Penerbangan murah ke Beihai (BHY)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Beihai (BHY)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Hong Kong (HKG) → Beihai (BHY)
Sichuan Airlines
Ahad, 19 Mei 2024
RM 677.30
Bangkok (BKK) → Beihai (BHY)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 2,490.53
Bangkok (BKK) → Beihai (BHY)
Penerbangan
Selasa, 23 Apr 2024
RM 3,182.76
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Beihai (BHY)
Penerbangan
Sabtu, 20 Apr 2024
RM 4,166.60
Bangkok (BKK) → Beihai (BHY)
Penerbangan
Sabtu, 20 Apr 2024
RM 5,358.50

Tiket Pesawat Murah ke Beihai, China

Bandar Beihai terletak di barat daya Guangxi, China. Perkataan Beihai bermaksud ‘utara lautan’ dalam Bahasa Cina berdasarkan kepentingan pelabuhannya untuk aktiviti perdagangan antarabangsa terutamanya pada abad ke-19. Menurut sejarah, Beihai adalah salah satu perlabuhan berlepas bagi Jalan Sutera di Laut China. Sehingga kini, perdagangan masih merupakan ekonomi yang terpenting di Beihai dan bandar ini telah dinamakan bandar yang paling pantas membangun di dunia. Pantai Beihai berada berhampiran dengan sempadan negara Vietnam dan memberi rasa kepantaian Asia Tenggara kepada para pengunjung. Kualiti udara di Beihai adalah yang terbaik di China dan telah menjadikan Beihai destinasi terkenal untuk mereka yang memerlukan percutian yang tenang.

Lapangan Terbang di Beihai

1. Lapangan Terbang Beihai Fucheng

Lapangan Terbang Beihai Fucheng adalah satu-satunya lapangan terbang yang berkhidmat untuk Bandar Beihai. Lapangan terbang ini terletak dalam lingkungan 24 kilometer dari timur Beihai. Setelah dibuka pada tahun 1987, penerbangan yang berlepas daripada Lapangan Terbang Beihai Fucheng adalah kebanyakannya penerbangan domestik dan penerbangan antarabangsa yang terhad. 11 syarikat penerbangan China kini beroperasi di lapangan terbang ini. Tiada penerbangan terus dari Malaysia ke Beihai, tetapi anda boleh menuju ke bandar ini dengan mengambil penerbangan transit. Lapangan Tebang Beihai Fucheng mempunyai dua terminal. Terminal lama hanya beroperasi untuk servis pengangkutan barang. Terminal baru agak kecil, mempunyai lima balai berlepas dan satu karusel bagasi. Anda boleh menaiki bas ulang-alik daripada lapangan terbang ini untuk ke Beihai Terminal di pusat bandar selama 40 minit perjalanan dengan harga CNY 20 (RM 12.30). Anda juga boleh menaiki teksi ke bandar Beihai dengan harga CNY 80 – 100 (RM 49 – 62), tetapi anda mungkin mahu menawar harga dengan pemandu teksi kerana mereka selalunya tidak menggunakan meter teksi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Beihai?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Beihai. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Beihai.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Beihai?

Beihai mengalami iklim monsun laut separa-tropika. Cuaca di sini secara amnya sederhana dan tidak terjejas dengan musim sejuk atau panas yang melampau. Purata suhu di Beihai adalah 23 darjah Celcius. Beihai sejuk dan kering di musim sejuk dan boleh mencecah suhu serendah 2 darjah Celcius. Cuaca cerah dan hujan boleh berlaku pada musim bunga dan musim panas di Beihai. Kebiasaannya, cuaca hujan akan berkurang menjelang musim luruh. Untuk menikmati matahari di Beihai, cuaca cerah dijangkakan sepanjang April hingga November. Jangan lupa untuk sediakan payung anda untuk cuaca hujan yang barangkali berlaku pada tempoh ini.

Etnik Dan merupakan kaum tradisional yang berada di Beihai. Mereka menangkap ikan dan mengumpul tiram sebagai sumber pendapatan. Etnik Dan sering mengamalkan tradisi mereka di majlis perkahwinan dan pengebumian. Anda boleh melawat Pulau Waisha pada perayaan Hungry Ghost Festival dan Yapo Festival untuk menyaksikan amalan tradisi lama mereka.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Beihai?

Beihai adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di China. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

1. Pantai Perak Beihai - Pantai Perak Beihai terletak hanya 8 kilometer daripada tengah bandar Beihai. Pantai ini dinamakan sempena pasir pantai kuartza halus yang memberi pantulan cahaya perak. Kebesaran pantai ini berukuran sepanjang 24 kilometer dengan kelebaran 30 hingga 3000 meter, di mana ia boleh menampung sehingga 10000 perenang. Pantai Perak Beihai telah dinobatkan pantai yang terbaik di China kerana kehalusan pasirnya, kebersihan dan keselamatan di pantai ini. Air lautnya sangat bersih membolehkan anda melihat dasar laut sedalam 2 meter. Anda juga tidak perlu risau kerana laut di Beihai tiada spesis laut berbahaya dan air pasang naik dengan perlahan. Selain daripada aktiviti berenang, anda juga boleh menaiki motorbot, parasailing, sukan pantai, go-kart dan lain-lain.

2. Tingkap Laut Beihai - Tingkap Laut Beihai ialah akuarium besar yang mesti dilihat oleh pengunjung di Beihai. Adalah berbaloi untuk anda berbelanja CNY 138 (RM 85) untuk bayaran masuk. Anda akan terkagum dengan akuarium setinggi 10 meter serta akuarium-akuarium kecil di mana terletaknya pelbagai spesis ikan, jerung, kerang-kerangan, batu karang dan penyu. Di kompleks ini juga, anda boleh melawat bahagian pameran sejarah laut China, termasuk butiran kapal-kapal besar Sida Muslim Dinasti Ming Panglima Zheng He. Peminat mutiara boleh mengunjungi kedai di Oceanorama. Untuk kemudahan anda, anda boleh meminta pemandu pelancong berbahasa Inggeris di sini.

3. Jalan Lama - Jalan Lama di Beihai, juga dikenali sebagai Jalan Pejalan Kaki Zuhai, mempunyai bangunan lama colonial. Jalan ini dan jalan bertentangan Zhongshan Lu merupakan tapak perdagangan barat pertama di Beihai. Anda boleh mencari lokasi Jalan Lama di peta dalam talian dengan menaip Binhai Road. Anda boleh berjalan dan menikmati juadah tempatan di restoran dan rumah teh di sekitar kawasan ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka