Penerbangan murah ke Bohol (TAG)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Bohol (TAG)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Davao (DVO) → Bohol (TAG)
Cebu Pacific
Isnin, 15 Apr 2024
RM 175.18
Davao (DVO) → Bohol (TAG)
PAL Express
Sabtu, 20 Apr 2024
RM 366.92
Davao (DVO) → Bohol (TAG)
Penerbangan
Isnin, 22 Apr 2024
RM 509.68
Kuala Lumpur (KUL) → Bohol (TAG)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 522.09
Taipei (TPE) → Bohol (TAG)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 955.62
Singapura (SIN) → Bohol (TAG)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 997.02
Surabaya (SUB) → Bohol (TAG)
Penerbangan
Sabtu, 20 Apr 2024
RM 1,833.75
Bangkok (BKK) → Bohol (TAG)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 2,536.92

Tiket Pesawat Murah ke Tagbilaran-Bohol, Filipina

Tagbilaran atau secara rasminya dikenali sebagai Bandar Tagbilaran adalah bandar kelas tiga serta ibu kota bagi wilayah Bohol di Filipina, yang merupakan pulau kesepuluh terbesar di Filipina. Sebagai pintu masuk utama ke wilayah Bohol, ekonomi Tagbilaran terutamanya didorong oleh statusnya sebagai pusat perniagaan utama di wilayah Bohol dengan sambungan strategik berdasarkan jaringan rangkaian jalan darat yang lengkap. Di samping itu, ia juga merupakan pusat tadbir urus, pendidikan dan pengangkutan utama bagi wilayah Bohol dengan pelbagai universiti dan institusi utama yang terletak di sini dan menarik ramai orang untuk datang dari sekitar wilayah itu. Bandar dan wilayah ini pada umumnya terkenal dengan peristiwa perjanjian darah antara Datu Sikatuna dan Kapten Miguel López de Legazpi pada tahun 1565 yang dianggap sebagai salah sebuah peristiwa bersejarah di Filipina. Dengan Bohol menjadi wilayah popular yang kerap dikunjungi berikutan kecantikan pantai dan resortnya, Tagbilaran juga menerima sebahagian besar pelawat ini kerana ia merupakan bandar paling awal yang akan ditemui pelancong ketika datang ke kawasan tersebut. Dengan jumlah penduduk seramai 105,051 penduduk yang tinggal di kawasan seluas lebih daripada 32.7 kilometer persegi pada tahun 2015 yang menjadikannya kurang daripada 10 peratus jumlah penduduk di Bohol, Tagbilaran dibahagikan kepada 15 buah barangay.

Lapangan Terbang di Tagbilaran-Bohol

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Bohol-Panglao

Lapangan Terbang Antarabangsa Bohol-Panglao atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa New Bohol adalah lapangan terbang utama yang dimaksudkan untuk berkhidmat bagi kawasan-kawasan di dalam wilayah Bohol secara umum. Terletak di Tawala, Pulau Panglao yang berada kira-kira 20 kilometer jauhnya dari bandar Tagbilaran, ia adalah lapangan terbang awam yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Phillipines. Dibuka kepada orang ramai sejak 2018, lapangan terbang itu berfungsi untuk menggantikan Lapangan Terbang Tagbilaran yang lebih lama yang telah menerima banyak kerosakan oleh sebab gempa Bohol pada tahun 2013 serta menampung peningkatan trafik penumpang yang disebabkan oleh aktiviti pelancongan. Dibiayai oleh perjanjian antara Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun dan kerajaan Filipina, lapangan terbang ini mampu menampung pesawat yang lebih besar seperti Airbus A330 manakala landasannya adalah 2,500 meter panjang dan diperbuat dari asfalt. Ia berkhidmat dengan syarikat penerbangan seperti Air Juan, AirSWIFT, Cebu Pacific, Philippine Airlines, Filipina AirAsia dan Royhlr Air Way Chartrer untuk pelbagai penerbangan ke dan dari destinasi seperti Caticlan, Cagayan de Oro, Cebu, Clark, Davao, Dumaguete dan Manila.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Tagbilaran-Bohol?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Tagbilaran-Bohol. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan demgam beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Tagbilaran-Bohol.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Tagbilaran-Bohol?

Musim bukan puncak adalah pada bulan Disember yang merupakan bulan paling kurang lembap di Tagbilaran-Bohol. Oleh itu, seseorang boleh mengharapkan kos perjalanan menjadi lebih rendah jika anda melakukan perjalanan pada bulan ini. Masa puncak untuk melawat Tagbilaran-Bohol biasanya sekitar Mei, dan juga bulan Julai hingga Ogos, oleh itu anda boleh menjangkakan harga tiket penerbangan serta penginapan untuk terus meningkat pada masa ini. Sekiranya anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda pasti dapat menjaga kewangan anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan menelan banyak wang.

Tagbilaran-Bohol, seperti mana dengan kawasan-kawasan lain di sekitar Filipina dan negara-negara berdekatan di rantau Asia Tenggara, dikatakan memiliki iklim hutan hujan tropika yang mana musim kering adalah lebih pendek atau hampir tidak ada sama sekali. Hujan biasanya lebat sepanjang tahun dan secara purata, terdapat lebih daripada 60 milimeter taburan hujan setiap bulan sepanjang tahun dengan bulan paling basah dari bulan Oktober hingga Disember. Suhu maksimum purata di Tagbilaran-Bohol adalah sekitar 31 dan 33 darjah Celcius sementara suhu minimum purata adalah sekitar 22 dan 25 darjah Celcius. Bulan paling panas biasanya sekitar April, Mei dan Jun. Tagbilaran-Bohol juga mempunyai kelembapan yang tinggi dengan sesetengah bulan yang lebih lembap berbanding yang lain.

Dengan banyak tarikan semulajadi serta sejarah, adat dan tradisi yang kaya di sekeliling wilayah ini, anda boleh berharap untuk menyertai pelbagai perayaan di sekitar kawasan ini seperti penduduk setempat. Untuk bermula, terdapat Festival Saulog-Tagbilaran yang disambut setiap 20 April hingga 2 Mei dengan banyak acara yang diadakan seperti tari-menari, perarakan fluvial, aktiviti malam, massa novena dan pertandingan ratu cantik. Selain itu, terdapat juga Festival Sandugo pada setiap bulan Julai untuk memperingati perjanjian darah bersejarah antara Kapten Miguel López de Legazpi dan Datu Sikatuna dengan acara yang berlangsung selama sebulan yang biasanya akan diadakan serentak dengan Hari Piagam pada 1 Julai dan Hari Wilayah (Bohol) pada 22 Julai.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Tagbilaran-Bohol?

1. Joseph the Worker Cathedral - Juga dikenali sebagai Tagbilaran Cathedral, parokinya adalah antara enam misionaris pertama yang diasaskan oleh mubaligh Yesuit apabila mereka sampai ke Bohol pada tahun 1595. Ia telah berdiri teguh sejak usaha pembinaan sekitar tahun 1839 - 1855 dengan pelbagai projek pembesaran yang diadakan sejak itu yang masih mengekalkan unsur-unsur bersejarah di gereja ini.

2. Blood Compact - Blood Compact adalah monumen yang dibina untuk memperingati acara perjanjian darah yang menandakan perjanjian persahabatan yang pertama antara antara orang Filipina dan orang Sepanyol. Ia adalah hasil karya Napoleon Abueva, seorang artis nasional yang juga merupakan kelahiran Bohol. Di sekeliling monumen ini adalah taman yang indah untuk bersiar-siar.

3. Bohol Museum - Bohol Museum adalah sebuah muzium yang ditempatkan di Perpustakaan Bandar yang lama yang menyimpan pelbagai hasil penjelajahan dan penggalian arkeologi di tapak-tapak bersejarah di seluruh Semenanjung Anda. Sejarah masa lalu Bohol terutamanya sejarah sebelum kedatangan Sepanyol juga didokumentasikan dengan baik di sini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka