Penerbangan murah ke Colombo (CMB)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Colombo (CMB)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Chennai (MAA) → Colombo (CMB)
IndiGo
Selasa, 19 Mac 2024
RM 335.46
Chennai (MAA) → Colombo (CMB)
Air India
Khamis, 21 Mac 2024
RM 443.20
Jakarta (CGK) → Colombo (CMB)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 768.08
Jakarta (CGK) → Colombo (CMB)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 1,097.14
Padang (PDG) → Colombo (CMB)
Penerbangan
Isnin, 08 Apr 2024
RM 1,219.34
Jakarta (CGK) → Colombo (CMB)
Penerbangan
Isnin, 08 Apr 2024
RM 1,663.26
Yogyakarta (YIA) → Colombo (CMB)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 2,871.07
Manado (MDC) → Colombo (CMB)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 3,872.11
Semarang (SRG) → Colombo (CMB)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 6,903.37

Tiket Pesawat Murah ke Colombo, Sri Lanka

Colombo merupakan ibu kota komersial dan juga kota terbesar di Sri Lanka. Kawasan metropolitan Colombo mempunyai populasi seramai 5.6 juta penduduk. Bandar Colombo ini merupakan pusat kewangan Sri Lanka dan juga menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Colombo ini terletak di pantai Barat pulau dan ia terletak bersebelahan dengan kawasan Greater Colombo yang merangkumi Sri Jayawardenepura Kotte iaitu ibu kota legislatif Sri Lanka dan Dehiwala-Mount Lavinia. Colombo juga merupakan kota pentadbiran Wilayah Barat. Colombo juga adalah tempat yang sibuk dan mempunyai pelbagai variasi kehidupan moden dan bangunan penjajah masa dahulu. Bandar Colombo ini adalah rumah kepada majority pejabat korporat di Sri Lanka. Ia juga menempatkan restoran dan tempat hiburan. Tempat-tempat yang terkenal di Colombo adalah seperti Galle Face Green, Taman Viharamahadevi, Tasik Beira, Planetarium, Menara Colombo Lotus serta Muzium Nasional.

Lapangan Terbang di Colombo

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike

Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike ini juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Katunayake dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang antarabangsa utama yang berkhidmat untuk Sri Lanka. Lapangan terbang ini dinamakan sempena nama bekas Perdana Menteri SWRD Bandaranaike. Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike ini terletak di pinggir Negombor iaitu 32.5 km di Utara ibu kota komersial Colombo. Lapangan terbang ini ditabdir oleh Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Penerbangan (Sri Lanka). Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike ini sudah mengendalikan lebih dari 10.79 juta penumpang setiap tahun. Lapangan terbang ini mempunyai tiga terminal. Terminal satu ialah terminal antarabangsa yang dibina pada tahun 1967. Terminal 2 adalah terminal antarabangsa yang baru yang dijangka siap pada tahun 2019 manakala terminal 3 adalah terminal domestik yang baru dibuka pada bulan November 2012. Lapangan terbang ini merupakan hab bagi penerbangan Cinnamon Air, Millennium Airlines, SriLankan Airlines dan juga SriLankan Cargo.

2. Lapangan Terbang Ratmalana

Lapangan Terbang Ratmalana merupakan sebuah lapangan terbang domestic yang berkhidmat untuk kota Colombo, Sri Lanka. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang antarabangsa pertama di Colombo. Ia juga merupakan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Sri Lanka sehingga tahun 1967. Kemudian, lapangan terbang antarabangsa digantikan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike. Lapangan Terbang Ratmalana ini kini berkhidmat bagi beberapa penerbangan domestic. Lapangan terbang ini terletak 15 km daripada Selatan bandar Colombo.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Colombo?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Colombo. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Colombo.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Colombo?

Waktu terbaik untuk melawat Colombo adalah pada bulan Januari hingga Mac. Pada waktu ini, Colombo cuaca di Colombo kebiasannya cerah. Ia waktu yang sesuai untuk melawat Colombo. Pelancong juga membanjiri bandar Colombo pada waktu ini. Harga hotel dan tiket penerbangan pada ketika ni boleh menjadi lebih mahal dari kebiasaanya.
Colombo mempunyai iklim monsum tropika mengikut klasifikasi iklim Koppen. Iklim di Colombo adalah agak sederhana sepanjang tahun. Dari bulan Mac hingga April, purata suhu adalah sekitar 31°C. Cuaca di Colombo boleh berubah secara drastik semasa musim monsun dari bulan Mei hingga Ogos dan Oktober hingga Januari. Pada ketika, hujan lebat dijangka turun di Colombo. Pada musim sejuk, suhu Colombo akan mempunyai purata minimum serendah 22°C.Anda juga boleh datang ke Colombo pada bulan November untuk menyambut perayaan Diwali bersama penduduk di sini.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Colombo?

1. Galle Face Green – merupakan taman bandar yang berkeluasan seluas 5 hektar. Taman ini terletak sejauh 500 m di sepanjang pantai di tengah-tengah Colombo yang juga merupakan pusat kewangan dan perniagaan Sri Lanka. Taman ini dibuka pada 1859 oleh Gabenor Sir Henry George Ward. Taman ini pada asalnya adalah lebih luas dari apa yang kita lihat pada masa kini. Galle Face Green ini digunakan bagi perlumbaan kuda dan padang golf. Bukan itu sahaja, Galle Face Green ini juga digunakan untuk sukan kriket, polo, bola sepak, tenis dan juga ragbi. Galle Face Green pernah mempamerkan pokok Krismas tiruan tertinggi di dunia pada 25 Disember 2016. Galle Face Green ini ditadbir dan diselenggarakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Bandar Sri Lanka (UDA).
2. Taman Viharamahadevi – taman ini merupakan sebuah taman awam yang terletak di Colombo. Ia terletak di sebelah Muzium Negara Sri Lanka. Taman ini merupakan taman tertua dan terbesar di Pelabuhan Colombo. Taman ini terletak berhadapan dengan bangunan Town Hall zaman colonial. Taman ini dinamakan sempena Ratu Viharamahadevi iaitu ibu kepada Raja Dutugamunu. Semasa pemerintahan British di Sri Lanka, tanah bagi pembinaan taman ini disumbangkan oleh Charles Henry de Soysa. Semasa Perang Dunia II, taman ini diduduki oleh Tentera British dengan Briged ke-17 Australia. Selepas peperangan, taman ini dipulihkan dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1951.
3. Dewan Memorial Kemerdekaan – adalah monumen kebangsaan di Sri Lanka. Ia dibina bagi memperingati kemerdekaan Sri Lanka dari pemerintahan British. Ia terletak di Independence Square yang dahulunya dikenali sebagai Torrington Square. Di sini juga menempatkan Muzium Memorial Kemerdekaan.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka