0

Farah Fazanna

04 Jun 2020 - 5 min read

7 restoran briyani terbaik di KL

Kisah briyani adalah kisah yang penuh dengan kisah percintaan dan perang dalam kerajaan Mughal dan Parsi. Nama "briyani" berasal dari "birian", yang bermaksud digoreng sebelum dimasak dalam bahasa Parsi. Menurut legenda, proto-briyani adalah makanan zaman perang di Timur, penakluk Turk-Mongol, dan angkatan tenteranya ketika menyerang India pada tahun 1398. Resipi ini menyerupai resepi briyani hari ini - beras, rempah-rempah dan daging dalam periuk tanah, ditanam dalam lubang panas, dan digali ketika siap dimasak.

Di India, lain pula ceritanya, Mumtaz Mahal, isteri maharaja Mughal, Shah Jahan, dikatakan pernah melawat berek tentera dan melihat para pahlawan kekurangan makanan. Baginda telah meminta tukang masak untuk memasak masakan yang menggabungkan daging dan nasi untuk membekalkan nutrisi yang seimbang untuk bala tenteranya. Dan ini menghasilkan briyani!

Berkurun selepas itu, Malaysia mewarisi resepi enak ini daripada pedagang dari India. Benua India menyebutnya biryani, sedangkan rakyat Malaysia dan Singapura memanggil hidangan ini sebagai briyani. Tetapi sebenarnya itulah satu-satunya perbezaan antara keduanya!

Briyani yang tradisional yang sempurna dimasak perlahan menggunakan api arang, menjadikan daging lembut dan memberi perasa yang secukupnya kepada nasi. Hidangan briyani biasanya diperasakan dengan rempah-ratus, ghee, buah pala, kacang merah, jintan, lada, cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih. Kebiasannya, briyani dihidangkan dengan daging lembu, tapi ada juga versi vegetarian. Sampingannya pula seperti chutney pudina dan bawang, kari, telur rebus dan salad. Di Malaysia, ia juga dihidangkan dengan acar.

Anda rasa susah untuk memasak briyani? Di sini, kami telah mengumpulkan senarai restoran di Kuala Lumpur yang menyajikan briyani terbaik di negara ini. Hati-hati, selepas ini anda mungkin ingin mencari briyani untuk dinikmati!

Asif Biryani

Terletak di tingkat bawah flat kediaman di Buit Bintang, briyani ini patut anda cuba. Asif menyediakan hidangan Pakistan tradisional dan briyani adalah hidangan istimewa mereka di sini. Cuba briyani ayam yang lembut dan dimasak bersama briyani masala serta beras basmathi. Daging kambing pula adalah masakan yang sesuai untuk dipadankan dengannya. Antara yang patut anda cuba adalah masala kambing, ayam mentega dan naan keju.

Asif Biryani

Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur

Tel: 012-2498764

Waktu operasi: 11:00 pagi - 11:00 malam (setiap hari)

Mahbub Restaurant

Mahbub sebenarnya restoran mamak separa hawa dingin yang cawangannya banyak terdapat di di Malaysia dan Singapura. Versi briyani di sini sedikit berbeza kerana daging dimasak secara berasingan daripada nasi. Dihidangkan dengan gaya bufet, anda boleh meminta berapa banyak nasi briyani yang anda inginkan, kemudian memilih pelbagai lauk untuk dinikmati bersama briyani. Gandingan kegemaran kami adalah ayam madu (ayam goreng madu) dengan acar timun (salad timun). Banjirkan briyani anda dengan kari dhaal atau kacang buncis dan percayalah, anda akan kembali lagi!

Mahbub Restraurant

15-17, Lorong Tempinis Kiri 1, Lucky Garden, Kuala Lumpur

Tel: 03-20955382

Waktu operasi: 7:00 pagi - 2:00 pagi (setiap hari)

Insaf Restaurant

Menyediakan stail briyani dari India Selatan, Insaf telah beroperasi sejak tahun 70-an dan masih bertahan hingga kini kerana kualiti makanannya yang hebat. Kami mencadangkan anda mencuba briyani daging kambing. Hidangan ini dimasak mengikut cara Chettinad tradisional, di mana potongan daging kambing dimasak bersama dengan nasi untuk memberi rasa aromatik yang mendalam. Juga, pesan jus mangga yang pekat dan enak. Seolah-olah anda menhirup smoothie mangga yang terbuat daripada buah-buahan paling manis dan paling enak yang pernah anda rasa!

Insaf Restaurant

158, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Tel: 03-26912806

Waktu operasi: 11:00 pagi - 9:00 pagi (Setiap hari)

JM Bariani

JM Bariani menyediakan briyani stail Johor atau lebih dikenali sebagai ‘briyani gam’. Yang membuatkan briyani ini dinamakan sebagai gam adalah kerana ia dimasak bersama daging dan nasi serta rempah ratus yang lain seolah-olah melekatkan dan menggabungkan kenakkan bahan-bahan tadi. Rangkaian restoran popular di Malaysia ini agak mudah ditemui dimana-mana bandar. Tapi kami lebih menyukai cawangan restoran dalam pusat membeli-belah Suria KLCC, kerana siapa yang tak suka menikmati hidangan menyelerakan selepas penat membeli-belah. Di sini, kami cadangkan anda mencuba briyani kambing yang dimasak beberapa jam. Dagingnya sangat lembut! Lebih enak dimakan dengan jeruk buah dan kari dhaal. Sedapnya!

JM Bariani

Kiosk 3, Rasa Food Arena, Tingkat 4, Suria KLCC

Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 pagi (Setiap hari)

Bangle Publika

Kredit: therealkora

Berbanding dengan restoran lain dalam senarai ini, Bangle Publika adalah restoran briyani yang baru. Restoran ini menyajikan kebanyakan masakan India Utara, tetapi memasukkan briyani ke dalam menu yang sesuai dengan selera tempatan. Dum briyani, dimasak dalam periuk yang ditutup dengan adunan, disediakan dengan nasi dan tidak akan membuat anda merasa anda makan terlalu banyak! Hidangan sampingan yang padan dengan briyani ini adalah masala kambing yang sangat lembut. Setiap potongan daging memberi rasa kuah kari yang beraroma.

Bangle Publika

A4-G2-1, Solaris Dutamas Publika, No.1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.

Tel: 03-64114487

Waktu operasi: 11:00 pagi - 11:00 malam (Setiap hari)

Flour Plaza Damansara

Kredit: fidajacob

Walaupun hiasan dalamannya moden, Flour di Plaza Damansara menyajikan masakan India Utara yang asli dan hidangan popularnya tentulah briyani daging kambing. Nasinya yang lembut dan beraroma membuatkan setiap suapan begitu menyelerakan, ditambah pula dengan potongan daging kambing yang diperap dengan sempurna.

Briyani ini enak dimakan begitu saja, tapi kami suka jika dipadankan dengan raita yang menyegarkan, perasa lain yang diperbuat daripada yogurt, jintan, timun dan ketumbar yang memberikan rasa briyani yang seimbang dan sempurna.

Flour Plaza Damansara

69-71, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Kuala Lumpur.

Tel: 012-9600053

Waktu operasi: 11:30 pagi - 3:00 petang, 6:30-10:00 malam (Rabu hingga Ahad), 6:30 petang - 10:00 malam (Selasa) dan ditutup pada Isnin.

Fierce Curry House

Kredit: fiercecurryhse

Untuk pengalaman yang lebih high-end, singgah ke Fierce Curry House di Bangsar untuk mendapatkan sepinggan briyani udang kara. Kami berpendapat hidangan ini sangat berbaloi kerana hidangannya yang besar. Briyani di sini dimasak dalam periuk keluli besar yang dibungkus dengan doh dan disertakan bersama udang galah segar di dalamnya. Briyani ini perlu dipra-pesan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal, jadi jika anda ingin mencubanya, pastikan anda menghubungi restoran ini terlebih dahulu. Kami pasti anda akan berasa kagum apabila troli makanan dengan briyani udang kara dibawa ke meja anda!

Fierce Curry House

16, Jalan Kemuja, Bangsar, Kuala Lumpur

Tel: 019-7701945 / 03-22023456

Waktu operasi: 12:00 tengah hari - 10:00 malam (Setiap hari)

_________________________________________________________________________

Sudah merancang perjalanan makanan ke Kuala Lumpur? Lihat tawaran penerbangan dan hotel hebat di Traveloka.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved