Penerbangan murah ke Cebu (CEB)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Cebu (CEB)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Davao (DVO) → Cebu (CEB)
Cebu Pacific
Rabu, 17 Apr 2024
RM 121.15
Kuala Lumpur (KUL) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 515.78
Kuala Lumpur (KUL) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 541.13
Surabaya (SUB) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 657.35
Kuala Lumpur (KUL) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 919.57
Busan (PUS) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 1,147.96
Jakarta (CGK) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 1,447.61
Busan (PUS) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 1,624.82
Kuala Lumpur (KUL) → Cebu (CEB)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 17,269.20

Tiket Pesawat Murah ke Cebu, Filipina

Cebu terdiri dari pulau utama dan 167 pulau dan pulau sekitarnya. Ibu kotanya adalah Bandar Raya Cebu. Ia merupakan kota tertua dan ibukota pertama untuk negara Filipina. Cebu merupakan wilayah Filipina yang terletak di wilayah Visayas Tengah (Wilayah VII). Di Filipina, Cebu adalah salah satu wilayah paling maju. Sementara itu, Metro Cebu menjadi kawasan metropolitan kedua terbesar di Filipina. Di Visayas., Cebu menjadi pusat perdagangan, Pendidikan dan industri. Setelah sekian lama, Cebu telah berubah menjadi hab global untuk perkhidmatan pemprosesan perniagaan, pelancongan, perkapalan, membuat perabot dan industri berat. Nama Cebu datangnya dari bahasa kuno iaitu sibu yang bermaksud perdagangan. Perkataan Ceboom telah digunakan untuk menggambarkan pembangunan ekonomi wilayah itu. Perkataan Ceboom adalah gabungan dua perkataan iaitu Cebu dan Boom. Kota Cebu merupakan pusat kebudayaan terpenting di Filipina.

Lapangan Terbang di Cebu

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu

Lapangan terbang ini terletak di Pulau Mactan. Lapangan terbang ini berkhidmat sebagai lapangan terbang utama untuk penerbangan domestik dan antarbangsa. Ia mempunyai laluan sebanyak 25 destinasi domestic dan 22 destinasi antarabangsa. Dari segi penumpang dan kargo. Lapangan Terbang Antarabagsa Mactan-Cebu merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Filipina. Ia mempunyai kawasan seluas 797 hektar. Landasan lapangan tersebut dibina oleh Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1956. Ia dikenali sebagai Pangkalan Udara Mactan dan dibina sebagai lapangan terbang kecemasan untuk pengebom Pesawat Strategik Udara.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Cebu?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Cebu. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Cebu.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Cebu?

Bulan Februari dan bulan Mac adalah musim yang kurang pelancong Cebu. Bukan sahaja pelancong yan kurang, tetapi kebanyakan hotel menawarkan harga yang murah untuk menarik pelancong pada musim ini. Kadang-kadang, syarikat pelancongan juga memberi hadiah atau menawarkan diskaun untuk lawatan ke Cebu bagi menarik pelancong dalam bulan-bulan ini. Di Bandar Raya Cebu, puncak pelancongan berlaku pada bulan Januari. Kadar penginapan yang lebih tinggi berbanding musim lain. Pada waktu Krismas adalah tarikh yang sangat sibuk dan Tarikh yang patut anda elakkan jika and tidak suka dalam keadaan sibuk. Antara bulan Mei dan Oktober adalah musim hujan. Jadi bersiap-sedialah jika anda datang pada waktu ini. Cebu mempunyai iklim tropika. Cebu mengalami dua musim iaitu musim dan musim basah. Ia kering dan cerah sepanjang tahun dengan hujan sekali-sekala pada bulan Jun hingga Disember.
Wilayah Cebu biasanya mendapat taufan sekali setahun atau tiada langsung. Cebu Utara mendapat lebih banyak hujan dan taufan daripada Cebu selatan kerana ia mempunyai iklim yang berbeza. Suhu Cebu dapat mencapai iaitu 36 darjah Celsius pada musim panas dari Mac hingga Mei dan serendah 18 darjah Celsius di pergunungan semasa musim hujan. Suhu purata adalah sekitar 24 hingga 34 darjah Celsius dan tiada perubahan yang banyak kecuali pada bulan Mei, iaitu bulan paling panas. Pesta Sinulog yang berwarna-warni diadakan pada bulan Januari di mana anda dapat melihat budaya Cebu dan menikmatinya. Ia berlaku pada awal bulan Januari. Selain itu, Mantawi Festival yang diadakan pada bulan Mei. Ia merupakan sebuah pameran warisan, sejarah dan identity bandar Cebu.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Cebu?

1. Mactan – Mactan adalah sebuah pulau. Pulau ini meliputi kira-kira 65 kilometer persegi . Menjadi penempatan kepada kira-kira 470,000 orang dan ia menjadikannya pulau yang paling padat penduduknya. Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu terletak di pulau itu. Pulau ini dipisahkan dari Cebu oleh Mactan Channel. Ia dihubungkan oleh dua jambatan iaitu Jambatan Marcelo Fernan dan Jambatan Mactan-Mandaue. Mactan menawarkan beberapa aktivit menyelam, snorkeling, jet ski, belayar, aktiviti kebudayaan dan lain-lain lagi. Mactan menawarkan tempat pelancongan dan tarikan yang menarik dan menjadikan Cebu sebagai salah satu pulau pelancongan utama di Cebu.
2. Fort San Pedro - ia dibina di bawah arahan komando Miguel López de Legazpi yang merupakan gabenor pertama Kapten Jeneral Filipinadan dan merupakan rakyat Sepanyol. Ia terletak di kawasan Plaza Indepedencia. Bangunana ini asalnya diperbuat daripada kayu dan diganti dengan batu.
3. Colon Street – Colon Street mendapat namanya daripada Cristobal Colon. Keluarga Fronteras Colon pernah memiliki hak keatas Colon Street. Pada masa dulu, Ia merupakan pusat aktiviti membeli-belah dan perniagaan di Bandar Raya Cebu. Colon Street merupakan jalan bersejarah di pusat bandaraya Cebu yang sering dipanggil jalan kebangsaan tertua dan paling pendek di Filipina.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka