Penerbangan murah ke Auckland (AKL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Auckland (AKL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Chiang Mai (CNX) → Auckland (AKL)
EVA Air
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 3,903.07
Vancouver (YVR) → Auckland (AKL)
American Airlines
Isnin, 01 Apr 2024
RM 4,899.01
Vancouver (YVR) → Auckland (AKL)
Air Canada
Isnin, 01 Apr 2024
RM 5,322.83
Vancouver (YVR) → Auckland (AKL)
Penerbangan
Khamis, 04 Apr 2024
RM 5,644.93
Taipei (TPE) → Auckland (AKL)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 5,945.96
Taipei (TPE) → Auckland (AKL)
Penerbangan
Isnin, 01 Apr 2024
RM 9,694.09
Taipei (TPE) → Auckland (AKL)
Penerbangan
Rabu, 10 Apr 2024
RM 12,877.26
Chiang Mai (CNX) → Auckland (AKL)
Penerbangan
Sabtu, 23 Mac 2024
RM 13,895.37
Chennai (MAA) → Auckland (AKL)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 19,488.49

Tiket Pesawat Murah ke Auckland, New Zealand

Auckland mempunyai jumlah penduduk bandar yang terbesar di New Zealand. Ia terletak di Kepulauan Utara New Zealand. Bandar ini juga mempunyai jumlah penduduk Polinesia yang terbesar di dunia. Auckland dikenali sebagai bandar yang berbilang kaum dan salah satu bandar yang menarik di New Zealand. Pelbagai tempat tarikan pelancong yang sangat disarankan untuk dilawati oleh para pengunjung seperti bangunan pencakar langit, tapak warisan, taman, galeri dan banyak lagi.

Lapangan Terbang di Auckland

1. Lapangan Terbang AucklandLapangan Terbang Auckland merupakan lapangan terbang yang terbesar di New Zealand. Ia telah menerima beribu-ribu penerbangan antarabangsa dan domestik pada setiap tahun. Lapangan terbang ini mempunyai dua terminal. Antaranya ialah Terminal Antarabangsa dan Terminal Domestik. Terminal Antarabangsa telah menerima penerbangan antarabangsa termasuk AirAsia X, Emirates dan American Airlines. Bagi Terminal Domestik, ia telah menerima penerbangan domestik seperti Jetstar Airways, Air New Zealand dan Alliance Airlines. Jarak antara lapangan terbang ini ke bandar adalah dalam sekitar 26.1 kilometer. Dengan menaiki teksi, kos yang akan dikenakan adalah sekitar NZ$ 38 hingga NZ$ 75 iaitu dalam RM 107.22 hingga RM 211.62 dari lapangan terbang ke pusat bandar.
2. Lapangan Terbang ArdmoreLapangan Terbang Ardmore merupakan sebuah lapangan terbang untuk pesawat udara. Lapangan terbang ini menerima pesawat klasik Persatuan Warbirds New Zealand dan pesawat peribadi yang kecil. Ia juga mempunyai sekolah pesawat dan tempat pembaikan pesawat. Perjalanan antara Lapangan Terbang Ardmore ke bandar mengambil masa dalam 30 minit yang jaraknya kira-kira 32.8 kilometer.

Bagaimanakah untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Auckland?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Auckland. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Auckland.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Auckland?

Waktu yang tidak sesuai adalah dari bulan Jun hingga Ogos. Ia adalah kerana Auckland akan mengalami musim sejuk. Tidak ramai para pengunjung datang ke bandar ini kerana sukar bagi mereka untuk menerokai bandar ketika itu. Bagi para pengunjung yang memilih untuk melancong dalam tempoh ini, mereka boleh bermain ski dan melawat tempat yang menarik di kawasan dalaman. Auckland akan menghadapi musim kemuncak iaitu musim panas dari bulan Disember hingga Mac. Para pengunjung boleh datang pada musim panas kerana cuacanya boleh membuatkan mereka lebih mudah untuk melawat ke beberapa tempat yang menari. Terdapat juga para pengunjung lebih suka melawat semasa musim luruh iaitu dari bulan Mac hingga Mei dan musim bunga dari bulan September hingga November. Cuaca bagi kedua-dua musim ini tidak panas dan tidak sejuk. Ia senang bagi para pengunjung untuk melakukan lawatan mereka. Auckland menghadapi iklim lautan dan subtropika. Pada musim panas, cuaca akan jadi panas dan lembap dan kadang kala hujan lebat akan berlaku. Suhu purata pada musim panas adalah dalam sekitar 22 hingga 24 darjah Celcius. Pada musim sejuk, suhu purata dalam 15 darjah Celcius.
Auckland terkenal dengan bandar yang berbilang kaum. Para pengunjung dapat berpeluang untuk menyaksikan banyak perayaan seperti Festival Tahun Baru Cina, Festival Lantern, Festival Diwali Auckland dan acara Krismas. Terdapat juga perayaan lain yang diadakan pada setiap tahun seperti Festival Pasifika, Wain Auckland dan Festival Makanan, Festival Pride Auckland dan banyak lagi. Para pengunjung boleh menyaksikan beberapa perayaan ini dengan mengatur perjalanan mereka mengikut festival yang mereka hendak lihat.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Auckland?

1. Sky Tower - Sky Tower diiktiraf sebagai salah satu bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 328 meter. Para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menakjubkan dari dua platform pemerhatian. Para pengunjung juga boleh mencuba SkyWalk dan SkyJump di bangunan ini. Terdapat sebuah restoran yang berputar 360 darjah di mana ia akan berputar pada setiap jam untuk memberi peluang para pengunjung untuk menikmati pemandangan bandar.
2. Auckland Domain - Auckland Domain merupakan taman yang paling tertua di bandar ini dengan keluasan 75 hektar. Taman ini mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti Muzium Memorial Perang Auckland, Domain Wintergarden, Gunung Berapi Pukekawa dan tasik. Terdapat juga laluan untuk berjoging bagi para pengunjung yang ingin bersenam.
3. Auckland Zoo - Auckland Zoo terletak di Motions Road iaitu bersebelahan dengan Western Springs. Para pengunjung boleh melihat lebih daripada 138 haiwan asli dan eksotik di zoo ini. Zoo ini juga telah menjalankan program pemulihan bagi haiwan yang terancam. Selain itu, ia mempunyai beberapa kawasan pameran yang berdasarkan “origin”, biome dan taksonomi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka