Penerbangan murah ke Anchorage (ANC)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Anchorage (ANC)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Bangkok (BKK) → Anchorage (ANC)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 3,871.19
Manila (MNL) → Anchorage (ANC)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 8,321.41
Manila (MNL) → Anchorage (ANC)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 9,044.81
Manila (MNL) → Anchorage (ANC)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 9,328.46

Tiket Pesawat Murah ke Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat

Keindahan alam semula jadi Anchorage pasti akan membuatkan anda terpesona dan tidak hairanlah jika anda mendambakannya kembali. Hanya di sini, anda boleh melihat hidupan liar secara lebih dekat dengan kedatangan species “moose” yang berlegar-legar di sekitar kawasan kota dan leih-lebih lagi apabila anda menerokai keaslian alam semula jadinya yang terbentang luas di negeri ini. Anchorage turut merupakan sebuah kota yang menawarkan perlbagai keseronokan dan pengembaraan daripada menikmati pemandangan beruang-beruang menangkap ikan di air terjun atau pelayaran dari atas kapal melihat ikan paus, “puffin” dan memerang, daripada panorama pergunungan yang indah atau glacier ais berwarna kebiruan yang menakjubkan dan daripada aktiviti kayak yang santai sehinggalah ke aktiviti pendakian dan memanjat ais yang mencabar! Selain itu, kekayaan budaya, warisan dan sejarah mereka juga menyumbang pada perkembangan pelancongan di bandar ini. Jadi, apa yang anda nantikan lagi? Selamat datang dan belayar ke Anchorage!

Lapangan Terbang di Anchorage

Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage

Lapangan terbang ini terletak 8 kilometer dari barat day apusat bandar Anchorage, Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage ini merupakan lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk kawasan Alaska. Lapangan terbang ini juga menerima kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa dengan hampir 50 destinasi. Antaranya 14 buah negeri dari Amerika Syarikat sendiri beserta negara-negara dai Kanada, Jerman, Iceland, Rusia dan banyak lagi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Anchorage?

Diprogramkan sebagai mesin pencari untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah tempat yang tepat bagi anda untuk memulakan pencariaan penerbangan termurah ke mana sahaja yang anda idamkan termasuklah Anchorage. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!

Bila Waktu Terbaik untuk ke Anchorage?

Berbanding dengan kawasan yang berada lebih bawah dari garis lintang ini, sudah menjadi kebiasaan Anchorage Alaska untuk mempunyai musim salju yang panjang dan sangat sejuk, manakala musim panas yang pendek lagi sederhana panasnya. Ia turut diberkati dengan iklim subarctic yang mempunyai suhu rata-rata antara 13 sehingga 26oC pada waktu siang musim panas dan -15.1 sehingga -1.1oC pada waktu siang musim salju. Jika anda sedang mencari bulan yang paling panas, bulan Jun, Julai dan Ogos adalah bulannya. Purata tertinggi kebiasaannya hanya mencecah sekitar 20.7oC dan jarang sekali berlaku penurunan di bawah 12oC pada waktu malam. Cuaca seperti ini amat sesuai untuk bersiar-siar!

Oleh sebab musim panasnya mempunyai cuaca yang terbaik, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk, menjadikan musim kegemaran untuk para pelancong berkunjung ke Anchorage. Kemasukan para pelancong yang melonjak tinggi turut konsisten dengan kenaikan harga tiket penerbangan, penginapan, agensi pelancongan dan servis aktiviti-aktiviti luar. Oleh itu, sering kali diingatkan agar anda melakukan sebarang tempahan dan pembelian terlebih dahulu, terutamanya buat mereka yang mempunyai bajet yang terhad! Tambahan pula, jika anda bukanlah peminat dalam bersesak-sesakan, maka seeloknya untuk anda hindari bulan-bulan ini. Hujan turut dijangka akan turun pada musim panas ini. Jadi, sila lakukan persiapan dengan sebaiknya!

Sementara itu, November akan menyaksikan penurunan sektor pelancongan secara mendadak di kota ini. Ini berkemungkinan besar kerana cuacanya yang amat sejuk pada waktu musim salju. Namun begitu, bergembiralah kerana harga juga akan bakal turun bersama! Setelah mengambil kira semua faktor, awal bulan Jun sehinggalah awal September merupakan tempoh yang disyorkan untuk berkunjung ke mari di Anchorage. Walau bagaimanapun, semuanya terpulang pada pilihan anda, dari jenis cuaca yang digemari hinggalah ke keselesaan anda untuk bersesak-sesak dan dari aktiviti yang anda ingin lakukan hinggalah faktor yang paling utama iaitu, status kewangan anda!

Kunjungan anda ke kota ini dikatakan tidak lengkap jika anda tidak menyaksikan dan menyertai perayaan yang terdapat di bandar ini. Oleh itu, tandakan kalendar anda pada tarikh-tarikh berikut. Pada Sabtu pertama bulan March, Anchorage menjadi tuan rumah pada salah satu perlumbaan anjing-anjing luncur yang dikenali sebagai Iditarod Sled Dog Race. Kota ini sentiasa menjadi titik permulaan buat perlumbaan yang dinanti-nantikan ini. Bayangkan anjing-anjing huskies yang comel lagi menawan, pastinya menyeronokkan! Seterusnya, Pasar Anchorage yang dibuka dari pertengahan Mei sehingga pertengahan September bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 300 peniaga yang menjual pelbagai barangan dan makanan Alaska. Acara lain yang turut diberi perhatian ialah Festival Filem Antarabangsa Anchorage pada awal sehingga pertengahan Disember, Anchorage RunFest pada pertengahan Ogos dan Festival Fur Rendezvous pada akhir Februari sehingga awal bulan March.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Anchorage?

Alaska Native Heritage Center - Alaska Native Heritage atau Pusat Warisan Asli Alaska merupakan rumah pada kepelbagaian budaya Alaska yang berwarna-warni. Selain daripada pameran seni kraftangan, senjata dan pengangkutan harian, para pengunjung juga disambut dengan persembahan tarian dan demonstrasi yang hebat!

Alaska Wildlife Conservation Center - Temui hidupan-hidupan tempatan di mana lagi, kalau bukan di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Alaska atau lebih dikenali dengan Alaska Wildlife Conservation Center! Pusat ini dikhususkan sebagai pusat perlindungan bagi hidupan liar Alaska seperti bison kayu yang hampir pupus, beruang-beruang hitam dan coklat, moose, elks, lynx, caribous, muskox dan banyak lagi.

Prince William Sound glaciers - Memandangkan Alaska kebanyakannya ditutupi dengan glacier, jom terokai Prince William Sound Glacier. Pengalaman yang terbaik adalah dengan menaiki bot. Bot=bot pelayar seringkali ditemani dengan kehidupan marin yang comel seperti anjing laut, singa laut dan memerang. Sesetengah perhentian yang terkenal di sepanjang perjalanan turut menawarkan aktiviti berkayak dan jet ski!

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka