Penerbangan murah ke Brisbane (BNE)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Brisbane (BNE)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Yogyakarta (YIA) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Rabu, 10 Apr 2024
RM 1,774.26
Phuket (HKT) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 1,897.94
Phuket (HKT) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 1,918.21
Phuket (HKT) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 1,962.98
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Isnin, 08 Apr 2024
RM 2,460.34
Yogyakarta (YIA) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Rabu, 10 Apr 2024
RM 2,640.60
Phuket (HKT) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Ahad, 07 Apr 2024
RM 3,006.32
San Jose (SJC) → Brisbane (BNE)
American Airlines
Khamis, 18 Apr 2024
RM 4,983.58
Phuket (HKT) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Ahad, 07 Apr 2024
RM 6,398.88
Phuket (HKT) → Brisbane (BNE)
Penerbangan
Ahad, 07 Apr 2024
RM 10,871.52

Tiket Pesawat Murah ke Brisbane, Australia

Brisbane merupakan salah satu bandar yang popular di Queensland. Bandar ini merupakan bandar yang ketiga tersibuk di Australia. Cuaca Brisbane yang senstiasa panas merupakan antara sebab ramai pelancong gemar mengunjugi bandar ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan samada aktiviti lasak atau santai. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati seperti Gunung Coot-tha, Kangaroo Point atau Galeri Seni Queensland. Jika anda merupakan seorang pecinta haiwan, anda boleh berkunjung ke Lone Pine Koala Sanctuary atau Zoo Australia di Brisbane.

Lapangan Terbang di Brisbane

1. Lapangan Terbang Brisbane

Lapangan Terbang Brisbane adalah lapangan terbang utama yang menghubungkan dunia luar dengan Brisbane dan Tenggara Qeensbay. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar dan perjalanan dari pusat bandar ke lapangan terbang ini memakan masa kira-kira 35 minit. Lapangan Terbang Brisbane adalah lapangan terbang terbesar yang paling sibuk di Brisbane. Ia mempunyai dua terminal di mana salah satu daripadanya dikenali sebagai Terminal Domestik dan satu lagi dikenali sebagai Terminal Antarabangsa. Terdapat banyak kedai-kedai bebas cukai dan pelbagai restoran yang menghidangkan makanan yang lazat didalam lapangan terbang ini. Untuk sampai ke lapangan terbang ini adalah mudah kerana terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam untuk ke sana.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Brisbane?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Brisbane. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Brisbane.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Brisbane?

Waktu yang tidak sesuai adalah sekitar bulan Oktober hingga April kerana hujan yang lebat serta guruh dan petir yang kuat dan kerap. Pasa musim ini anda mudah untuk mendapatkan tiket penerbangan serta hotel. Sementara itu, waktu kemuncak untuk melawat Brisbane pula adalah sekitar bulan Mac hingga Mei. Sekiranya anda merancang perjalanan dengan baik, anda boleh menjimatkan banyak wang kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim kemuncak adalah agak tinggi. Masa terbaik untuk melawat Brisbane adalah sekitar bulan September hingga Julai kerana pada masa tersebut, Brisbane mengalami musim bunga. Pada musim tersebut cuaca sangat baik serta langit cerah dan amat sesuai untuk melakukan banyak aktiviti luar.
Cuaca di Brisbane adalah panas hampir sepanjang tahun kecuali semasa musin hujan dan musim sejuk. Suhu maksimum purata di Brisbane adalah sekitar 22 hingga 30 darjah Celcius, manakala purata minimum adalah sekitar 14 hingga 20 darjah Celcius. Sepanjang bulan September hingga Disember merupakan waktu puncak kerana cuaca yang baik. Jika anda merancang untuk melawat Brisbane pada musim tersebut anda hendaklah membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel dengan awal.
Bandar Brisbane merupakan bandar yang bertenaga dan sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti di sepanjang tahun. Jika anda mahu bersantai sambil bergelak ketawa, anda boleh hadir ke Brisbane Comedy Sentral. Acara ini diadakan sepanjang bulan Febuari hingga Mac. Anda akan dihiburkan oleh pelawak-pelawak ‘standup’ yang didatangkan khas dari pelbagai negara. Jika anda sukakan aktiviti luar anda boleh ke Festival Layang-layang Redcliffe. Acara ini merupakan festival laying-layang yang terbesar di Kawasan ini dan langit akan dipenuhi dengan pelbagai jenis laying-layang yang cantik dan bewarna-warni dari serata dunia. Seterusnya, jika anda gemarkan aktiviti berbasikal, anda boleh menyertai Bike Week di Brisbane. Acara ini merupakan acara berbasikal tahunan yang dianjurkan untuk menggalakkan orang ramai untuk berbasikan sambil menyihatkan badan. Jika anda berada di Brisbane, pastikan anda tidak terlepas semua acara-acara yang menarik ini.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Brisbane?

Brisbane adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.
1. Zoo Australia – Zoo Australia merupakan zoo yang terkenal di seluruh dunia. Zoo ini diasaskan oleh pengacara rancangan Crocodile Hunter yang sangat terkenal iaitu mendiang Steve Irvin dan ahli keluarganya. Jika anda pernah menonton rancangan tersebut, anda mesti melawat zoo ini untuk melihat legasi yang ditinggalkan oleh beliau. Zoo ini dibina bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam semulajadi and memelihara spisis yang terancam dari pupus. Tarikan utama di zoo ini adalah pelbagai spisis buaya serta haiwan yang lain seperti gajah dan burung. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelbagai persembahan haiwan yang comel dan menghiburkan seperti pertunjukkan Koala.
2. Brisbane Story Bridge Adventure – jika anda sukakan aktiviti yang mencabar dan lasak, anda mesti dating ke Brisbane Story Bridge Adventure. Brisbane Story Bridge Adventure merupakan mercu tanda yang ikonik di Brisbane. Jika anda mahu melihat pemandangan bandar Brisbane dari tempat tinggi, cara yang terbaik ialah dengan melihat dari atas puncak jambatan ini. Anda boleh melihat keseluruhan bandar Brisbane seperti Glass House Mountains, Moreton Bay hinggalah Scenic Rim Mountains. Anda boleh pilih untuk melihat pemandangan pada waktu siang atau malam. Anda juga boleh melihat matahari terbenan di atas puncak jambatan ini. Jambatan ini merupakan salah satu dari tiga jambatan yang boleh dipanjat di dunia.
3. Meluncur pasir dan snorkeling di Pulau Moreton – Jika anda sukakan aktiviti yang lasak,mencabar dan menyeronokkan, anda wajib ke pulau ini dan mencuba aktiviti tarikan disini iaitu meluncur pasir dan snorkeling. Habiskan masa anda dengan meneroka tinggalan kapal karam Tangalooma. Anda pasti akan terpegun dengan keindah di taman laut tersebut. Berenang dengan pelbagai jenis ikan dan dikelilingi oleh batu karang yang cantic pasti membuatkan terpegun seketika. Sementara itu di darat anda moleh merentasi padang pasir dengan aktiviti meluncur pasir. Akan pasti akan rasa seronok dan teruja apabila meluncur di sepanjang padang pasir dengan kelajuan yang sangat tinggi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka