Penerbangan murah ke Atlanta (ATL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Atlanta (ATL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Manila (MNL) → Atlanta (ATL)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 3,809.41
Clark - Pampanga (CRK) → Atlanta (ATL)
Penerbangan
Isnin, 29 Apr 2024
RM 5,745.37
Jakarta (CGK) → Atlanta (ATL)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 6,614.07
Puerto Princesa - Palawan (PPS) → Atlanta (ATL)
Penerbangan
Isnin, 06 Mei 2024
RM 9,034.47

Tiket Pesawat Murah ke Atlanta, Amerika Syarikat

Atlanta ialah ibu kota Georgia yang kini menjadi tempat bermastautin bagi lebih daripada lima juta penduduk. Kota yang giat berkembang ini, dihiasi dengan mural berwarna-warni di sekitarnya yang boleh menjadi penyejuk mata anda. Adalah sukar untuk dipercayai bahawa Atlanta pernah ranap dan hancur setelah Perang Saudara Amerika namun ianya berkembang semula kepada Atlanta yang boleh kita lihat kini. Bukan itu sahaja, Atlanta juga pernah menjadi pusat Gerakan Hak Awam. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang ini, anda boleh melawat Tapak Bersejarah Negara Martin Luther King Jr. untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Atlanta. Selain dari sejarahnya, Atlanta juga terkenal dengan syurga membeli-belahnya, pusat akuarium yang besar, muzium fesyen, Muzium Coca-Cola, taman botani dan lain-lain.

Lapangan Terbang di Atlanta

Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfiel-Jackson Atlanta (ATL)

Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta (ATL) terletak 11 kilometer dari pusat bandar Atlanta. Lapangan Terbang ini dinamakan sempena mantan Datuk Bandar Atlanta, Williams Hartsfield-Jackson. Salah satu fakta menarik tentang ATL adalah, ianya merupakan lapangan terbang paling sibuk di dunia yang memuatkan lebih daripada 104 juta pengguna. Selain itu, ATL mempunyai dua terminal di mana ia dikenali sebagai Terminal Domestik, di mana ianya dibahagikan kepada Terminal Selatan dan Terminal Utara - iaitu untuk tiket, tuntutan bagasi dan kaunter daftar masuk. Terminal lain dikenali sebagai Maynard H. Jackson Jr. Terminal Antarabangsa – untuk penerbangan antarabangsa. Sepanjang terminal ini, terdapat banyak kedai bebas cukai, restoran dan kopitiam. Untuk masuk dan keluar dari lapangan terbang adalah mudah kerana terdapat banyak jenis pengangkutan yang terdapat di ATL disediakan untuk pelawat.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Atlanta?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Atlanta. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Atlanta.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Atlanta?

Waktu bukan kemuncak untuk pergi ke Atlanta adalah sekitar bulan September, Oktober dan November kerana cuacanya kurang elok. Musim kemuncak di Atlanta adalah pada bulan Disember, Januari dan Februari. Bandar ini akan hidup, tetapi harga-harga barangan akan turut naik bersama. Anda dinasihatkan supaya merancang lebih awal, supaya anda tidak akan berbelanja lebih daripada bajet anda. Waktu terbaik untuk melawat Atlanta adalah sekitar bulanMac hingga Mei kerana Atlanta akan mempunyai cuaca yang selesa untuk pengunjung merancang aktiviti-aktiviti luar atau pergi ke konsert di sekitar bandar.

Atlanta mempunyai iklim hutan hujan subtropika lembap. Ini bermakna bahawa Atlanta akan mengalami musim sejuk yang pendek dan musim panas yang panas tetapi lembap. Semasa musim panas, suhu boleh menyentuh sehingga 32 darjah Celcius. Pada musim sejuk, cuaca akan sangat sejuk dengan suhu purata sekitar -7 hingga 12 darjah Celcius. Adalah penting untuk anda merancang pakaian anda mengikut musim apabila anda memutuskan untuk melawat Atlanta. Bulan paling panas adalah pada bulan Julai manakala bulan paling sejuk adalah pada bulan Januari.

Di Atlanta, pelawat boleh menikmati pelbagai jenis perayaan untuk menikmati budaya yang dinamik di Atlanta. Pada bulan April, artis dari seluruh negara akan berkumpul di sini dan menjual karya seni mereka. Bagi pengumpul seni, perayaan ini adalah tempat yang sesuai untuk anda menambah lebih banyak karya seni ke koleksi anda. Bukan itu sahaja, jika anda menggemari buku, Atlanta mempunyai Festival Decatur Book khusus dibuat untuk anda. Ia merupakan festival buku bebas terbesar di Amerika Syarikat. Bukan sahaja buku-buku yang akan dijual di sini, festival ini juga menyediakan bengkel penulisan, persembahan dan pelbagai lagi acara. Oleh itu, jika anda berada di Atlanta, anda haruslah menyertai pesta-pestanya.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Atlanta?

Atlanta adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Georgia Aquarium – Georgia Aquarium merupakan akuarium terbesar di Hemisfera Barat. Ianya mempunyai lebih daripada 100, 000 kehidupan marin. Ini termasuk singa laut, jerung paus, ikan pari manta, penguin, beluga dan banyak lagi. Tempat ini juga merupakan hospital pengajaran untuk doktor haiwan pelatih dan ahli biologi marin pelatih. Pelawat yang membawa bersama anak-anak harus melawat tempat ini kerana ianya pasti akan menjadi pengalaman pembelajaran yang hebat untuk mereka.

Taman Botani Atlanta – Setiap tahun, lebih daripada satu juta manusia akan mengunjungi Taman Botanical Atlanta. Rumah orkid di sini adalah salah satu tempat yang harus anda kunjungi jika anda melawat Atlanta. Hal ini kerana setiap sudut rumah orkid ini amatlah indah yang harus anda abadikan di foto-foto yang anda ambil. Taman Botani Atlanta ini bukan sekadar indah di mata, taman ini juga berfungsi sebagai Institut Pemuliharaan Orkid dan Pemuliharaan Rumah Hijau untuk tumbuhan yang makin pupus.

Dunia Coca-Cola – Pada tahun 1886, minuman ringan terkenal Coca-Cola telah dibuat oleh seorang ahli farmasi John S. Pemberton. Muzium yang mengabadikan penciptaannya ialah Dunia Muzium Coca-Cola. Muzium ini mempunyai teater 4-D, dan juga pelbagai pameran interaktif yang menyeronokkan. Sekiranya anda merupakan penggemar minuman ringan, anda mungkin ingin pergi ke bilik rasa di mana anda boleh minum lebih daripada 100 jenis Coca-Cola dari seluruh dunia.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Atlanta

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka