0

Traveloka MY

24 May 2018 - 3 min read

Di Mana Nak Cari Makanan Sedap di Bazar Ramadan?

Ah, Ramadan menyapa lagi, dan anda tahu maksudnya kan?

BAZAR RAMADAN.

Betul tu! Bazar dengan makanan dan minuman yang enak-enak belaka pasti buat perut anda makin berbunyi ketika bulan puasa ini. Ramai yang sanggup bersesak-sesak dan menghadap trafik yang sibuk hanya untuk membeli makanan yang kadangkala hanya muncul pada bulan ini sahaja.

^Saya dan kawan pejabat ketika selesai waktu kerja untuk ke bazar terdekat.

Ini antara juadah berbuka paling dicari-cari dan diminati di bazar Ramadan di serata Malaysia:

1. Murtabak

Murtabak ialah juadah tipikal ketika bulan Ramadan. Murtabak yang penuh dengan daging lembu atau ayam yang lembut ditambah dengan rempah ratus yang menambahkan lagi rasa menjadikan juadah ini kegemaran rakyat Malaysia. Zaman sekarang ada yang menjual murtabak keju dan murtabak maggi.

Kami suka murtabak klasik yang tradisional tapi kalau anda mahu cuba yang baru, pesan Murtabak Special.

Di mana nak beli?

Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Bazar Ramadan @ Jalan Tun Mohd Fuad

2. Roti John

Satu lagi kegemaran ramai iaitu Roti John - roti panjang, lembut disalut dengan telur serta daging di dalam, kemudian ditambah sos mayonis dan cili. Mungkin susah nak cari yang mana idaman hati, bergantung pada apa yang anda suka. Kurang sayur? Dilimpahi sos?

Kerana kami suka Roti John kami dihidangkan dengan nisbah daging, telur, sayuran dan sos yang seimbang. Jadi kami pilih Roti John Hitam di Kotakotak. Mudah saja nak nampak gerai ini kerana gerai ini menjual roti john yang menggunakan roti arang yang berwarna hitam. Daging yang tersedia ialah daging lembu, ayam atau kambing.

Di mana nak beli?

Bazar Ramadan Bangsar @ Jalan Telawi 1 (bersebelahan Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq)

The Robertson Kuala Lumpur

8.5

No 2, Jalan Robertson

RM 119.43

3. Ayam Percik

Ayam peri-peri versi Malaysia yang selalu di cari ialah Ayam Percik. Ayam diperap dengan campuran istimewa rempah ratus kemudian di bakar hingga rasa smoky dan arang meresap memberikan gabungan rasa yang sempurna. Bukan itu saja, ayam yang dibakar ini disalut dengan sos istimewa yang melengkapkan rasa.

Bukan susah untuk mencari gerai menjual Ayam Percik - kalau anda nampak asap berkepul-kepul naik, itu barangkali dari gerai menjual makanan enak ini.

Di mana nak beli?

Bazar Ramadan Stadium Melawati Shah Alam @ Seksyen 13 (di lot parkir bersebelahan stadium)

4. Bubur Lambuk

Bubur Lambuk mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri kepada orang Melayu. Bubur nasi ini dimasak dengan api perlahan selama berjam-jam, membuatkan pelbagai rempah seperti jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, dan lada hitam untuk menyerap sepenuhnya. Bahan penting lain seperti daging lembu dan bawang goreng menambahkan lagi kepekatan dan rasa lemak bubur ini.

Selalunya bubur ini disedekahkan oleh masjid-masjid atau badan-badan lain yang ingin beramal jariah di bulan Ramadan. Kalau anda ingin membeli bubur ini, anda boleh singgah di tepi Jalan Raja Muda Musa berdekatan stesen LRT Kampung Baru. Tapi, bazar utama terletak di Jalan Raja Alang yang berdekatan.

Di mana nak beli?

Bazar Ramadan Kampung Baru @ Jalan Raja Alang/Jalan Raja Muda Musa

5. Tepung Pelita

Kalau anda suka pencuci mulut, ha, Tepung Pelita ialah kuih yang patut anda beli. Rasa yang sedikit masin pada santan di atas kuih ini dan di bawahnya dilengkapkan dengan bahagian lembut berperisa pandan menjadikan kuih ini kuih kegemaran semua. Kuih ini dihidangkan dalam daun pisang yang dibuat bentuk empat segi. Tapi kuih ini kadangkala ada yang dijual sedikit berair dan kurang berlemak.

Cuba Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras yang popular!

Di mana nak beli?

Bazar Ramadan Seksyen 14, Petaling Jaya @ Jalan 14/28 (belakang Digital Mall)

Stay and Dine in these 6 Hotels during Ramadan for Delicious Iftar and Sahur Meals!

Stay and Dine Package KL - Ramadan in Malaysia is not too different from that in many countries with Muslim populations. However, according to the Saudi Gazette, the first day of Ramadan is a public holiday in Melaka, Johor

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Flights to Kuala Lumpur (KUL)

PAL Express

Harga bermula dari RM 677.48

Davao (DVO) to Kuala Lumpur (KUL)

Wed, 1 May 2024

Jetstar Asia Airways

Harga bermula dari RM 725.90

Davao (DVO) to Kuala Lumpur (KUL)

Tue, 21 May 2024

Jetstar Asia Airways

Harga bermula dari RM 848.05

Mumbai (BOM) to Kuala Lumpur (KUL)

Sun, 28 Apr 2024

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved