Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
China Eastern Airlines dikenali sebagai sebuah syarikat penerbangan beribu pejabat di Shanghai, China, serta ahli SkyTeam Alliance. Syarikat penerbangan ini kini mengendalikan lebih dari 600 pesawat yang beroperasi kurang daripada 5.5 tahun secara purata dan menjadi salah satu pesawat termuda dalam kalangan syarikat penerbangan utama di dunia. Dengan meliputi 1,052 destinasi di 177 negara, China Eastern Airlines menawarkan penerbangan Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan serta Kelas Pertama.
Dengan tempat duduk yang selesa dan ruang letak kaki yang luas, China Eastern Airlines menawarkan pengalaman Kelas Ekonomi yang terbaik kepada semua penumpangnya. Untuk penerbangan yang lebih selesa, penumpang juga boleh melaraskan tempat duduk mereka sehingga darjah tertentu. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan tempat letak tangan dan meja dengan pemegang minuman. China Eastern Airlines juga menyediakan sambungan internet untuk penumpang yang perlu menyiapkan kerja atau sekadar berhubung dengan dunia luar.
Bergantung pada destinasi, China Eastern Airlines menawarkan pelbagai menu hidangan dalam penerbangan. Tetapi penumpang Kelas Ekonomi boleh memilih antara daging khinzir dengan mi, atau nasi dengan makanan laut. Kedua-dua menu dihidangkan dengan roti gulung dan mentega, sutera sawi, salad kentang daging, biskut dan air. Sebagai pencuci mulut, China Eastern Airlines juga menghidangkan buah tembikai. Di samping itu, hidangan itu dilengkapi dengan tisu basah sebagai kain lap.
Setiap tempat duduk Kelas Perniagaan di China Eastern Airlines dilengkapi dengan skrin peribadi. Di bawahnya terdapat otoman dengan ruang yang luas. Terdapat juga alat kawalan tempat duduk yang terletak di sebelah kiri bawah tempat duduk. Di atasnya terdapat kawalan hiburan, lampu membaca, bicu fon kepala dan port USB. Penumpang Kelas Perniagaan akan menerima kit kemudahan dan selipar untuk keselesaan tambahan semasa penerbangan. Kit kemudahan ini mengandungi penyumbat telinga, kit pergigian, serta krim dan pelembap bibir dari Clarins.
Semasa menunggu semua penumpang memasuki pesawat, kru kabin China Eastern Airlines akan memberikan menu hidangan dalam penerbangan kepada penumpang. Menu ini mengandungi pelbagai hidangan dari masakan Cina hingga masakan Barat, misalnya mi sup wantan udang serta udang karang dengan sos halia dan bawang. Setiap menu hidangan utama disediakan dengan hidangan pembuka selera, roti, buah-buahan bermusim dan pencuci mulut. China Eastern Airlines juga menyediakan pelbagai jenis wain terbaik.
Kabin Kelas Pertama sangat luas dan hanya terdiri daripada enam suite yang ditutupi. Apabila penumpang tiba di tempat duduk mereka, mereka akan disambut dengan nota khas dan dua menu, satu untuk makanan dan satu untuk minuman. Penumpang Kelas Pertama akan menerima satu set baju tidur, selipar dan kit kemudahan oleh Salvatore Ferragamo. Kit kemudahan mengandungi krim muka, pelembap bibir, cologne, kit pergigian, pelindung mata, sikat dan penyumbat telinga. Penumpang juga boleh menyimpan barang-barang dalam otoman yang tersedia di tempat duduk mereka. Terdapat juga alat kawalan jauh IFE untuk penumpang apabila mereka ingin menukar tetapan tempat duduk mereka.
Semasa memasuki pesawat, pelbagai pilihan minuman tersedia di kawasan penyimpanan bagasi bahagian depan. Untuk menu utama, penumpang boleh memilih antara masakan Ala Cina dan Ala Barat. Masakan akan dihidangkan dengan pembuka selera, salad, sup dan hidangan utama. Terdapat juga menu canapé seperti Salmon Roe dengan tart telur cincang dan ham Parma serta Scallop Cucuk. Terdapat juga pilihan pencuci mulut dari kuih hingga aiskrim.
China Eastern Airlines menawarkan program penumpang kerap yang dikenali sebagai Eastern Miles. Ahli-ahli boleh mendapatkan mata ganjaran Eastern Miles dengan menaiki penerbangan China Eastern Airlines atau penerbangan rakan syarikat penerbangani, menginap di penginapan rakan hotel, menikmati hidangan melalui kad kredit rakan China Eastern Airlines, menyewa kereta dan sebagainya. Semua miles terkumpul boleh ditebus untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma, naik taraf kelas kabin, peruntukan bagasi tambahan, hadiah yang bermanfaat dan ganjaran lain yang tidak ternilai. Keahlian VIP program Eastern Miles boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu keahlian Golden Card dan Silver Card. Semakin kerap masa penerbangan yang dilakukan, semakin tinggi peringkat keahlian mereka.
Jika penumpang China Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, mereka boleh menikmati kemudahan ruang istirahat lapangan terbang yang dipanggil First Class Lounge No. 77. Terdapat pelbagai jenis tempat duduk yang disediakan, dari sofa hingga kerusi dengan meja untuk bekerja. Ruang istirahat tersebut menyediakan pilihan makanan seperti hidangan panas, salad, dim sum, pastri, buah-buahan dan sandwic. Tidak ketinggalan juga sambungan Wi-Fi untuk penumpang yang ingin menyiapkan kerja. Walau bagaimanapun, akses ke First Class Lounge No. 77 hanya tersedia untuk penumpang Kelas Perniagaan China Eastern Airlines dan ahli-ahli program penumpang kerap SkyTeam.
Tersedia
Tidak tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak tersedia
Tersedia
Dengan memaparkan blazer dan skirt biru yang elegan dengan baju putih di dalamnya, pakaian seragam pramugari China Eastern Airlines direka untuk mewarisi dan membangunkan elemen bergaya dari syarikat penerbangan ini. Pakaian seragam tersebut menggabungkan gaya ketimuran dan antarabangsa serta fesyen dan keselesaan dengan sempurna. Selendang dengan corak merah dan biru pulamewakili imej dan identiti jenama syarikat penerbangan ini. Secara keseluruhannya, pakaian seragamnyaagak ringkas tetapi tetap kelihatan elegan, bergaya, selesa dan fleksibel.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 10 kg (Dimensi: 20 x 40 x 55 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | ||
Kelas Pertama | |||
Semua penerbangan ke Amerika | Kelas Ekonomi | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | ||
Kelas Pertama | 3 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan China Eastern Airlines boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan China Eastern Airlines. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 2 jam 30 minit sebelum berlepas | 45 minit sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan China Eastern Airlines. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik China Eastern Airlines untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula China Eastern Airlines untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi China Eastern Airlines secara terus.
China Eastern Airlines (kod IATA: MU) ditubuhkan pada tahun 1988, dengan ibu pejabat di Shanghai, China dan hab utamanya terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao. Kini, syarikat penerbangan ini mengendalikan lebih daripada 600 pesawat yang beroperasi kurang daripada 5.5 tahun secara purata. Ini menjadikan China Eastern Airlines menjadi salah satu daripada pesawat termuda dalam kalangan syarikat penerbangan utama di dunia. Sebagai ahli SkyTeam Alliance, China Eastern Airlines berkhidmat kepada lebih 100 juta penumpang di seluruh dunia dan menduduki tempat ke-7 di dunia. Melalui rangkaian udara, China Eastern Airlines kini mencapai 1,052 destinasi di 177 negara. Terdapat tiga kelas kabin yang berbeza yang ditawarkan oleh China Eastern Airlines, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Semua kelas kabin menyediakan tempat duduk yang selesa dengan ruang letak kaki yang luas, tetapi tempat duduk di Kelas Perniagaan boleh dilaraskan menjadi rata manakala tempat duduk di Kelas Pertama pula disediakan dalam bentuk suite. Penumpang di semua kelas akan menerima perkhidmatan hidangan dalam penerbangan dengan menu yang berbeza, iaitu dari masakan Cina ke masakan antarabangsa. Setiap menu hidangan utama disediakan dengan pembuka selera, roti, buah-buahan bermusim dan pencuci mulut. Penumpang juga boleh menikmati sistem hiburan dalam penerbangan sepanjang perjalanan. Di samping itu, semua penumpang China Eastern Airlines juga akan mendapat peruntukan bagasi percuma. Penumpang Kelas Ekonomi diberikan peruntukan bagasi 23 kg, manakala penumpang Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama layak mendapat peruntukan bagasi 32 kg. Semua bagasi tidak boleh melebihi dimensi 158 cm. Semua bagasi mestilah didaftar masuk pada waktu daftar masuk. Penumpang boleh mendaftar masuk untuk penerbangan dari 150 minit hingga 45 minit sebelum berlepas. Penumpang dari semua kelas juga dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan dimensi maksimum 55x40x20 cm dan berat maksimum 5 kg. Semasa daftar masuk, penumpang yang menjadi ahli Eastern Miles atau Program Penumpang Kerap SkyTeam boleh mengemukakan kad keahlian mereka supaya miles mereka akan dikreditkan ke akaun mereka secara automatik. Semua miles yang terkumpul boleh ditebus untuk tiket penerbangan percuma, naik taraf kelas kabin, peruntukan bagasi tambahan, hadiah yang bermanfaat dan lain-lain ganjaran yang tidak ternilai. Di samping itu, ahli SkyTeam juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan seperti mendapatkan dan menebus Miles Penumpang Kerap merentasi rangkaian global, pengiktirafan elit, perkhidmatan penumpang keutamaan dan akses ke lebih daripada 40 ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia. Jika penumpang China Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, mereka boleh menikmati kemudahan ruang istirahat lapangan terbang yang dipanggil First Class Lounge No. 77. Terdapat pelbagai jenis tempat duduk, dari sofa hingga kerusi dengan meja untuk bekerja. Ruang istirahat menyediakan pilihan makanan seperti hidangan panas, salad, dim sum, pastri, buah-buahan dan sandwic. Tidak ketinggalan juga sambungan Wi-Fi untuk penumpang yang ingin menyiapkan kerja. Walau bagaimanapun, akses ke First Class Lounge No. 77 hanya tersedia untuk penumpang Kelas Perniagaan China Eastern Airlines dan ahli-ahli program penumpang kerap SkyTeam.
Ditubuhkan pada tahun 1988, China Eastern Airlines Corporation Limited (CEA) adalah antara tiga kumpulan pengangkutan udara utama di China. Pada tahun 1997, China Eastern Airlines telah mengambil alih China General Aviation dan menjadi syarikat penerbangan pertama China untuk menawarkan saham di pasaran antarabangsa. Syarikat penerbangan inidisenaraikan di pasaran saham New York, Hong Kong dan Shanghai, justeru menjadi syarikat penerbangan pertama yang tersenarai di tiga pasaran ini. Hanya setahun selepas itu, dalam usaha sama dengan COSCO, China Eastern Airlines menubuhkan China Cargo Airlines. China Yunnan Airlines dan China Northwest Airlines bergabung dengan China Eastern Airlines pada tahun 2003.Majoriti saham China Eastern Airlines dimiliki kerajaan China. Pada tahun 2006, diumumkan bahawa terdapat kemungkinan jualan sehingga 20% saham China Eastern Airlines kepada pelabur asing, termasuk Singapore Airlines, Emirates dan Japan Airlines. Setahun selepas itu, selepas menerima kelulusan dari Majlis Negeri China, Singapura Airlines dan Temasek Holdings (syarikat induk yang memiliki 55% daripada Singapore Airlines) menandatangani perjanjian akhir untuk membeli gabungan 24% saham di China Eastern Airlines dengan Singapore Airlines memiliki 15.73% manakala Temasek Holdings memiliki 8.27% saham dalam syarikat penerbangan ini. Pada Jun 2009, diumumkan bahawa China Eastern Airlines bakal bergabung dengan Shanghai Airlines. Keputusan ini bertujuan untuk mengurangkan persaingan yang berlebihan antara kedua-dua syarikat yang berpusat di Shanghai sambil mengukuhkan status Shanghai sebagai hab penerbangan antarabangsa. Proses penggabungan itu mengambil masa kira-kira sembilan bulan dan akhirnya siap pada Februari 2010. Sejak itu, China Eastern Airlines secara rasmi menjadi anak syarikat milik penuh China Eastern Airlines. Walau bagaimanapun, operasi antara Shanghai Airlines dan China Eastern Airlines tetap berasingan. China Eastern Airlines meneruskan strategi pengembangannya pada tahun 2012 apabila diumumkan bahawa syarikat penerbangan ini merancang untuk membuat perikatan strategik dengan Qantas Group untuk penubuhan Jetstar Hong Kong, syarikat penerbangan kos rendah baharu yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Operasi itu dimulakan pada tahun 2013. Kedua-dua China Eastern Airlines dan Qantas Group akan memegang 50% kepentingan masing-masing, iaitu jumlah pelaburan sebanyak AS$198 juta. Namun, pada tahun 2015, pihak berkuasa Hong Kong enggan mengeluarkan lesen operasi kepada Jetstar Hong Kong, maka China Eastern Airlines dan Qantas mengumumkan bahawa pelaburan telah berakhir. Pada tahun 2014, China Eastern Airlines mengalami kejatuhan pendapatan 25% daripada keuntungan bersih 2.38 bilion yuan pada tahun 2013. Puncanya ialah persaingan yang lebih sengit daripada syarikat penerbangan kos rendah dan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang baru dilancarkan. Pada tahun yang sama, China Eastern Airlines memperkenalkan logo dan livery baharu. Menjelang akhir tahun 2014, China Eastern Airlines membawa 83.08 juta penumpang domestik dan antarabangsa dengan faktor beban purata sebanyak 73%. Selama lima tahun berturut-turut, China Eastern Airlines diiktiraf sebagai salah satu daripada 30 Most Valuable Chinese Brands oleh WPP. Syarikat penerbangan ini juga dikurniakanFive-Star Flight Safety Award oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC). China Eastern Airlines juga telah dianugerahkan oleh beberapa agensi dalam gelaran Golden Ting Award, Golden Bauhinia Award, Best Public Company, World Most Improved Airline, Most Popular Airlines in Asia, dll.
Berikut ialah cara menempah tiket China Eastern Airlines secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket China Eastern Airlines anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket China Eastern Airlines ialah bukti tempahan penerbangan China Eastern Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter China Eastern Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.