka akan diperolehi. Miles terkumpul boleh ditebus untuk akses percuma ke ruang istirahat VIP, peruntukan bagasi percuma, peningkatan taraf penerbangan dan banyak lagi. Untuk menyertai program Dynasty Flyer, penumpang hanya perlu melawat laman web rasmi China Airlines di https://www.china-airlines.com dan klik pada pautan “Dynasty Member”' di penjuru kanan atas halaman laman web tersebut.

Sejarah China Airlines

China Airlines telah diilhamkan oleh pegawai tentera udara yang telah bersara dan memulakan perjalanannya pada 16 Disember 1959. Pada masa itu, China Airlines hanya mempunyai pesawat C54 dan dua PBY Amphibians yang digunakan untuk mengendalikan penerbangan sewaan. Pada tahun 1960-an, China Airlines akhirnya memperkenalkan penerbangan pertama yang dijadualkan dari Taipei ke Hualien. Laluan ini juga menjadi penerbangan domestik pertama China Airlines. Setahun kemudian, China Airlines menambah pesawat Caravelle dan Boeing 727-100, serta memperkenalkan laluan antarabangsa pertama ke Vietnam Selatan, Hong Kong dan Jepun. Pada 2 Februari 1970, syarikat penerbangan tersebut membeli pesawat Boeing 707, lalu membolehkan mereka mengembangkan laluan penerbangan mereka ke San Francisco melalui Tokyo. Peluasan laluan juga termasuk perkhidmatan penerbangan ke Asia Tenggara, Timur Laut Asia dan Amerika Utara melalui Jepun dan Hawaii. Pada tahun 1995, China Airlines melancarkan logo “plum blossom” untuk menggantikan bendera negara yang sebelum ini muncul pada sirip ekor pesawatnya. Bunga plum dipilih kerana statusnya sebagai Bunga Kebangsaan Taiwan. Sepanjang tahun 1990-an, syarikat penerbangan itu menggunakan khidmat ramai bekas juruterbang Tentera Udara ROC. Walau bagaimanapun, disebabkan rekod keselamatan yang kurang memuaskan pada tahun 1990-an, China Airlines mengubah amalan pengambilan juruterbangnya dan mula giat merekrut juruterbang awam yang terlatih dengan rekod yang baik. Di samping itu, syarikat itu juga mula merekrut graduan universiti sebagai pelatih dalam program latihan perintisnya sendiri. Selain itu, China Airlines juga mengubahsuai prosedur penyelenggaraan dan operasinya yang menjadi instrumen penting dalam rekod keselamatan syarikat. China Airlines menyertai perikatan global SkyTeam pada 14 September 2010 dan secara rasminya menjadi ahli penuh pada 28 September 2011. China Airlines adalah syarikat penerbangan pertama Taiwan untuk bergabung dengan sebuah perikatan syarikat penerbangan. Pada bulan Mac 2014, China Airlines telah mengumumkan akan melancarkan pelan NexGen (NextGeneration) untuk melengkapkan penerimaan Boeing 777-300ER yang pertama. Program ini bertujuan untuk menyegarkan imej jenama pesawat tersebut, termasuk penggantian pesawat, inovasi produk dan memperkenalkan pakaian seragam baharu. China Airlines ingin memperkenalkan penawaran produk yang unik yang dapat mempamerkan keindahan Timur dan kreativiti budaya Taiwan. Sepanjang tempoh antara 2011 dan 2015, China Airlines memberi tumpuan kepada pengukuhan rangkaian serantaunya. Dari tahun 2015 hingga 2020, syarikat penerbangan itu memberi tumpuan untuk memperluaskan rangkaian penerbangannya di Eropah, Amerika Utara, dan Oceania dengan pesawat jarak jauh yang baru. Pada 1 Disember 2017, China Airlines akan mula mengendalikan tiga penerbangan setiap minggu ke Lapangan Terbang London Gatwick. Selain London, China Airlines juga sedang mempertimbangkan untuk membuka laluan penerbangan baru ke destinasi Eropah seperti Barcelona, Madrid, Milan dan Paris, serta ke Amerika Utara yang akan merangkumi Boston, Chicago, Seattle dan Toronto.

Hubungi China Airlines

60-3-2142-2383

Pejabat China Airlines

China Airlines
Units 15.01 - 15.02 Level 15 AMODA Building 22, Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur Malaysia

Share

Google Plus Share Scroll Top
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?