PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Alor Setar (AOR)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Alor Setar, Malaysia

Alor Setar adalah ibu negeri Kedah Darul Aman. Dengan lebih daripada 116000 bilangan penduduk, ia telah dicatat sebagai jumlah penduduk kedua yang terbesar di Kedah selepas Sungai Petani. Bandar ini adalah tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia yang kini iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohammad. Ia telah menjadi pusat bagi perniagaan dan pembangunan. Selain itu, Alor Setar juga dikenali sebagai pengeluar utama nasi di Malaysia dan mempunyai sawah padi yang indah. Di samping itu, para pengunjung juga boleh melawat ke banyak bangunan seni bina yang hebat di Alor Setar seperti di Masjid Zahir, Menara Alor Setar, Dewan Diraja, Menara Nobat dan banyak lagi.


Lapangan Terbang di Alor Setar

1. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Terletak di Kepala Batas, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim adalah lapangan terbang utama yang beroperasi untuk bandar Alor Setar. Lapangan terbang ini mengendalikan penerbangan antarabangsa dan domestik. Destinasi bagi penerbangan antarabangsa seperti Malaysia Airlines adalah di Jeddah dan Madinah sahaja. Bagi penerbangan domestik, terdapat beberapa syarikat penerbangan yang berkhidmat di lapangan terbang ini seperti AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines dan Malindo Air. Jarak antara lapangan terbang ini ke bandar adalah kira-kira 11.2 kilometer. Dengan mengambil teksi, tambang teksi akan dikenakan sekitar RM 27.72.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Alor Setar?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Alor Setar. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi tersebut akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Alor Setar.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Alor Setar?

Musim kemuncak di Alor Setar adalah pada cuti umum dan cuti sekolah Malaysia. Manakala, pada luar musim kemuncak adalah pada musim tidak bercuti. Alor Setar sentiasa dipenuhi oleh pengunjung tempatan dan luar negara pada musim kemuncak. Walau bagaimanapun, para pengunjung yang ingin datang dalam tempoh ini, mereka perlu menyedari bahawa harga penginapan dan tiket penerbangan jauh lebih mahal daripada harga ketika luar musim kemuncak. Oleh itu, para pengunjung dinasihatkan untuk melawat Alor Setar pada luar musim puncak. Kadar bilik hotel dan tiket penerbangan lebih murah. Selain itu, para pengunjung senang untuk bersiar-siar di bandaraya Alor Setar kerana ketika itu, tidak mempunyai ramai orang. Cuaca di Alor Setar sentiasa panas dan lembap. Kadang-kala, hujan lebat akan berlaku untuk menurunkan suhu yang tinggi. Suhu purata tertinggi di bandar ini bagi sepanjang tahun adalah sekitar 34 darjah Celsius dan suhu purata paling rendah adalah sekitar 23 darjah Celsius.


Malaysia mempunyai beberapa perayaan untuk meraikan kerana ia adalah negara berbilang kaum yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, Eurasia dan kumpulan kaum lain di kawasan Borneo. Bagi orang Melayu, mereka akan merayakan Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Para pengunjung dapat melihat banyak rumah terbuka Raya semasa perayaan ini. Sama juga berlaku pada Tahun Baru Cina. Para pengunjung boleh menyaksikan tarian singa di pusat membeli-belah dan kuil-kuil Cina. Para pengunjung dapat mempelajari lebih lanjut mengenai budaya India dengan melawat kuil India pada Hari Thaipusam. Alor Setar juga turut menganjurkan Festival AOR yang diadakan pada setiap tahun. Para pengunjung dapat berpeluang untuk melihat pameran kebudayaan dan pameran seni di dalam festival ini.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dillakukan di Alor Setar?

Alor Setar mempunyai pelbagai bangunan seni bina yang hebat dan beberapa tempat yang menarik yang ditawarkan kepada para pengunjung seperti: _


1. Menara Alor Setar- Menara Alor Setar adalah menara tertinggi di Malaysia. Ia juga merupakan salah satu menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai ketinggian 165.5 meter. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar yang indah dari dek pemerhatian. Terdapat juga sebuah panggung di mana acara-acara besar selalu akan diadakan, restoran dan beberapa kedai di menara ini.


2. Masjid Zahir- Dibina pada tahun 1912, Masjid Zahir merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai salah satu masjid paling indah di dunia. Senibina masjid ini mempunyai gaya Moorish, Timur Tengah, Melayu dan India tradisional. Para pengunjung dapat melihat lima kubah berwarna hitam yang melambangkan lima rukun Islam.


3. Menara Nobat- Menara Nobat telah menempatkan alat muzik diraja yang dikenali sebagai Nobat. Ia telah dibina pada tahun 1906. Ketinggian menara ini adalah 18 meter. Menara ini telah menyimpan beberaoa alat muzik seperti dram, gong, seruling dan alat muzik seperti sangkakala yang dipanggil sebagai Nafiri. Alat-alat muzik ini akan digunakan semasa upacara diraja.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Alor Setar can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2019 Traveloka
24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
Perlu Bantuan?