Pandemik global yang berlaku sekarang telah menyebabkan pergerakan yang terbatas. Inilah norma baharu bagi kita, cara baru untuk melakukan sesuatu dan menjalani kehidupan seharian. Ketika perjalanan domestik udara disambung semula dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Malaysia telah tamat, kita sudah kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan secara beransur-ansur memperoleh kembali kebebasan untuk bergerak - dan secara jujur tiada yang lebih membahagiakan daripada ini. Namun, sebelum meneruskan tempahan penerbangan pulang atau ke destinasi percutian, adalah penting untuk mengetahui bagaimana prosedur lapangan terbang dan syarikat penerbangan yang telah banyak berubah dan untuk lebih bersedia bagi menjaga keselamatan kita. Di sini kami telah menyenaraikan semua persiapan yang perlu anda lakukan dan perkara-perkara yang diperlukan sebelum terbang dan melakukan perjalanan ketika pandemik COVID-19 di Malaysia.
1. Pastikan anda sihat, sesuai untuk terbang dan tidak mempunyai sebarang simptom-simptom penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
2. Sila sentiasa maklum dan mengetahui polisi kuarantin bagi destinasi yang anda ingin tujui dan juga keperluan lain.
3. Anda telah memperoleh semua kelulusan dan dokumen perjalanan.
Siapa yang dibenarkan masuk ke lapangan terbang?
Untuk KLIA 1, hanya penumpang dengan tiket penerbangan dan pas masuk yang sah akan dibenarkan masuk. Ahli keluarga atau rakan penumpang yang tidak melakukan perjalanan tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang.
Untuk KLIA 2, orang ramai hanya dibenarkan masuk hingga ke pusat membeli-belah klia2. Semua pengunjung diminta memakai topeng muka dan memeriksa suhu badan mereka sebelum dibenarkan masuk.
Di lapangan terbang, jika anda penumpang anda perlu:
Untuk kemas kini mengenai sekatan perjalanan dan polisi syarikat penerbangan, kunjungi laman Kemas Kini Perjalanan COVID-19 .
Semua maklumat di halaman ini adalah benar pada 15 Jun 2020 dan boleh berubah mengikut budi bicara pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang berkaitan.
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali