Penerbangan murah ke Busan (PUS)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Busan (PUS)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Manila (MNL) → Busan (PUS)
Penerbangan
Ahad, 14 Apr 2024
RM 991.10
Bangkok (BKK) → Busan (PUS)
Penerbangan
Khamis, 04 Apr 2024
RM 1,121.04
Bohol (TAG) → Busan (PUS)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 1,180.95
Cebu (CEB) → Busan (PUS)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 1,224.18
Manila (MNL) → Busan (PUS)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 1,419.13
Manila (MNL) → Busan (PUS)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 1,590.53
Manila (MNL) → Busan (PUS)
Penerbangan
Selasa, 19 Mac 2024
RM 1,634.03

Tiket Pesawat Murah ke Busan

Terletak di pantai selatan Korea Selatan, Busan merupakan bandar kedua terbesar di negara ini dan mempunyai salah satu pelabuhan berkontena serta tersibuk di dunia. Busan telah menarik ramai pengunjung selama lima tahun yang lalu dan menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di Korea selain dari Seoul. Ia terutamanya terkenal dengan pantai, gunung serta kuilnya. Bandar ini juga mempunyai kawasan luas yang seluas 770 kilometer persegi serta jumlah penduduknya kira-kira 3.43 juta pada tahun 2017. Ekonomi bandar ini dikategorikan pada industri perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, pertanian dan perikanan serta sektor-sektor lain. Selain itu, Busan juga menyediakan banyak pengangkutan awam yang lengkap termasuk bas bandar, bas persiaran, kereta api serta lain-lain lagi. Bandar Busan juga menjadi popular setelah filem zombie yang dinamakan sebagai ‘Train to Busan’ disiarkan di seluruh dunia dan telah menjadi salah satu filem yang Berjaya di Korea Selatan.

Lapangan Terbang di Busan

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae

Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pertama kalinya ditubuhkan sebagai Lapangan Terbang Busan Suyeong pada bulan Ogos 1958 dan dibangunkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Busan pada September 1963. Ia ditukar namanya menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae serta berpindah ke lokasi sekarang pada bulan Ogos 1976. Lapangan terbang itu juga dinamakan, setelah Gimhae city dan terletak di hujung barat Busan. Ia merupakan hab utama untuk Air Busan dan menerima lebih daripada 10 ke 15 juta penumpang setiap tahun serta menyediakan pelbagai kemudahan termasuk penumpang yang cacat anggota. Lapangan terbang ini turut sedang memulakan projek pengembangan utama untuk menambah landasan baru dan kemudahan terminal baru. Pembinaannya akan bermula pada 2021 pada anggaran tahun 2026 untuk siap sepenuhnya.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Busan?

Traveloka merupakan laman web perjalanan yang mudah untuk para pelancong mencari penerbangan murah ke Busan. Langkah mudah yang diperlukan adalah dengan memasukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi akan mencadangkan perjalanan terbaik mengikut peruntukan kewangan anda. Ia juga membandingkan harga penerbangan yang diberikan oleh syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran harga yang terbaik. Untuk mendapatkan julat harga pilihan anda, anda juga boleh menggunakan ciri langgan harga Traveloka untuk pemberitahuan mengenai penerbangan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Busan.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Busan?

Busan mempunyai iklim sub-tropika dan bulan terpanas merupakan bulan Jun, Julai dan Ogos dengan suhu purata tertinggi 29 darjah Celsius pada bulan Ogos. Bulan paling kerap dikunjungi adalah pada bulan Disember, Januari dan Februari apabila suhu purata rata-rata serendah -1 darjah Celcius. Masa yang terbaik untuk terbang ke Busan mungkin berlaku pada bulan September dan Oktober apabila ia menawarkan suhu yang paling selesa dan kurang berlakunya hujan. Selain itu, Pesta Sambutan Bulan Dalmaji pada pertengahan Januari dan Pesta Harvest Moon yang berlangsung selama tiga hari pada pertengahan September juga merupakan masa yang paling sibuk di Busan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Busan?

1. Kampung Budaya Gamcheon- Kampung Budaya Gamcheon dikenali sebagai "Santorini di Laut Selatan" dan "Kampung Lego" serta bermula sebagai kawasan yang agak miskin sehingga Perang Korea apabila pelarian mula mendirikan rumah di kawasan ini. Kebanyakan pelarian ini adalah ahli gerakan agama Taegeukdo. Agama ini menjadi di barisan hadapan pergerakan kemerdekaan Korea. Pada masa ini, ia telah menjadi destinasi pelancongan untuk melihat mural dan ukiran yang dihiasi oleh penduduk di sini. Terdapat juga banyak galeri dan kafe yang terdapat di kampong ini.
2. Taman Yongdusan- Taman Yongdusan adalah merupakan taman pergunungan di pusat Busan serta mempunyai salah satu ruang hijau yang paling popular di bandar ini. Taman ini dilengkapi dengan pelbagai monumen bertarikh semasa pertempuran dan salah satu pahlawan terkenal yang dihormati di sini adalah Panglima Angkatan Laut Joseon, Admiral Yi Sun-shin. Di samping monumen, menara Busan juga terletak di tengah-tengah taman. Pelawat juga boleh membuat pilihan untuk melawat menara untuk melihat taman dari atas dan membayar yuran kemasukan diperlukan. Taman ini juga terletak di sebuah kafe dan beberapa restoran, akuarium, kuil dan ruang pameran yang kerap menjadi tuan rumah persembahan seni kebudayaan pada hujung minggu.
3. Kuil Haedong Yonggungsa- Dibina semasa Dinasti Goryeo pada 1376, Kuil Haedong Yonggungsa yang bersejarah ini merupakan salah satu penghormatan kuil Korea Haesu Gwaneum Daebul (Seawater Great Goddess Buddha), dewinya yang dipercayai tinggal di lautan di mana dia telah menunggang di atas naga. Kuil ini menawarkan pemandangan matahari terbit dan para penganut Buddha yang datang untuk membuat harapan atau hajat untuk Tahun Baru yang makmur terutamanya popular pada pagi Tahun Baru Lunar. Di tengah-tengah kuil ini pula, terdapat pagoda tiga tingkat dengan empat patung singa yang melambangkan kegembiraan, kesedihan, kebahagiaan dan kemarahan. Pelawat boleh memasuki kuil ini secara percuma dan digalakkan untuk datang pada pertengahan April hingga Mei apabila musim bunga ceri memuncak.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka