Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
30 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Ditubuhkan pada tahun 2003, Etihad Airways telah menerima pelbagai anugerah, seperti World’s Best First Class dari Skytrax, World’s Leading Airline dari World Travel Awards dan World’s Top 10 Airlines dari Skytrax. Syarikat penerbangan yang mempunyai syarikat penerbangan perikatannya sendiri yang dikenali sebagai Etihad Airways Partners, telah melakukan penerbangan ke lebih dari 85 destinasi di seluruh dunia dengan kekerapan 1,000 penerbangan seminggu. Dalam operasinya, Etihad Airways menawarkan tiga kelas kabin: Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama.
Etihad Airways memberikan elemen kejutan kepada penumpang Kelas Ekonominya dengan menawarkan pilihan, keselesaan dan keseronokan. Semasa penerbangan, penumpang boleh menikmati beratus-ratus jam hiburan hiburan atas permintan melalui televisyen skrin sentuh 11 inci atau 10.6 inci. Pelbagai port sambungan, serta sambungan mudah alih atau WiFi, disediakan dalam penerbangan. Syarikat penerbangan itu juga menawarkan perkhidmatan hidangan dalam penerbangan dan bar di dalam penerbangan.
Dalam Kelas Ekonomi, penumpang akan dihidangkan dengan hidangan yang diilhamkan oleh destinasi penerbangan. Kelas Ekonomi Etihad Airways menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman, termasuk hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut, serta anggur, bir, minuman spirit, minuman ringan dan minuman panas. Setiap penumpang boleh memilih dari tiga hidangan utama, seperti Chicken Biryani, Lamb Casserole atau Navratan Korma.
Kelas Perniagaan di Etihad Airways dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Kelas Perniagaan dan Studio Perniagaan. Penumpang Kelas Studio Perniagaan akan mendapat pengalaman kelas perniagaan berbeza yang diberikan melalui susun atur yang inovatif dan katil rata yang selesa berukuran sehingga 6 kaki dan 8 inci dengan pelbagai fungsi. Dalam pesawat A380, terdapat juga dek atas antara Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan yang menampung sehingga enam penumpang. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan tali pinggang keledar.
Menu hidangan dalam penerbangan Kelas Perniagaan Etihad Airways diilhamkan oleh bistro yang terbaik di seluruh dunia. Selain mempunyai pilihan untuk hidangan yang diingini, penumpang juga akan disajikan dengan pilihan wain yang berkualiti tinggi. Sementara itu, perkhidmatan kafe dalam pesawat juga menawarkan makanan ringan dan pilihan teh, kopi serta coklat panas.
Etihad Airways menawarkan dua jenis perkhidmatan Kelas Pertama, iaitu First Apartment dan First Suite. First Apartment terdiri daripada suite-suite yang menawarkan tempat duduk berlapik kulit yang besar, tempat tidur yang berasingan dengan keluasan 6 kaki dan 10 inci panjang serta unit kecantikan lengkap dengan cermin solek. Semua penumpang akan mendapat pelbagai produk penjagaan kulit daripada Omorovicza, jenama penjagaan kulit mewah Hungary. Sementara itu, penumpang First Suite yang menaiki pesawat B787 Dreamliner boleh berehat di tempat duduk berkain kulit yang selesa dan boleh dibaringkan menjadi katil rata yang berukuran 6-kaki-8 inci. Setiap First Suite juga mempunyai almari peribadi dan peti sejuk minuman.
Setelah penumpang berada di tempat duduk Kelas Pertama mereka, Etihad Airways akan mengalu-alukan mereka dengan kopi tradisional Arab, buah kurma serta makanan dan minuman lain pilihan mereka. Makanan dalam penerbangan pula diilhamkan oleh hidangan restoran mewah yang terkemuka di dunia. Hanya bahan-bahan segar yang digunakan untuk membuat menu klasik syarikat penerbangan itu dan hanya barang-barang tembikar, kutleri dan gelas kristal terbaik yang digunakan untuk menghidangkan makanan kepada penumpang kelas ini.
Sejak 30 Ogos 2006, Etihad Airways menawarkan program penumpang kerap yang dipanggil Etihad Guest, yang membolehkan ahli mendapatkan miles daripada penerbangan mereka dengan Etihad Airways dan rakan penerbangannya, seperti Air Berlin, Alitalia, Air Serbia, Air Seychelles, Etihad Regional, Jet Airways dan Niki. Miles terkumpul kemudian boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran, termasuk tiket penerbangan percuma. Etihad Guest terdiri daripada tiga peringkat, seperti Silver, Gold dan Platinum. Setiap satunya mempunyai faedah yang berbeza, tetapi semua menawarkan keutamaan daftar masuk dan menaiki pesawat, akses ke ruang istirahat lapangan terbang dan peruntukan bagasi tambahan percuma.
Etihad Airways menyediakan tiga jenis ruang istirahat lapangan terbang untuk para penumpangnya, iaitu Arrivals Lounge, Premium Lounge dan First Class Lounge & Spa. Setiap ruang tamu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, seperti perkhidmatan pencukur, kawasan bersantai, bufet antarabangsa dan pusat perniagaan. Walau bagaimanapun, akses ke ruang istirahat lapangan terbang hanya tersedia untuk penumpang kelas Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama sahaja. Ahli-ahli Etihad Guest yang lain boleh mengakses ruang istirahat lapangan terbang dengan menebus miles mereka. Penumpang yang bukan ahli Etihad Guest dan tidak melakukan perjalanan dalam Kelas Perniagaan atau Kelas Pertama boleh mengakses ruang istirahat lapangan terbang dengan membuat pembayaran kad kredit.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Pakaian seragam kru penerbangan Etihad Airways direka oleh pereka terkenal Ettore Bilotta menggunakan 100% bulu Itali. Ia dibuat di pelbagai tempat di seluruh Itali dengan pembuatan tambahan di Shanghai, Tunis dan Bucharest. Pakaian seragam kru kabin di ruang tamu dan ruang istirahat berwarna coklat dengan sentuhan warna ungu yang bertindakmembezakan mereka dari pakaian seragam kru penerbangan di darat dan pasukan perkhidmatan khas yang mempunyai sentuhan warna oren. Pramugari akan memakai jaket suit yang dilengkapi dengan sarung tangan, tali pinggang, topi dan selendang, sementara pramugara memakai suit lengkap dengan tali pinggang dan sarung tangan.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Semua Laluan | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: 40 x 50 x 25 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: 45 x 72 x 90 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 12 kg) (Dimensi: 40 x 50 x 25 cm) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: 45 x 72 x 90 cm) | |
Kelas Pertama | |||
Semua penerbangan ke Amerika | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: maks. 158 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: 50 x 70 x 38 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 12 kg) (Dimensi: maks. 158 cm) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: 50 x 70 x 38 cm) | |
Kelas Pertama |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Etihad Airways boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Etihad Airways. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 2 jam sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Semua penerbangan ke Amerika | 3 jam sebelum berlepas | 2 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Etihad Airways. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Etihad Airways untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Etihad Airways untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Etihad Airways secara terus.
Etihad Airways (Kod IATA: EY) ialah syarikat penerbangan kedua terbesar di Emiriah Arab Bersatu yang menyediakan sekitar 1,000 penerbangan setiap minggu ke lebih 90 destinasi di Timur Tengah, Afrika, Eropah, Asia, Australia dan Amerika Utara. Pada Julai 2016, Etihad Airways memiliki 125 pesawat Airbus dan Boeing. Ditubuhkan pada tahun 2003, syarikat penerbangan itu telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Best Business Class in the World 2009, World’s Leading Airline 2009 dan World's Leading Airline 2013 dari World Travel Awards dan World’s Best First Class, Best First Class Catering, Best First Class Seat dan World’s Top 10 Airlines 2015 dari Skytrax. Dalam operasinya, Etihad Airways menawarkan tiga jenis kelas kabin, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Setiap kelas dilengkapi dengan hiburan dalam penerbangan dan perkhidmatan hidangan dalam penerbangan serta setiap tempat duduk mempunyai soket elektrik, jadi penumpang boleh mengecas alat teknologi mereka ketika penerbangan. Etihad Airways juga menyediakan akses WiFi prabayar ke atas penerbangan terpilih pada harga bermula dari US$ 5 selama 30 minit. Semua penumpang yang melancong dengan Etihad Airways berhak mendapatkan peruntukan bagasi percuma. Setiap penumpang dibenarkan membawa dua bagasi dengan berat maksimum 23 kg dalam penerbangan Kelas Ekonomi atau 32 kg dalam penerbangan Kelas Perniagaan. Mereka juga dibenarkan membawa beg bagasi kabin tambahan yang tidak melebihi 40 x 50 x 25 cm. Setiap penumpang Kelas Ekonomi mungkin membawa satu bagasi kabin tambahan yang tidak melebihi 7 kg, manakala setiap penumpang Kelas Perniagaan atau Kelas Pertama dibenarkan membawa dua bagasi kabin tambahan dengan berat maksimum 12 kg. Bayi dibenarkan membawa satu bagasi kabin seberat 5 kg. Bagasi yang melebihi had dan dimensi hanya akan diproses melalui Kargo Etihad. Semua penumpang Etihad Airways boleh mendaftar masuk dari 48 jam hingga satu jam sebelum pelepasan mereka. Selain di kaunter lapangan terbang, penumpang juga boleh mendaftar masuk melalui laman web Etihad Airways untuk mengelak menunggu giliran yang lama di lapangan terbang. Selepas mendaftar masuk melalui laman web, penumpang dikehendaki mencetak pas masuk dan membawanya ke lapangan terbang. Tanpa pas masuk berasaskan cetakan, penumpang mungkin mengalami kelewatan ketika daftar masuk. Bagi penumpang yang lebih suka mendaftar masuk melalui aplikasi mudah alih Etihad, aplikasi ini juga membenarkan mereka menempah penerbangan mereka dan mengesan status sebarang penerbangan Etihad Airways, secara langsung. Ahli-ahli program penumpan kerap Etihad Airways, Etihad Guest mesti menunjukkan kad keahlian mereka semasa mendaftar masuk. Melalui program ini, penumpang boleh mendapatkan miles untuk setiap penerbangan dengan Etihad. Semua miles terkumpul boleh ditebus untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma, akses ke ruang istirahat lapangan terbang, peningkatan taraf kelas kabin, peruntukan bagasi tambahan dan lain-lain ganjaran bermanfaat. Etihad Guest Miles sah selama dua tahun dari tarikh pendaftaran. Etihad Guest terdiri daripada tiga peringkat keahlian, iaitu Etihad Guest Silver, Gold dan Platinum.
Etihad Airways adalah syarikat penerbangan nasional yang dimiliki oleh Emiriah Arab Bersatu. Ia ditubuhkan pada Julai 2003 oleh Dekri Diraja (Amiri), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang mahukan syarikat penerbangan untuk Abu Dhabi. Darwish Alkhoory, ketua juruterbang peribadi untuk Sheikh Zayed, menubuhkan syarikat penerbangan itu dengan modal berbayar awal sebanyak AED500 juta. Perkhidmatan tersebut dilancarkan dengan penerbangan ke Al Ain pada 5 November 2003. Pada 12 November 2003, Etihad Airways memulakan operasi komersil dengan pelancaran perkhidmatan ke Beirut. Pada Jun 2004, syarikat penerbangan tersebut telah membuat tempahan sebanyak AS$8 bilion untuk lima unit Boeing 777-300ER dan 24 pesawat Airbus, termasuk Airbus A380, yang dihantar pada Disember 2014. Empat tahun kemudian pada tahun 2008, Etihad Airways telahmembuat pengumuman di Farnborough Airshow bahawa syarikat itu telah membuat pesanan untuk 205 pesawat - pesanan pesawat terbesar dalam sejarah penerbangan komersial. Sehingga hari ini, Etihad Airways memiliki sejumlah 125 pesawat. Pesawat penumpangnya terdiri daripada 35 unit Airbus A320 Family, 25 unit A330 Family, lapan unit A340 Family, sembilan unit Boeing 787-9, 30 unit Boeing 777 Family dan lapan unit Airbus A380. Pesawat kargo, sebaliknya, terdiri daripada empat unit Airbus A330 Freighter, lima unit Boeing 777 Freighter dan satu unit Boeing 747 Freighter Family. Namun, syarikat penerbangan itu merancang untuk menambah 62 unit Airbus A350 yang telah dipesan dan Airbus A320NEO Family, A380, A330F, Boeing 787 Family, 777 Family dan 777F. Etihad Airways telah mengalami pertumbuhan positif. Tempahan awal pelbagai pesawat syarikat penerbangan itu menanggung keuntungan pada tahun 2011, yang dilaporkan sebagai keuntungan bersih penuh tahun pertamanya sebanyak AS$14 juta. Pada tahun 2011, Etihad Airways mengumumkan bahawa ia telah mengambil 29.21% kepentingan dalam Air Berlin, syarikat penerbangan keenam terbesar di Eropah yang diikuti oleh kepentingan minoriti di syarikat penerbangan lain seperti Air Seychelles (40%), Aer Lingus (2.987%) dan Virgin Australia (10%). Dua tahun kemudian, James Hogan selaku presiden syarikat itu menandatangani perjanjian dengan Timbalan Perdana Menteri Pertama Serbia, Aleksander Vučić di Belgrade, lalu memberikan Etihad Airways 49% kepentingan dalam syarikat penerbangan kebangsaan Serbia, Jat Airways. Sementara itu, kerajaan Serbia mengekalkan 51% sahamnya. Pada Pameran Udara 2013 Dubai, Etihad Airways mengumumkan bahawa ia memperoleh 33.3% pegangan dalam syarikat penerbangan Switzerland, Darwin Airline. Hanya setahun kemudian, syarikat penerbangan itu bersetuju untuk mengambil 49% kepentingan dalam syarikat penerbangan kebangsaan Itali, Alitalia untuk anggaran sebanyak £ 560, sementara pemegang saham Alitalia-CAI mengekalkan 51% saham. Pada bulan Mei 2016, struktur pengurusan Etihad Airways telah dirombak dan melantik James Hogan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk penerbangan, Etihad Aviation Group. Manakala, Peter Baumgartner, yang dahulunya Ketua Pegawai Komersil, telah mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, menggantikan Hogan. Pada tahun 2015, Etihad Airways telah menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri iaitu Etihad Airways Partners yang juga termasuk syarikat penerbangan Alitalia, Jet Airways, Air Berlin, Niki, Air Serbia, Air Seychelles, dan Etihad Regional termasuk Virgin Australia. Hari ini, Etihad Airways mengendalikan perkhidmatan penerbangannya dari hab utama di Bandar Khalifa, Abu Dhabi, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. Ia telah dilaporkan bahawa Etihad Airways telah membelanjakan sebanyak AS$50 juta pada tahun 2007 untuk membina ibu pejabat dan pusat latihan baharu.
Berikut ialah cara menempah tiket Etihad Airways secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Etihad Airways anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Etihad Airways ialah bukti tempahan penerbangan Etihad Airways. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Etihad Airways di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.