Penerbangan murah ke Alicante (ALC)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Alicante (ALC)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Jakarta (CGK) → Alicante (ALC)
Penerbangan
Jumaat, 03 Mei 2024
RM 2,965.29
Kuala Lumpur (KUL) → Alicante (ALC)
Cathay Pacific
Selasa, 23 Apr 2024
RM 3,245.87
Bangkok (BKK) → Alicante (ALC)
Finnair
Rabu, 24 Apr 2024
RM 3,591.27
Jakarta (CGK) → Alicante (ALC)
Penerbangan
Isnin, 22 Apr 2024
RM 3,891.92
Jakarta (CGK) → Alicante (ALC)
Penerbangan
Sabtu, 04 Mei 2024
RM 5,097.79
Jakarta (CGK) → Alicante (ALC)
Penerbangan
Sabtu, 04 Mei 2024
RM 5,717.64
Jakarta (CGK) → Alicante (ALC)
Penerbangan
Sabtu, 04 Mei 2024
RM 6,340.83
Hanoi (HAN) → Alicante (ALC)
Air France
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 9,449.03
Jakarta (CGK) → Alicante (ALC)
Penerbangan
Khamis, 25 Apr 2024
RM 14,404.36

Tiket Pesawat Murah ke Alicante, Sepanyol

Dengan bilangan penduduk yang lebih dari 250 000 orang, Alicante yang terletak di Costa Brava adalah pelabuhan Mediterranean yang dipenuhi dengan medan-medan yang dipayungi pokok-pokok palma redup yang indah, banyak kafe-kafe terbuka serta pantai yang luas. Ia juga merupakan syurga pantai di Selatan Sepanyol, kaya dengan sejarah dan pemandangan. Dengan sejarah dan latar belakang yang bermula sebelum Empayar Rom lagi, Alicante mempunyai segala-galanya dari pantai yang indah, ke gaya seni bina Baroque yang Bersejarah. Alicante berkembang dari pelabuhan kecil dengan dermaga mandian ke resort besar selepas laluan keretapi yang pertama dari Madrid terus ke Mediterranean dibina pada tahun 1858. Ibukota provinsi yang berkembang pesat ini mempunyai studio perfileman moden dan sebuah university namun ia juga masih memegang pelancongan tradisional dekat di hati.

Lapangan Terbang di Alicante

1. Lapangan Terbang Alicante Elche (ALC)

Lapangan Terbang Alicante Elche terletak 9 kilometer barat daya dari bandar Alicante, 9 kilometer di timur Elche, 160 kilometer di utara bandar Valencia dan 70 kilometer di utara Murcia. Lapangan Terbang Alicante Elche berfungsi sebagai lapangan terbang utama bagi Wilayah Murcia dan Provinsi Alicante. Sebagai salah satu lapangan terbang terbesar di Sepanyol, tidak hairanlah Lapangan Terbang Alicante Elche juga mempunyai sejarah yang kaya. Ia dibina di kawasan El Altet yang di mana lapangan terbang ini mendapat nama asalnya iaitu El Altet yang kemudiannya telah diubah menjadi Lapangan Terbang Alicante Elche. Convair Metropolitan adalah penerbangan komersil yang pertama untuk mendarat di lapangan terbang itu dan ia telah menanda permulaan populariti Lapangan Terbang Alicante Elche. Dalam masa yang sangat singkat, Lapangan Terbang Alicante Elche berjaya mencecah lebih satu juta penumpang penumpang setahun. Terdapat beberapa cara untuk pelancong sampai ke pusat bandar dari lapangan terbang. Bas-bas tempatan dan antara bandar bukan sahaja menuju ke pusat bandar Alicante tetapi juga ke destinasi popular lain di rantau ini. Pelancong juga boleh menggunakan trem. Malah, ia adalah cara yang paling disyorkan untuk perjalanan terus ke pusat bandar. Cara terpantas untuk ke bandar adalah dengan teksi kerana ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Radio Teksi Elche adalah syarikat teksi utama yang berkhidmat di Lapangan Terbang Alicante.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Alicante?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Alicante. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Alicante.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Alicante?

Setiap tahun beribu-ribu pelancong dari seluruh dunia memilih Pelabuhan Mediterranean yang megah ini untuk menghabiskan percutian mereka. Alicante adalah salah satu bandar pelabuhan yang paling terkenal di Sepanyol dan juga salah satu tempat paling indah di seluruh semenanjung ini. Istana Santa Barbara yang mengagumkan, yang dibina jauh di atas paras bandar, adalah bangunan pertama yang akan dilihat apabila tiba di Alicante untuk kali pertama. Dengan pelbagai pemandangan dan tarikan, adalah lebih baik para pelancong melawat bandar ini pada musim panas dan awal musim gugur untuk menikmati semua yang ditawarkan oleh Alicante. Awal musim gugur adalah apabila suhu masih panas, tetapi kadar hotel menjadi lebih murah kerana negara ini akan mengalami musim pelancongan yang rendah. Bagi mereka yang berkeras melawat Alicante pada musim panas harus bersedia manghadapi harga hotel dan sewa yang lebih tinggi. Minggu Hogueras (9 – 23 Jun) serta minggu Semana Santa (24 Mac hingga 3 April) yang berlaku pada musim panas, adalah tarikh yang sangat sibuk yang harus anda elakkan jika anda tidak bersesakan dengan orang ramai.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Alicante?

Alicante adalah salah satu destinasi pelancongan paling penting di pantai timur Sepanyol. Terdapat banyak padang golf, serta perairan Laut Mediterranean yang tenang, adalah sebahagian daripada tarikan bandar pelabuhan yang indah ini.

1. Tabarca – Tidak jauh dari pantai Alicante adalah pulau Tabarca yang tidak disentuh. Terdapat banyak rumah-rumah yang dicat putih dan sebuah gereja lama yang bersejarah, membuatkan pulau ini satu destinasi yang harus dilawati. Amat mudah untuk pelancong ke pulau ini kerana bot akan bertolak ke sana setiap hari dari pelabuhan di Alicante. Perjalanan pergi-balik dikenakan tambang sebanyak EUR 18 (dewasa), EUR 15 (kanak-kanak). Perjalanan bot itu juga merupakan pengalaman menarik kerana perairan di sekitar Tabarca telah diisytiharkan sebagai Rizab Marin Mediterranean kerana keindahan dan bilangan flora dan fauna yang luar biasa. Terdapat sebuah restoran dan kedai di pulau itu tetapi adalah disyorkan untuk pelancong membawa makanan dan berkelah di sana kerana barangan menjadi agak mahal ketika musim panas. Terdapat sebuah pantai dan jalan kecil di mana anda boleh bersiar-siar sambil mencari tempat berkelah yang sempurna untuk berehat dan bersantai di bawah sinaran matahari.

2. Istana Santa Barbara – Sejarah Alicante yang kaya adalah sangat menonjol kerana seluruh bandar ini dibina di dasar Istana Santa Barbara yang indah. Dibina sekitar abad ke-9, istana ini dipelihara rapi walaupun pernah menghadapi perang. Istana ini mudah diakses kerana terdapat lif yang membawa anda terus ke puncak atau untuk mereka yang menggemari cabaran, terdapat laluan yang berliku-liku menuju ke pintu masuk. Lawatan ke istana ini memerlukan perjalanan sehari, kerana sebaik sahaja anda sampai di sana terdapat banyak yang dapat dilihat. Pelancong boleh berjalan-jalan di kawasan bumbung untuk melihat pemandangan dan juga membuat lawatan ke bilik-bilik yang dipelihara yang penuh dengan maklumat dan artefak. Terdapat juga pasar di halaman istana menjual barang perhiasan dan cenderahati buatan tangan. Istana ini menyediakan pelbagai kemudahan dan juga kafe untuk menyenangkan pelancong yang membuat lawatan ke sini.

3. Explanada de España – Persiaran yang dihiasi marmar di Alicante amat berguna untuk pelancong mencari jalan di sekitar bandar kerana ia bermula di bandar lama dan bersambung terus ke pinggiran bandar di sebelah marina. Di kebanyakan bandaraya Sepanyol, berjalan-jalan bersama keluarga adalah sebahagian daripada gaya hidup dan persiaran seperti Explanada de España membantu anda melakukannya dengan gaya. Anda akan mendapat gambaran sebenar suasana Alicante ketika berjalan-jalan di bawah pohon-pohon palma sambil memerhati kehidupan seharian di bandar apabila anda berada di teres-teres persiaran, gerai-gerai atau pasar. Terdapat pemandangan persisiran pantai yang indah dan apabila malam pada musim panas, pelancong yang menggunakan laluan pejalan kaki akan dibelai angin laut yang amat menyegarkan.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka