Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
EgyptAir ialah syarikat penerbangan nasional Mesir. Hab utama syarikat penerbangan ini terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo. Ditubuhkan pada tahun 1932, EgyptAir menjadi syarikat penerbangan pertama yang beroperasi di Timur Tengah dan Afrika. EgyptAir menerbangkan 63 pesawat ke 79 destinasi di 53 negara di seluruh dunia dengan dua jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan.
Perkhidmatan Kelas Ekonomi boleh didapati di setiap pesawat EgyptAir. Kelas Ekonomi EgyptAir menawarkan tempat duduk yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan ruang letak kaki yang luas. Semuanya disediakan dalam tambang yang kompetitif untuk memberikan keselesaan maksimum kepada semua penumpangnya. Terutamanya bagi penerbangan jarak jauh, penumpang di Kelas Ekonomi dapat menikmati hiburan dalam penerbangan yang terdiri daripada pelbagai pilihan filem, muzik, permainan, rancangan TV dan program khas untuk kanak-kanak.
Setiap penumpang Kelas Ekonomi akan mendapat makanan dan minuman ringan secara percuma. Penumpang dalam penerbangan jarak jauh akan dihidangkan dengan menu tiga hidangan yang terdiri daripada roti pembuka selera dan salad, pilihan hidangan utama, seperti pasta dan ayam, serta pilihan pencuci mulut, seperti brownie. Dengan setiap hidangan yang disediakan daripada bahan-bahan yang segar, penerbangan dengan EgyptAir akan menjadi lebih menyenangkan.
Setiap tempat duduk dalam kabin Kelas Perniagaan diperbuat daripada kain kulit yang selesa dan boleh dibaringkan sehingga 180 darjah. Ia juga dilengkapi dengan port USB dan soket elektrik supaya penumpang boleh mengecas alat elektronik mereka semasa penerbangan. Sementara itu, bagi memastikan penumpang terhibur, EgyptAir juga menyediakan hiburan dalam penerbangan, daripada filem, rancangan televisyen dan muzik, hingga permainan. Setiap penumpang dalam Kelas Perniagaan EgyptAir juga akan mendapat kemudahan yang terdiri daripada berus gigi, ubat gigi, stoking dan topeng mata.
Setiap penumpang Kelas Perniagaan EgyptAir akan mendapat perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang terdiri daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut yang disediakan dalam set makan mewah. Sekiranya penumpang berada dalam program pemakanan tertentu atau mempunyai keperluan khusus untuk makanan mereka, mereka boleh mengemukakan permintaan kepada kakitangan EgyptAir sebelum berlepas untuk mendapatkan hidangan istimewa mereka.
EgyptAir Plus, program kesetiaan penumpang EgyptAir, mempunyai empat peringkat keahlian. Ini termasuk Kad Biru, Kad Perak, Kad Emas dan Kad Platinum. Ahli EgyptAir Plus akan mendapat keistimewaan dan ganjaran berdasarkan tahap keahlian mereka. Walau bagaimanapun, mereka harus mengemukakan kad keahlian mereka di kaunter daftar masuk untuk mendapatkan miles. Ahli-ahli boleh menebus miles yang terkumpul untuk mendapatkan antaranya, elaun bagasi tambahan, naik taraf kelas penerbangan dan tiket penerbangan EgyptAir percuma.
EgyptAir mempunyai dua ruang istirahat lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Kedua-dua Alioth Lounge dan Al Genah Lounge terletak di tingkat tiga di Terminal 3 dan menawarkan pelbagai hidangan utama, makanan ringan dan minuman. Penumpang juga boleh menggunakan komputer yang disediakan di ruang istirahat dan bilik kerja untuk menyelesaikan urusan kerja mereka. Ruang istirahat juga dibuka kepada penumpang rakan syarikat penerbangan Star Alliance yang turut dilengkapi dengan akses Wi-Fi.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Kru penerbangan EgyptAir memakai jaket hitam dengan poket di setiap sisi pinggang. Skarf berwarna coklat muda, kuning, hitam dan merah jambu yang pakai pada leher mereka membuatkan pakaian seragam mereka kelihatan lebih sofistikated. Sejak November 2012, beberapa pramugari juga telah menambah tudung atau selendang sebagai sebahagian pakaian seragam mereka.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Domestik | Kelas Ekonomi | Maks. 8 kg | Maks. 23 kg (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 8 kg/bagasi) | Maks. 32 kg (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Pertama | |||
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 8 kg | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm/bagasi) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 8 kg/bagasi) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm/bagasi) | |
Kelas Pertama |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan EgyptAir boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan EgyptAir. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 1 jam 30 minit sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan EgyptAir. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik EgyptAir untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula EgyptAir untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi EgyptAir secara terus.
Ditubuhkan pada tahun 1932, EgyptAir (Kod IATA: MS) dikenali sebagai syarikat penerbangan pertama yang beroperasi di Timur Tengah dan Afrika. EgyptAir mengendalikan perkhidmatan penerbangannya melalui hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Dengan sebanyak 63 pesawat Airbus dan Boeing, EgyptAir telah menerbangkan penumpangnya ke 79 destinasi di 53 negara di seluruh dunia dengan 144 frekuensi penerbangan setiap hari. EgyptAir juga menjadi syarikat penerbangan ketujuh di dunia untuk menyertai International Air Transport Association (IATA). Bagi meletakkan penanda aras operasinya terhadap piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, EgyptAir memperolehi dan mengekalkan sijil oleh badan-badan antarabangsa, seperti IOSA - IATA Operational Safety Audit, EASA - European Aviation Safety Agency, ISO - International Organization for Standardization dan ISAGO - IATA Safety Audit for Ground Operations. Dalam mengendalikan perkhidmatan penerbangannya, EgyptAir menawarkan dua jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan. Perkhidmatan Kelas Ekonomi boleh didapati di setiap pesawat EgyptAir. Kelas penerbangan ini direka untuk memberikan keselesaan maksima kepada semua penumpangnya dengan menggunaka bahan berkualiti untuk tempat duduk, ruang letak kaki yang luas dan harga tambang yang kompetitif. Penumpang Kelas Ekonomi yang melakukan penerbangan jarak jauh akan dapat menikmati hiburan dalam penerbangan, seperti filem, muzik, permainan, rancangan televisyen dan program khas untuk kanak-kanak. Sementara itu, perkhidmatan Kelas Perniagaan EgyptAir sesuai untuk penumpang penerbangan jarak jauh. Setiap tempat duduk dilitupi dengan kain kulit yang selesa dan boleh dilaraskan sehingga 180 darjah. Ia juga dilengkapi dengan port USB dan soket elektrik, supaya penumpang boleh mengecas alat elektronik digital mereka semasa penerbangan. Bagi menghargai penumpang setia mereka, EgyptAir menawarkan program penumpang kerap yang dipanggil EgyptAir Plus. Mereka boleh menunjukkan kad keahlian mereka di kaunter daftar masuk sebelum penerbangan mereka untuk mendapatkan miles dari jarak perjalanan mereka. Ahli boleh menebus miles mereka kepada peruntukan bagasi tambahan, naik taraf penerbangan dan tiket penerbangan EgyptAir percuma. EgyptAir menyediakan peruntukan bagasi yang berbeza bagi kelas penerbangan yang berbeza. Penumpang Kelas Ekonomi dibenarkan membawa dua bagasi kabin dengan berat maksima 23 kg, sementara penumpang Kelas Perniagaan dapat membawa dua bagasi kabin dengan berat maksima 32 kg. Di samping itu, EgyptAir membolehkan penumpang Kelas Ekonomi membawa satu bagasi kabin dengan berat maksima 8 kg dan kepada penumpang Kelas Perniagaan, dua bagasi kabin dengan berat maksima 8 kg setiap satu. Kaunter daftar masuk untuk penerbangan antarabangsa dibuka tiga jam sebelum berlepas dan ditutup sekurang-kurangnya 60 minit sebelum penerbangan. Sementara itu, untuk penerbangan domestik, kaunter daftar masuk dibuka dua jam sebelum berlepas dan ditutup sekurang-kurangnya 30 minit sebelum penerbangan. Penumpang EgyptAir juga boleh mendaftar masuk secara atas talian melalui laman web rasmi EgyptAir atau melalui aplikasi mudah alih EgyptAir.
Perjalanan EgyptAir bermula apabila Alan Muntz, pengerusi syarikat penerbangan Airwork, melawat Mesir pada tahun 1931. Muntz ingin membuka sebuah syarikat penerbangan baru dan kerajaan Mesir telah memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Sebuah syarikat penerbangan baru yang dipanggil Misr Airwork ditubuhksn pada tahun 1932, tetapi ia tidak beroperasi sehingga tahun 1933. Pada sedekad kemudian ketika Perang Dunia II, kerajaan Mesir mengambil alih syarikat penerbangan itu dan menukar namanya menjadi Misr Airlines yang kemudian diubah lagi kepada Misrair pada tahun 1946. Berikutan pembentukan Republik Arab Bersatu oleh Mesir dan Syria, Misrair menukar namanya ke United Arab Airlines (UAA) pada tahun 1958. Kemudian pada tahun 1971, berikutan perpecahan Mesir dan Syria, syarikat penerbangan itu menukar namanya lagi ke namanya sekarang, iaitu EgyptAir. Syarikat penerbangan itu mewarisi kakitangan, peralatan, aset dan liabiliti UAA, tetapi pada tahun 2002, syarikat penerbangan itu menjalani pembentukan semula badan korporatnya, di mana strukturnya berubah dari sebuah organisasi kerajaan kepada syarikat induk dengan anak syarikat. Sejak penstrukturan semula, EgyptAir telah menerima banyak sijil daripada badan-badan antarabangsa. Pada tahun 2004, EgyptAir menjadi syarikat penerbangan pertama di Afrika yang memiliki IATA Operational Safety Audit (IOSA). Empat tahun kemudian, tepat pada bulan Julai 2008, EgyptAir secara rasminya menjadi ahli ke-21 dalam perikatan syarikat penerbangan Star Alliance, iaitu perikatan global terbesar di dunia. Ini telah menjadi salah satu tunggak penting dalam perjalanan EgyptAir dan membolehkan EgyptAir menawarkan rangkaian penerbangan yang lebih baik serta perjalanan yang lebih selesa. Disebabkan faktor inilah, kini, penumpang EgyptAir juga boleh mendapat akses kepada berpuluh-puluh ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia. EgyptAir ialah satu-satunya syarikat penerbangan yang berpusat di Timur Tengah dan Afrika Utara yang merupakan sebahagian daripada pakatan Global Star. Pada tahun 2009, pengendalian EgyptAir di hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah telah dirombak berikutan pelantikan Terminal 3 baru pada April 2009. Syarikat penerbangan itu memindahkan semua operasinya ke terminal baru yang menawarkan dua kali ganda kapasitinya. Di bawah kempen Star Alliance “Move Under One Roof”' di Lapangan Terbang Kaherah, semua syarikat penerbangan anggota Star Alliance berpindah ke Terminal 3 yang baru. Pada tahun 2010, syarikat penerbangan itu juga melakukan operasi yang lebih baik di pusat Alexandria dengan memindahkan operasi ke Lapangan Terbang Borg El Arab. EgyptAir juga mempunyai hab sekunder yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Hurghada, Lapangan Terbang Antarabangsa Luxor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm el-Sheikh. Tempoh 2009 - 2010 menjadi salah satu yang paling penting bagi EgyptAir, memandangkan syarikat penerbangan itu mengumumkan usaha sama barunya dengan Aviation Capital Group (ACG) dan pemegang saham swasta dan awam Mesir. Syarikat usaha sama yang dikenali sebagai Civil Aviation Finance and Operation Leases (CIAF-Leasing), memberi tumpuan operasi penerbangannya ke Timur Tengah dan Afrika Utara yang mengendalikan narrow-body pesawat. Selepas lebih 84 tahun beroperasi, hari ini EgyptAir mengendalikan lebih daripada 75 pesawat ke 79 destinasi di seluruh dunia. Syarikat penerbangan itu menggunakan sekurang-kurangnya sembilan jenis pesawat dalam operasinya. Pesawat tersebut ialah Airbus A320-232, Airbus A321-231, Airbus A330-243, Airbus A330-300, Airbus A340-212, Boeing B737-500, Boeing B737-800, Boeing B777-200 dan Boeing B777-300. EgyptAir juga memiliki beberapa anak syarikat, iaitu Air Kaherah, Air Sinai, EgyptAir Cargo, EgyptAir Express dan Smart Aviation Company.
Berikut ialah cara menempah tiket EgyptAir secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket EgyptAir anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket EgyptAir ialah bukti tempahan penerbangan EgyptAir. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter EgyptAir di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.