Penerbangan murah ke Antalya (AYT)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Antalya (AYT)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Oslo (OSL) → Antalya (AYT)
Finnair
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 972.14
Medan (KNO) → Antalya (AYT)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 4,944.89
Medan (KNO) → Antalya (AYT)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 5,029.27
Surabaya (SUB) → Antalya (AYT)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 6,054.13
Semarang (SRG) → Antalya (AYT)
Penerbangan
Khamis, 25 Apr 2024
RM 6,102.76
Bali / Denpasar (DPS) → Antalya (AYT)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 6,633.81
Kuala Lumpur (KUL) → Antalya (AYT)
Penerbangan
Isnin, 29 Apr 2024
RM 7,418.43

Tiket Pesawat Murah ke Antalya, Turkey

Antalya adalah mutiara Riviera Turki. Ia adalah sebuah bandar yang menarik dan syurga untuk perenang. Ia adalah destinasi pelancongan utama yang terkenal dengan pantai yang biru bergemerlapan. Pantai-pantai di Antalya mempunyai banyak Kawasan-kawasan yang menyenangkan yang sesuai dengan semua citarasa pelancong. Di sepanjang pantai, anda akan mendapati banyak hotel dan restoran bertaraf tinggi. Selain daripada bersantai di tepi pantai, pelancong juga boleh boleh membuat lawatan dan meneroka runtuhan antik dan menikmati landskap yang indah. Sebagai bandar terbesar di Turki, Antalya mempamerkan gabungan menarik di antara yang tradisional dan juga kontemporari. Antalya Lama atau 'Kaleiçi' adalah kawasan lama yang indah yang terletak di tengah-tengah kota. Di sini, anda juga boleh mendiami rumah-rumah lama Uthmaniyyah yang telah dibaikpulih dan kini dilengkapi dengan semua kemudahan moden. Selain mendalami warisan sejarah, anda juga boleh merasai kehidupan moden yang bergaya di Antalya. Untuk menikmati keindahan semula jadi, pantai-pantai keemasan Konyaalti dan Lara serta air terjun putih dari Düden, Kursuntu dan Manavgatare, adalah tempat utama untuk dilawat di Antalya.

Lapangan Terbang di Antalya

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Antalya (AYT)

Lapangan Terbang Antarabangsa Antalya adalah salah satu lapangan terbang utama yang dikendalikan di Antalya, destinasi percutian utama Turki. Lapangan Terbang Antalya adalah lapangan terbang ketiga tersibuk di Turki, disebabkan terutamanya oleh bilangan pelancong yang banyak membuat percutian musim panas mereka di selatan Turki. Lapangan terbang ini mempunyai tiga terminal: Terminal 1 dan Terminal 2 untuk penerbangan antarabangsa dan Terminal 3 untuk laluan domestik. Terminal 1 bersambung dengan Terminal Domestik, tetapi terletak 2.5 kilometer dari Terminal 2. Lapangan terbang ini adalah 13 km dari pusat bandar dan terdapat perkhidmatan bas yang kerap ke pusat bandar. Dengan kereta, ia mengambil masa 25 minit untuk sampai ke pusat Antalya.

2. Lapangan Terbang Antalya Gazipasa (GZP)

Lapangan Terbang Antalya Gazipasa adalah lapangan terbang kedua di Antalya, yang menyambut sekitar 11.5 juta pelawat pada 2014. Lapangan terbang ini memberi perkhidmatan ke kawasan Gazipasa Antalya dan hanya 30 minit dari Alanya berbanding dengan waktu perjalanan dua jam antara Alanya dan Lapangan Terbang Antalya, yang sebelum ini merupakan lapangan terbang terdekat,. Kini Lapangan Terbang Gazipasa merupakan salah satu kemudahan strategik yang paling penting di rantau ini. Lebih dari 25% pengunjung Antalya sebenarnya akan bercuti di Alanya, 135 km ke timur pusat bandar Antalya. Lapangan terbang ini mempunyai kapasiti penumpang tahunan sebanyak 1,500,000 penumpang, kawasan terminal 6,700 meter persegi dan tempat letak kereta dengan kapasiti 105 kenderaan.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Antalya?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Antalya. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Antalya.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Antalya?

Dengan lokasinya di pantai selatan Turki, anda boleh mengharapkan banyak cahaya matahari apabila anda melawat Antalya. Lokasinya di antara Laut Mediterranean dan Pergunungan Taurus bermakna rantau ini menikmati iklim panas yang terlindung dari angin utara yang sejuk. Jika anda ingin menikmati sinar matahari dengan dan merasa suhu tertinggi, maka masa untuk melawat adalah antara Jun dan September. Bulan-bulan musim panas boleh menjadi panas terik dengan kelembapan yang tinggi. Ia mungkin menjadi tidak selesa bagi pelancong yang tidak biasa dengan cuaca ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelancong masih berduyun-duyun ke Antalya pada masa ini, dan bandar ini menjadi terlalu penuh sesak untuk dinikmati. Masa yang terbaik untuk melawat Antalya adalah sepanjang bulan September hingga pertengahan Disember, kerana kebanyakan pelancong akan beredar pada masa itu. Anda juga boleh mengambil kesempatan menggunakan diskaun luar musim di hotel. Antalya terkenal dengan musim panas yang terik dan musim sejuk yang sentiasa hujan. Memandangkan Antalya sering mendapat hujan pada bulan-bulan musim sejuk dari Januari hingga Mac, pelancong digalakkan untuk mengelakkan melawat bandar ini pada bulan-bulan ini juga.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Antalya?

Antalya menawarkan banyak perkara untuk dilakukan untuk semua pelancong. Sekiranya anda ingin memberi tumpuan kepada bersiar-siar, anda akan mendapati banyak tarikan-tarikan menarik untuk membuat anda sibuk. Bandar lama dengan jalan penuh berselirat ini penuh dengan tapak bersejarah. Bandar ini juga terletak sempurna untuk bertindak sebagai pangkalan anda untuk bersiar-siar di sekitar kawasan terpencil, di mana berpuluh-puluh runtuhan besar menanti. Bandar ini tidak hanya menawarkan tarikan-tarikan bersejarah, ia juga merupakan tempat yang ideal untuk berehat di pantai pasir putih Turki.

1. Bandar Lama (Kaleiçi) - Kaleiçi dengan lorong-lorong berliku amt sesuai untuk pelancong berjalan kaki dan bersiar-siar. Rumah-rumah Uthmaniyyah dibaikpulih yang bercat putih dan dihias dengan sempurna di jalan-jalan batu buntar, kini menjadi tapak kepada kebanyakan hotel butik, kedai cenderamata, galeri seni dan restoran bandar ini. Kaleici menjadi lokasi utama untuk pelancong menikmati suasana lama dunia, namun terdapat juga banyak tarikan kecil bagi mereka yang sekadar ingin melihat-lihat. Dataran utama (Kale Kapısı) mempunyai pintu gerbang, kubu dan menara jam batu-batu, sementara Masjid Tekeli Mehmet Paşa yang dibina pada abad ke-18 sangat bernilai dengan kerja jubin dalamannya yang menakjubkan. Di samping Hesapçı Sokak, anda akan menemui Menara Kesik yang anggun (menara terpencil). Ia dimusnahkan api pada abad ke-19, dan Menara ini sahaja yang tinggal dari peninggalan sebuah bangunan yang pada awalnya berfungsi sebagai kuil Rom,kemudian diubah menjadi gereja Byzantine, dan akhirnya menjadi masjid.

2. Pantai Konyaalti - Pantai Konyaalti adalah salah satu daripada dua pantai utama di Antalya, yang terletak kira-kira 3 km barat Kalekapısı. Terdampar lebih dari 7 km dari Pergunungan Beydağları ia adalah jaluran panjang batu-bata dan pasir kasar dan berbelakangkan taman. Berdekatan dengan pantai terdapat banyak hotel dan kawasan kediaman. Pelancong boleh menaiki trem Nostalji ke arah barat dari Kalekapısı di tengah-tengah Antalya ke penghujung laluan trem berhampiran Muzium Antalya untuk sampai ke pantai ini. Ia adalah sekitar 15 minit jauhnya dari bandar lama dengan perjalanan kaki.

3. Aspendos – Antara tarikan utama peminat sejarah melawat Antalya adalah untuk membuat perjalanan sehari ke Aspendos. Tapak arkeologi ini adalah lokasi teater Roman yang lazimnya dianggap sebagai yang terpelihara yang terbaik di dunia. Zaman kemegahan kota kuno yang mempesonakan itu adalah ketika abad ke-2 dan ke-3, ketika kebanyakan runtuhan yang dapat dilihat hari ini dibina. Selain daripada teater, yang telah dibaikpulih sepenuhnya dan boleh memuatkan 15,000 orang, sebahagian besar lokasi ini masih lagi dalam runtuhan dan mungkin hanya menarik minat pengunjung yang paling bersemangat.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Antalya

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka