Penerbangan murah ke Akita (AXT)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Akita (AXT)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Manila (MNL) → Akita (AXT)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 1,011.44
Jakarta (CGK) → Akita (AXT)
Penerbangan
Khamis, 25 Apr 2024
RM 4,722.38
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Akita (AXT)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 5,010.80
Hanoi (HAN) → Akita (AXT)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 7,191.54
Manila (MNL) → Akita (AXT)
Penerbangan
Khamis, 25 Apr 2024
RM 9,083.21
Hanoi (HAN) → Akita (AXT)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 11,297.91

Aktiviti menarik di Akita

Akita Inland Line One-Day Pass | Japan
Akita Inland Line One-Day Pass | Japan
RM 74.32
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Akita, Jepun

Apabila menyebut tentang Jepun, ramai yang akan terfikir tentang Tokyo, Osaka, Kyoto ataupun Hokkaido. Namun, tahukah anda Akita, sebuah bandar di utara kawasan Tohoku Jepun juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai pelbagai tarikan menarik yang kurang diketahui ramai. Akita lebih dikenali untuk perayaan Kanto, sebuah perayaan di mana berpuluh tanglung indah digantung pada buluh yang tinggi dan diimbang menggunakan dahi. Akan tetapi, tarikah sebenar Akita adalah pada keindahan alam sekitarnya. Kepelbagaian jenis tasik dan dataran pantai yang dihiasi mentari senja tetap menjadi tarikan utama pelancong ke Akita. Kekayaan budaya, keindahan alam sekitar dan keenakan makanan laut di Akita pasti akan membuatkan para pengunjung jatuh hati dengan Akita.

Lapangan Terbang di Akita

1. Lapangan terbang Akita (AXT)

Terletak 14 km di tenggara bandar Akita. Bagi pengunjung yang tiba di lapangan terbang Akita, selain daripada khidmat teksi, perkhidmatan bas lapangan terbang juga menghubungkan lapangan terbang Akita ke stesen Akita di tengah bandar Akita dengan perjalanan selama 40 minit dan tambang 930 yen. Lapangan terbang Akita menyediakan penerbangan and domestik dan juga antarabangsa yang dikendalikan oleh JAL, ANA, Korean Air, China Airlines dan juga EVA Air.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Akita?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Akita. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Akita.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Akita?

Walau ke mana anda ingin pergi di Jepun, termasuklah ke Akita, 3 waktu utama untuk dielakkan adalah ketika cuti tahun baru, cuti Golden Week dan juga cuti Silver Week. Cuti tahun baru adalah antara 31 Disember sehingga minggu pertama Januari setiap tahun. Cuti Golden Week jatuh pada bulan Mei dan Silver week pada bulan September namun tarikh percutian ini akan berubah setiap tahun. Pada 3 waktu ini, ramai rakyat Jepun akan menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung dan membawa ahli keluarga melancong.

Akita mengalami perubahan cuaca 4 musim. Setiap musim menawarkan keindahan yang berbeza bagi pengunjung ke Akita. Terletak di utara Jepun, Akita mendapat taburan salji yang agak tinggi pada musim sejuk. Gunung-ganang dan sawah padi akan memutih dilitupi salji. Pada musim luruh pula dedaun akan bertukar menjadi merah, kuning, coklat dan oren dan waktu inilah paling ramai pengunjung melawat Akita kerana suhunya yang sederhana, antara 12 – 25 darjah selsius amat sesuai untuk menikmati alam. Pada musim bunga, warna merah jambu bunga sakura akan menghiasi taman-taman dan gunung-ganang di Akita.

Musim panas, antara bulan Jun hingga September adalah waktu terbaik untuk melawat Akita kerana pada musim panaslah bandar Akita akan dihidupkan dengan pelbagai perayaan terutamanya perayaan Kanto pada 3 hingga 6 haribulan Ogos setiap tahun. Perayaan Kanto adalah antara 3 perayaan terbesar di kawasan Tohoku Jepun dan merupakan perayaan di mana berpuluh tanglung dinyalakan dan digantung pada tiang buluh tinggi sambil diimbang menggunakan dahi. Selain perayaan Kanto, terdapat perayaan pelabuhan Tsuchizaki pada 20-21 Julai dan juga pertunjukan bunga api sungai Omonogawa ketika pesta musim panas bandar Akita pada 10 Ogos. Selain musim panas, terdapat juga perayaan Miyoshi Bonden pada 17 Januari, sambutan Bunga Sakura di taman Senshu pada bulan April, perayaan Daishoji Okesa pada bulan Ogos dan bermacam lagi perayaan sepanjang tahun.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Akita?

1. Taman Senshu – Pada suatu masa dahulu, antara keluarga samurai yang berkuasa bernama puak Sakata telah membina sebuah istana yang dinamakan Istana Kubota. Walaupun istana itu sudah tiada, anda boleh melawat muzium yang terletak di dalam menara pengawalnya. Taman Senshu telah dinobatkan antara taman tercantik di Jepun dan menjadi tumpuan ramai untuk menikmati keindahan bunga sakura pada musim bunga. Kuil Iyataka yang terletak di taman Senshu juga merupakan kuil paling dikunjungi di Akita.

2. Michi no eki – Bangunan dengan anjung tinjau yang terletak 100 meter dari paras laut ini menawarkan para pengunjung pemandangan bandar Akita dan juga persisiran pantai. Waktu terbaik untuk mengunjung Michi no eki adalah pada waktu senja untuk melihat keindahan langit dan mata hari terbenam. Kecanggihan binaan bangunan Michi no eki ini memberikan kontras yang jelas dengan kawasan sekeliling yang masih mengekalkan konsep binaan lama.

3. Minzoku Geinou Densho-kan – Seluruh museum ini didedikasikan khas untuk tanglung Jepun, terutama sekali tanglung yang telah digunakan ketika perayaan Kanto. Minzoku Geinou Densho-kan mungkin satu-satunya muzium di dunia yang hanya memaparkan tanglung Jepun. Di tingkat pertama dan kedua muzium terdapat bahagian untuk para pengunjung menonton tayangan video mengenai sejarah tanglung Jepun. Jika pengunjung bernasib baik, pengunjung mungkin bertuah untuk cuba mengimbangkan tanglung seperti pada perayaan Kanto.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka