Penerbangan murah ke Austin (AUS)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Austin (AUS)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Orlando (MCO) → Austin (AUS)
American Airlines
Rabu, 22 Mei 2024
RM 853.84
Bali / Denpasar (DPS) → Austin (AUS)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 4,850.63
Bangkok (BKK) → Austin (AUS)
Penerbangan
Rabu, 01 Mei 2024
RM 7,758.68

Tiket Pesawat Murah ke Austin, Amerika Syarikat

Austin adalah ibu kota Texas di Amerika Syarikat yang dianggap sebagai salah satu bandar besar Amerika yang paling cepat membangun. Bandar ini juga terkenal dengan kepelbagaian tasik dan sungainya. Kualiti hidup di Austin telah diiktiraf dengan kedudukannya di nombor satu sebagai bandar yang terbaik untuk tinggal di Amerika Syarikat pada tahun 2017 dan 2018 dan didaftarkan di bawah Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO.

Lapangan Terbang di Austin

Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstorm

Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstorm menjadi lapangan terbang utama untuk Austin pada tahun 1999, menggantikan Lapangan Terbang Perbandaran Robert Mueller. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang ketiga tersibuk di Texas selain bandar Dallas dan Houston, yang berkhidmat untuk hampir 16 juta penumpang pada tahun 2018. Dengan lebih daripada 20 syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di lapangan terbang ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstorm mempunyai 76 destinasi domestik dan Eropah dengan lebih daripada 500 penerbangan setiap hari. Pada masa ini, tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Austin. Penumpang boleh menuju ke Austin dengan mengambil minimum satu penerbangan transit. Terdapat dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstorm. Terminal utama, juga dikenali sebagai Terminal Barbara Jordan, mempunyai penerbangan domestik dan antarabangsa. Pelawat dan penumpang boleh pergi ke restoran dan kelab-kelab eksklusif syarikat penerbangan bagi penumpang kerap. Terminal Selatan dikendalikan oleh syarikat penerbangan kos rendah, terutamanya Allegiant Air dan Frontier Airlines. Lapangan terbang ini terletak hanya 6 kilometer dari pusat bandar. Pengunjung boleh memilih untuk menuju ke pusat bandar dengan menaiki bas, teksi atau pengangkutan ulang-alik yang terdapat di lapangan terbang ini.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Austin?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Austin. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Austin.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Austin?

Austin mengalami iklim subtropika lembap dengan zon padang pasir kering. Musim panas Austin adalah panas dan panjang, setinggi 32 darjah Celcius selama lebih daripada 100 hari setahun. Hari yang paling panas boleh mencapai sehingga 38 darjah Celcius. Musim sejuk adalah sederhana tetapi boleh mencapai bawah sifar darjah, walaupun dengan kebarangkalian salji yang rendah. Kelembapan di sini pada umumnya tinggi sepanjang tahun, dengan hujan terlebat di antara bulan Mei dan Jun. Pelawat perlu berhati-hati terutamanya semasa musim bunga kerana cuaca melampau seperti ribut petir atau tornado mungkin melanda Austin pada masa ini.

Demografi di Austin adalah Orang Putih dan Hispanik secara majoriti, serta Orang Berkulit Gelap dan Asia secara minoriti. Kira-kira separuh daripada komuniti Austin menganuti agama Kristian. Semasa musim Krismas, pelawat boleh melawat Bazar Krismas Armadillo di Pusat Acara Palmer untuk melihat dan membeli pelbagai jenis hadiah Krismas dan aktiviti kanak-kanak. Satu lagi acara tahunan keluarga yang dinanti-nantikan ialah ABC Kite Festival, yang juga dikenali sebagai Zilker Kite Festival, di mana anda boleh menikmati pemandangan layang-layang yang berwarna-warni di langit Austin di Zilker's Great Lawn. Kesenian dan muzik juga disambut dengan pelbagai acara tahunan seperti South by Southwest (SXSW) setiap bulan Mac, Austin City Limits Music Festival pada awal Oktober dan Austin Film Festival pada akhir Oktober. Peminat motosikal akan tertarik untuk menonton Republic of Texas Biker Rally pada pertengahan bulan Jun di mana anda dapat melihat perarakan penunggang motosikal dengan motosikal besar seperti Harley Davidson di sepanjang Congress Avenue.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Austin?

Austin adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

The State Capitol - The State Capitol adalah bangunan bersejarah yang dibuka pada tahun 1888 dan kini dilindungi di bawah Mercu Tanda Bersejarah Negara. Bangunan ini adalah pejabat semasa bagi Gabenor Negeri dan Dewan Perundangan Texas. Pelawat dapat mengakses Pusat Pelawat yang terletak aras bawah bangunan di mana menampilkan pameran sejarah Texas, serta berjalan di sepanjang Great Walk di taman. Anda boleh menempah lawatan berpandu secara percuma di luar musim cuti.

Taman Metropolitan Zilker - Taman Metropolitan Zilker adalah taman 351 ekar yang terkenal di Austin dengan banyak aktiviti yang menanti anda. Anda boleh berehat dan berkelah di taman ini sambil anak-anak anda bermain di taman mainan Zilker Playscape yang besar. Anda juga boleh mengunjungi Taman Botanik Zilker yang mempunyai taman-taman bertema seperti Hartman Prehistoric Garden. Juga terletak di Zilker Park adalah Taman dan Muzium Arca Umlauf yang terkenal dan Pusat Alam dan Sains Austin.

Tasik Lady Bird - Terletak di sebelah Taman Zilker adalah Tasik Lady Bird. Di sini, pelawat boleh bersiar-siar di sepanjang laluan tepi tasik untuk menikmati pemandangan bangunan bandar Austin. Anda juga boleh sampai ke tarikan lain Austin dengan mudah melalui laluan tasik ini seperti Jambatan Congress Avenue dan Long Center of Performing Arts. Aktiviti kanu dan kayak juga terdapat di sini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved