Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
China Southern Airlines ialah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di China, serta ahli perikatan syarikat penerbangan SkyTeam. Syarikat penerbangan itu dikenali sebagai syarikat penerbangan keempat terbesar di dunia dari segi penumpang yang dibawa, serta syarikat penerbangan terbesar Asia dari segi saiz pesawat, hasil pendapatan dan jumlah penumpang yang dibawa. Berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, syarikat penerbangan itu mengendalikan lebih daripada 2,000 penerbangan ke 208 destinasi setiap hari. Untuk memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik kepada penumpangnya, China Southern Airlines menyediakan penerbangan dalam empat kelas, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama.
China Southern Airlines menawarkan keselesaan walaupun dalam Kelas Ekonomi. Kelas Ekonomi dalam A380 menawarkan tempat duduk yang selesa, lengkap dengan tempat merehatkan kepala yang boleh dilaraskan, kusyen dan sandaran. Dalam A330, Kelas Ekonomi menyediakan tempat duduk yang luas dan selesa dengan susunan tempat duduk 2-4-2, tempat duduk bersaiz 32 inci (81 cm) dan selebar 17 inci (43-44 cm). Sementara itu, B787 mempunyai tingkap 65% lebih besar daripada tingkap pesawat biasa, dengan sistem optik yang dikawal secara elektronik dan mampu menukar warna untuk menggantikan tirai tetingkap tradisional. Di B777-300ER, Kelas Ekonomi menawarkan susun atur kerusi 3-3-3 yang lebih luas. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan tempat merehatkan kepala dan kaki yang boleh dilaraskan untuk menjadikan perjalanan jarak jauh lebih selesa. Setiap penumpang Kelas Ekonomi juga boleh menikmati TV LCD skrin rata 9-inci yang penuh dengan hiburan termasuk lebih daripada 1,200 pilihan program.
Penumpang Kelas Ekonomi boleh menikmati masakan Asia Timur dan Barat yang terbaik. Menu masakan Cina adalah asli dan tersendiri, sementara hidangan utama Barat menyediakan pilihan kalori rendah untuk penumpang mewah.
Kelas Ekonomi Premium hanya boleh didapati dalam pesawat A330 dan B777-300ER. Dalam A330, tempat duduk Kelas Ekonomi Premium mempunyai tempat duduk bersaiz 37 inci, yang menawarkan ruang tempat duduk dan ruang kaki 40% lebih besar berbanding Kelas Ekonomi. Penumpang yang melakukan perjalanan dalam penerbangan jarak jauh juga akan disediakan dengan selimut hangat dan bantal lembut untuk menambah keselesaan yang menyeluruh penerbangan. Sementara itu dalam B777-300ER, Kelas Ekonomi Premium menawarkan tempat duduk dengan reka bentuk yang inovatif. Tempat duduknya boleh dibaringkan sehingga sehingga sudut 123 darjah, membolehkan penumpang menikmati rehat yang santai. Semua penumpang Kelas Ekonomi Premium juga boleh menggunakan soket elektrik dan port USB, serta skrin TV peribadi di tempat duduk mereka untuk penerbangan yang lebih menyeronokkan.
Kelas Ekonomi Premium menawarkan hidangan lazat yang disediakan dengan bahan-bahan terbaik, menggabungkan selera penumpang dan keperluan pemakanan mereka. Penumpang yang mempunyai diet pemakanan khas juga boleh membuat pesanan awal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berlepas.
Kabin Kelas Perniagaan boleh didapati di semua pesawat China Southern Airlines, yang menawarkan lebih banyak keselesaan dan privasi. Setiap tempat duduk boleh dibaringkan menjadi tempat tidur yang serba lengkap untuk pengalaman tidur yang lebih nyenyak sepanjang penerbangan. Selain itu, tempat duduk Kelas Perniagaan juga dilengkapi dengan soket elektrik dan port USB, serta rak majalah dan lampu bacaan yang boleh dilaraskan dalam pesawat A380 dan B787. Sepanjang penerbangan, penumpang boleh menikmati hiburan dalam penerbangan yang berkualiti tinggi melalui TV LCD skrin rata 15-inci di tempat duduk mereka, lengkap dengan fon kepala kalis bunyi. Penumpang Kelas Perniagaan juga boleh menikmati perkhidmatan lapangan terbang premium, seperti kaunter daftar masuk dan pintu masuk eksklusif, akses ke ruang istirahat VIP China Southern Airlines, serta mendapat keutamaan dalam pengendalian bagasi.
Penumpang Kelas Perniagaan akan dihidangkan dengan pemilihan masakan Cina yang asli dan hidangan popular Barat. Penumpang yang berlepas dari Guangzhou dapat menikmati hidangan paling popular di syarikat penerbangan itu, seperti mi daging lembu, Cantonese hotpot rice yang lazat dan mi beras gaya Guangdong.
Sebagai kelas perkhidmatan tertinggi di China Southern Airlines, Kelas Pertama menawarkan penerbangan dengan tahap keselesaan dan privasi yang tertinggi. Kabin Kelas Pertama mempunyai pod mewah dan peribadi, dengan tempat duduk ergonomik yang direka boleh bertukar menjadi katil yang selesa. Terutama dalam pesawat B787, setiap tempat duduk dilengkapi dengan kemudahan alat urut elektronik. Pencahayaan yang elegan dan lembut, digabungkan dengan penghadang antara setiap pod membolehkan penumpang menikmati ruang peribadi yang tenang. Setiap tempat duduk juga dilengkapi dengan soket elektrik dan port USB, jadi, penumpang boleh menggunakan komputer riba mereka tanpa bimbang kehabisan bateri. Penumpang yang memilih untuk berehat semasa penerbangan juga boleh menikmati pelbagai program hiburan melalui monitor peribadi 17-inci peribadi mereka.
Menu yang bermula daripada mi hingga ke nasi, penumpang Kelas Pertama dapat menikmati pelbagai masakan lazat yang disediakan daripada bahan-bahan yang terbaik. Untuk melengkapi pengalaman ini, China Southern Airlines juga menawarkan hidangan pencuci mulut Cina yang asli, champagne berkualiti tinggi dan wain, serta espresso dan capucino yang segar.
China Southern Airlines menawarkan program penumpang kerap dipanggil Sky Pearl Club. Program ini dibahagikan kepada tiga peringkat keahlian, iaitu dari Base, Silver hingga Gold. Dengan menjadi ahli, penumpang boleh mendapatkan miles setiap kali mereka terbang dengan China Southern Airlines, ahli SkyTeam atau rakan syarikat penerbangan China Southern Airlines yang lain. Di samping itu, ahli boleh mendapatkan miles setiap kali mereka menginap di hotel, menjamu selera di restoran, melakukan transaksi menggunakan kad kredit atau menggunakan sebarang produk dan perkhidmatan daripada rakan syarikat penerbangan China Southern Airlines. Miles terkumpul boleh ditebus untuk pelbagai manfaat dan ganjaran, seperti tiket penerbangan percuma dan peningkatan kelas penerbangan.
Bagi menyediakan pengalaman terbaik kepada penumpangnya, China Southern Airlines menawarkan tiga jenis ruang istirahat lapangan terbang yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital. Ruang istirahat ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, seperti sambungan WiFi, maklumat penerbangan, kemudahan hiburan, perkhidmatan urut, ruang simpanan bagasi, stesen pengecasan alat elektronik dan kemudahan tempat makan. Sky Pearl Club Lounge boleh diakses untuk semua Kelas Perniagaan dan penumpang Kelas Pertama, ahli Sky Pearl Club, serta ahli SkyTeam Gold. Seperti namanya, ruang istirahat kelas pertama boleh didapati secara eksklusif untuk penumpang Kelas Pertama. Sementara itu, ruang istirahat VIP disediakan untuk semua penumpang Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama, ahli SkyTeam Elite Plus dan penumpang VIP.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Pakaian seragam kru penerbangan China Southern Airlines didominasi oleh warna magenta. Pakaian seragam itu terdiri daripada tiga gabungan, iaitu kemeja putih, blazer luar atau jaket dan skirt. Baju kemeja putih digandingkan dengan bahagian luar berwarna magenta dan digabungkan dengan skirt paras lutut berwarna merah jambu dan ungu. Bahagian luar magenta dilengkapi dengan sentuhan warna emas di lengan baju dan kolar. Sebagai aksesori, pramugari juga akan memakai skarf dengan warna biru, kuning dan merah jambu. Gaya rambut mereka diikat dalam ikatan bun, pramugari penerbangan menyempurnakan seragam mereka dengan sepasang kasut tumit hitam dan lencana syarikat penerbangan di bahagian kiri.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Domestik | Kelas Ekonomi | Maks. 5 kg (Dimensi: maks. 115 cm) | Maks. 20 kg |
Kelas Perniagaan | Maks. 30 kg | ||
Kelas Pertama | 2 bagasi (maks. 5 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm) | Maks. 40 kg | |
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 5 kg (Dimensi: maks. 115 cm) | Maks. 23 kg (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Ekonomi Premium | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | ||
Kelas Perniagaan | 3 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | ||
Kelas Pertama | 2 bagasi (maks. 5 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm) | 3 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan China Southern Airlines boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan China Southern Airlines. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 1 jam 30 minit sebelum berlepas | 30 minit sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan China Southern Airlines. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik China Southern Airlines untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula China Southern Airlines untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi China Southern Airlines secara terus.
China Southern Airlines (Kod IATA: CZ) ialah anak syarikat penerbangan China Southern Air Holding Company, serta ahli perikatan syarikat penerbangan SkyTeam. Ditubuhkan pada tahun 1991, syarikat penerbangan ini kini mengendalikan lebih daripada 2,000 penerbangan setiap hari ke 208 destinasi di 40 negara. Dengan ibu pejabat di Baiyun District, Guangzhou, Wilayah Guangdong, syarikat penerbangan itu juga memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital sebagai pusat utamanya. Untuk menyokong operasinya, China Southern Airlines juga mempunyai dua hab sekunder yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei dan Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu Urumqi. Dengan menjayakan slogan “Fly Your Dreams”, China Southern Airlines telah menjadi syarikat penerbangan keempat terbesar di dunia dan syarikat penerbangan terbesar di Asia dari segi saiz penumpang yang dibawa. Selain itu, syarikat penerbangan itu juga merupakan syarikat penerbangan terbesar di Asia daripada segi saiz pesawat dan hasil pendapatannya. Pada bulan Jun 2006, syarikat penerbangan itu juga memecahkan rekod dengan 16.78 juta jam penerbangan dan membawa hampir 900 juta penumpang tanpa sebarang kesulitan. Pencapaian ini telah membuktikan komitmen China Southern Airlines untuk menyediakan penerbangan yang selamat dan selesa kepada penumpangnya. Pada tahun 2012, syarikat penerbangan itu juga menerima Diamond Flight Safety Award oleh Civil Aviation Administration of China (CAAC), menjadikan China Southern Airlines sebagai syarikat penerbangan terkemuka daripada segi keselamatan penumpang. Sebagai tambahan kepada komitmennya bagi keselamatan, China Southern Airlines juga menawarkan program penumpang kerap untuk penumpang setia mereka. Dinamakan Sky Pearl Club, program ini terbahagi kepada tiga peringkat keahlian, iaitu dari Base, Silver hingga Emas. Dengan menjadi ahli, penumpang boleh mendapatkan miles setiap kali mereka terbang dengan China Southern Airlines, ahli syarikat penerbangan SkyTeam atau rakan syarikat penerbangan yang lain. Di samping itu, ahli boleh mendapatkan miles setiap kali mereka menginap di hotel, menjamu selera di restoran, melakukan transaksi menggunakan kad kredit atau menggunakan sebarang produk dan perkhidmatan dari rakan syarikat penerbangan China Southern Airlines. Miles yang terkumpul boleh ditebus untuk pelbagai manfaat dan ganjaran, seperti tiket penerbangan percuma dan peningkatan kelas penerbangan. China Southern Airlines menawarkan tiga jenis ruang istirahat lapangan terbang yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital. Dengan menawarkan kemudahan seperti sambungan WiFi, maklumat penerbangan, kemudahan hiburan dalam penerbangan, perkhidmatan urut, ruang simpanan bagasi, stesen pengecasan alat elektronik dan kemudahan tempat makan, ruang istirahat ini sesuai untuk penumpang yang ingin berehat sambil menunggu waktu pelepasan mereka. Sky Pearl Club Lounge boleh diakses oleh semua penumpang Kelas Perniagaan dan penumpang Kelas Pertama, ahli Sky Pearl Club, serta ahli SkyTeam Gold. Seperti namanya, ruang istirahat kelas pertama boleh didapati secara eksklusif kepada penumpang Kelas Pertama. Sementara itu, ruang istirahat VIP disediakan untuk semua penumpang Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama, ahli SkyTeam Elite Plus dan penumpang VIP. Dalam operasinya, China Southern Airlines menawarkan empat kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Penumpang Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Perniagaan dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat maksima sehingga 5 kg dan dimensi tidak melebihi 115 cm. Sementara itu, penumpang Kelas Pertama dibenarkan membawa dua bagasi kabin, dengan setiap bagasi dengan berat tidak melebihi 5 kg dan saiz 115 cm. Bagasi kabin mesti muat untuk ditempatkan di tempat penyimpanan dalam kabin atau di bawah tempat duduk penumpang. Sebagai tambahan kepada bagasi kabin, China Southern Airlines juga menyediakan peruntukan bagasi daftar masuk untuk penumpangnya, namun berbeza berdasarkan kelas penerbangan dan destinasi yang dituju. Penumpang Kelas Ekonomi atau Kelas Ekonomi Premium yang menaiki penerbangan domestik di Tanah Besar China dibenarkan membawa 20 kg bagasi daftar masuk. Penumpang Kelas Perniagaan boleh membawa sehingga 30 kg dan penumpang Kelas Pertama, sehingga 40 kg untuk bagasi daftar masuk. Sementara itu, di laluan antarabangsa pula, penumpang Kelas Ekonomi atau Kelas Ekonomi Premium biasanya dibenarkan membawa satu bagasi daftar masuk dengan beratnya tidak melebihi 23 kg. Penumpang Kelas Perniagaan boleh membawa sehingga dua buah bagasi daftar masuk dengan berat maksima antara 23 kg dan 32 kg setiap satu. Penumpang Kelas Pertama biasanya dibenarkan membawa tiga bagasi daftar masuk, masing-masing dengan berat maksima 32 kg. Sementara itu, dimensi maksima untuk semua bagasi daftar masuk ialah 158 cm. Penumpang boleh mengetahui lebih lanjut mengenai peruntukan bagasi mereka di laman web rasmi China Southern Airlines. Untuk menaiki pesawat, penumpang dikehendaki mendaftar masuk dalam had masa yang dibenarkan. China Southern Airlines menyediakan tiga cara untuk mendaftar masuk, iaitu melalui kaunter daftar masuk atau kiosk daftar masuk sendiri di lapangan terbang, daftar masuk dalam talian melalui SMS atau daftar masuk dalam talian melalui laman web syarikat penerbangan itu. Daftar masuk dalam talian dan mudah alih biasanya boleh dilakukan 24 jam sebelum berlepas dan tersedia hanya di bandar terpilih sahaja. Sementara itu, waktu daftar masuk lapangan terbang berbeza untuk setiap lapangan terbang. Walau bagaimanapun, pintu berlepas akan ditutup 30 minit atau 45 minit sebelum berlepas, bergantung pada destinasi.
China Southern Airlines ditubuhkan pada tahun 1991 disebabkan oleh desentralisasi CAAC (Pentadbiran Penerbangan Awam China) oleh Kerajaan China. Desentralisasi ini menghasilkan penubuhan tujuh syarikat penerbangan serantau, termasuk China Southern Airlines. Syarikat penerbangan ini memulakan operasinya pada tahun 1991 menggunakan pesawat Antonov dan Boeing. Pada masa ini, syarikat penerbangan mengendalikan 160 penerbangan setiap hari, meliputi 100 laluan. Pada bulan Disember 1992, syarikat penerbangan itu membeli enam unit Boeing 777. Pada tahun 1993, syarikat penerbangan itu menyelesaikan desentralisasinya dengan CAAC ketika syarikat tersebut mendapat kebebasnya pada 10 Oktober 1993. Pada tahun-tahun awal itu, China Southern Airlines merupakan syarikat penerbangan domestik yang dominan di Tanah Besar China. Bersama-sama dengan dua syarikat penerbangan utama China-Air China dan China Eastern, syarikat penerbangan itu mengendalikan setengah daripada lalu lintas penumpang yang dibawa oleh semua pesawat China. Untuk menaikkan taraf operasi dan meningkatkan taraf syarikatnya, daripada kebanyakan syarikat penerbangan domestik yang tidak menguntungkan, China Southern Airlines bekerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan asing untuk latihan staf dan penyelenggaraan pesawat dengan matlamat utamanya untuk disenaraikan di Bursa Saham New York. Pada pertengahan 1990-an, China Southern Airlines mula mengembangkan jangkauan antarabangsa di luar Asia. Pada bulan Disember 1995, kerajaan China dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian yang membolehkan permulaan perkhidmatan udara tanpa henti di antara kedua-dua negara. Pada bulan November 2016, syarikat penerbangan itu mula menyediakan penerbangan dari Guangzhou ke Amsterdam melalui Beijing, laluan jarak jauh yang pertamanya. Pada tahun berikutnya, China Southern Airlines memulakan perkhidmatan trans-Pasifik tanpa henti ke Los Angeles dan Brisbane. Dengan ketibaan pesawat Boeing 777 pada akhir Disember 1995, China Southern Airlines memulakan perkhidmatan Eropah dan Amerika. Dua tahun kemudian, pada bulan Julai 1997, syarikat penerbangan tersebut telah berjaya disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong dan New York dengan peningkatan $600- $700 juta. Kebanyakan dana digunakan untuk memudahkan perkembangan syarikat penerbangan tersebut. Menjelang 1997, syarikat penerbangan itu, bersama-sama dengan Xiamen Airlines, Shantou Airlines dan Guangxi Airlines, membawa kira-kira 15 juta penumpang setahun menggunakan sekitar 90 pesawat. Ia mengendalikan 270 laluan di antara 68 destinasi dan hampir 2,450 penerbangan seminggu. Pendapatan kumpulan syarikat penerbangan itu berjumlah sekitar US$1.4 bilion dengan pendapatan bersih sebanyak US$90 juta. Menjelang Jun 2016, hampir sepuluh tahun kemudian, China Southern Airlines telah membawa lebih daripada 900 juta penumpang. Syarikat penerbangan ini kini mengendalikan lebih daripada 2,000 penerbangan setiap hari, ke 208 destinasi merentasi 40 negara. Dengan pelbagai anugerah dan pencapaian, China Southern Airlines telah berkembang menjadi syarikat penerbangan keempat terbesar di dunia dan syarikat penerbangan terbesar di Asia daripada segi penumpang yang dibawa.
Berikut ialah cara menempah tiket China Southern Airlines secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket China Southern Airlines anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket China Southern Airlines ialah bukti tempahan penerbangan China Southern Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter China Southern Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.